Adab Menumpang Di Homestay

Adab Menumpang Di Homestay

Adab Menumpang Di Homestay
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Ke udara maya lagi petang ini. Dalam keadaan cuaca yang amat damai,tidak panas dan tidak sejuk keadaan cuaca yang menyegarkan jiwa dan badan di daerah Etuza. Mungkin kerana siraman hujan petang ahad lalu telah menjadikan cuaca segar udara di daerah Keningau, Sabah.

Cuaca begini sungguh timbul mood bagus untuk melayan blog kegemaran, klik dan lakukan blogwalking agar minda kita dapat bergerak, dapat dipandu ke arah aura positif. Syarat tengok yang baik-baik, baca yang baik-baik. Jangan pula minda macam tin kosong di pukul riuh sekampung tapi tak ada isi.Faham tak kiasan Etuza petang ini. 

Cerita dah ke laut biru, patah balik ke cerita asal, tema yang telah diatur yang harus direncanakan agar menjadi panduan kita semua. Ini lah garis panduan apabila datang menumpang di HOMESTAY di mana-mana yang anda hendak menginap.

Etuza di HOMESTAY di Putrajaya Julai 2018

* Baca doa ketika masuk homestay dan langkah kaki kanan.
* Tengok situasi rumah, selamat atau tidak, alat rumah teratur atau tidak.
* Gunakan semua alat dengan penuh hati-hati, ingat kita pinjam sementara, bukan milik kita.
* Tidak perlu alihkan prabot di dalam homestay tersebut. habis kita kena saman, manalah tahu. 
* Pastikan ada arah kiblat agar kita selesa hendak solat.
*Jimatkan air, jangan membazir.
* Tidak perlu bising dalam homestay kerana ada orang lain menumpang di bilik sebelah.
*Kunci homestay di letakkan semula di tempat asal.
* Pastikan tandas bersih dan semua dalam keadaan asal sebelum cek out di homestay.
* Alat dapur juga pastikan yang diguna dibersihkan dan di susu rapi ditempat asal.

Ingat budi bahasa budaya kita

Itulah dia sedikit panduan apabila kita menumpang di homestay ketika kita melancong di negeri orang atau di mana-mana di negara sendiri.

Terima kasih HOMESTAY ini di Putrajaya kerana memberi
peluang kepada kami tumpang di sini. 

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

9 ulasan

WAH CIKGU BERCUTI KE PUTRAJAYA YA...ADAB MENUMPANG KAT HOMESTAY MESTI DIJAGA SEBAIKNYA

Betul tu kata etuza. Kita tumpang umah org jd kena jaga adab.

Betul tu... Kena la jaga barang2 tuan punya rumah. . Jgn ikut suka hati ja guna .Kdg tu sampai rosak la.. Hilang la

Tips yang sangat baik cikgu.
Terima kasih atas perkongsian.

Setuju 100%. Jika sewa homestay, saya tinggalkan setelah siap kemas dan mop (jika jumpa pengemop. )

Tuannya hanya perlu tukar cadar dan selimut

seronok mereka dapat cikgu sebagai tetamu..senang kerja =)

Setuju dengan panduan yang dikongsikan.
Waahh, jauh berjalan tu sampai ke Putrajaya tuan.

Cantik dan kemas homestaynya

betul tu. terima kasih atas perkongsian ini

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (548) Agama (542) Ucapan (491) Berita (423) Doa (386) Dunia Blog (382) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (301) Anak (292) Tips Blog (291) Pendidikan (278) Nasihat (247) Pelancongan (244) Kasih sayang (241) Berita Keningau (217) Alam Semulajadi (205) Rasa Bahagia (204) Hadiah (183) Gambar (169) Keluarga (148) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (114) kesihatan (98) Percutian (88) Tentang lelaki (76) Bunga (75) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Rumah tangga (56) Tumbuhan (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (50) Nilai Moral (48) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Haiwan (38) Sahabat Blog (38) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Kucing (30) Sekolah (29) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (17) Iklan (16) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Hari Jumaat (11) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Elken (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Buah (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) BRIM (1) Bunga Kertas (1) Hotel (1) Laman (1) Seo (1) Teknologi (1) a (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger