Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Asalamualaikum & Salam sejahtera Semua. Updated blog awal pagi 30 Dec 2018.

29 December 2018, perjalanan ke Kota Kinabalu yang secara pemanduan berhemah hanya memakan masa kurang 2 jam pasti akan sampai di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah yang merupakan ibu kota Sabah.

Perjalanan di teruskan menuju ke Tuaran dan akan melalui jalan ke UMS Sepanggar. tetapi sebelum itu akan kita lihat sebuah Masjid indah yang seakan terapung di atas air laut bertasik. Indahnya dari jauh tersergam indah. Masjid ini menjadi daya tarikan pelancong sama ada masyarakat sekitar Sabah, dari sekitar negeri di Malaysia mahupun pelancong dari negara luar. Ramai datang hendak melihat keindahan dan panorama sekitar Masjid ini, yang juga sinonim dengan gelaran Masjid Likas, Kota Kinabalu. Sesuai juga nama Masjid Likas sebab Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini terletak di Kampung Likas.


Daripada  sumber  Wikipedia, ensiklopedia bebas. Terdapat infor mengenai Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini. Iaitu:-
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (Jawi: مسجد بانداراي کوتا کينابالو) ialah masjid utama kedua yang dibina di bandar Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia selepas Masjid Negeri. Masjid ini terletak di persisiran pantai Likas dengan keluasan 14.83 hektar. Masjid ini boleh menampung 12,000 orang jemaah pada satu masa. Masjid tersebut telah dibuka dengan rasminya pada 18 Februari 2000 berikutan pengisytiharan bandar Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya. Masjid ini mempunyai ciri-ciri Masjid Nabawi dengan hampir 70 peratus kawasan masjid dikelilingi air.

Untuk Lebih Lanjut Informasi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu anda boleh KLIK SINI.



Sebagai pelancong dari Daerah Keningau, kami singgah menunaikan solat jamak di Masjid Bandaraya KK ini kemrin 29 hb Dec 2018. Alhamdulillah syukur nikmat kesempatan yang Allah berikan. Rasa lega dah tunaikan Solat jamak Takdim Solat Wajib Zohor dan Asar sekali. Mudahnya agama Islam. Bila bermusafir ada bab tertentu amalan wajib itu diberi peluang lakukan dengan mudah. ( Di kurangkan rukuk rakaat menjadi dua rakaat- jamak )

Etuza tidak berniat ambil gambar ruangan dalam dan beberapa sudut menarik masjid ini, hanya sekadar ambil gambar di luar. Mujur anak Etuza Mustaqim supporting hari ini. Dia tak merungut diajak ambil gambar bersama. Ada perubahan sikap ketika berada di rantau. 

Etuza perhatikan dalam BLOG INI ( WARNA-WARNI HIDUPKU ) ada paparan lebih detail tentang dalam dan luar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. cuba klik blog ini. Rasanya blogger ini dari mana ya? Adakah melancong ke Sabah lalu singgah kemarin di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini. Jika jumpa dan kenal Etuza boleh juga ambil gambar kenangan kan. Tak mustahil tetapi macam mustahil apabila berselisih masa ke masjid Likas ini.


Dahulu sekitar 2002 tak ada gerai makan di tepi Masjid Likas ini ( Bangunan Bazar ). Sekarang jemaah tak perlu bazirkan wang ringgit ke Pusat Bandaraya Kota Kinabalu boleh santai makan di gerai-gerai tersebut. Etuza lihat menu pun boleh tahan. Etuza sekeluarga tak berniat makan di sini. Terus saja ke rumah anakanda kami.

Gambar dari Imej Google. Lebih jelas dan bagaikan masjid terapung di atas air.
SUBAHANALLAH

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Subhanallah..cantik dan unik sekali rekabentuk masjidnya...semoga ianya sentiasa dipenuhi jemaah

    BalasPadam
  2. cantik jugak masjid bandaraya KK ni ya...

    BalasPadam
  3. di terengganu juga ada masjid terapung hehehe , cantik dipandang

    BalasPadam
  4. Subhanallah.. cantiknya. Teringin juga nak berkunjung melawat masjid KK ni satu hari nanti, in shaa Allah.

    BalasPadam
  5. cantiknyaa masjid diaa. belum ada rezeki untuk sampai ke KK lagi..

    BalasPadam
  6. Subhanallah cantiknya masjid..

    Teringin ke Sabah, belum ada kesempatan..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.