Indian Street Kuching Sarawak

Indian Street Kuching Sarawak

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Kali ini hendak updatekan blog dengan paparan beberapa gambar ketika kami ke Kuching Sarawak Sept 2018. Rasanya jika lama tidak letak kan memori kami ini di blog tersayang akan lenyap dan pudar dalam ingatan kenangan terindah ini. Dan pastinya bukan selalu ke Sarawak, rasanya hendak fikir lagi, banyak perkara kena fikir sebelum merancang ke Sarawak Negeri Kenyalang.

Bandaraya Kuching juga mempunyai Lebuh India seperti di Semenanjung. Terletak berdekatan dengan Kuching Waterfront. Boleh dilawati pada waktu siang sahaja (8 pagi ~5ptg). Klik SINI. Bonus untuk blog Tempat Menarik Di Kuching.

Etuza perhatikan pemaju atau permis jualan lebih ramai orang India dan beberapa orang Melayu dan orang Cina. Menariknya tempat  India Street ini terdapat banyak jenis jualan dan lokasi atau kawasan memanjang dan selesa untuk kita bersiaran untuk membeli pakaian dan produk jualan lain. Ketika Etuza datang ke India Street ini ada penjual mempromosikan jualan dengan harga murah seperti Beli 1 dapat FREE 1 antaranya jualan kain ela dan pakaian terpakai yang masih elok dan berjenama. 

Kepada anda yang bakal ke Sarawak jangan lupa lah berkunjung ke India Street di Bandaraya Kuching. Rugi jika tidak mampir ke laluan ini. Gerenti puas hati. Hendak beli makanan ada,di India Street. Hebatnya, lagi di kawasan ini ialah penjual ramah tamah dan melayan tetamu dengan baik. Apapun perlu berhati-hati apabila berada dalam lingkungan ramai orang..semoga tidak leka dan selamat kembali ke rumah penginapan. Baik lah lihat beberapa gambar perkongsian kami di lorong India Street di Kuching Sarawak.

Di tengah-tengah Badnaraya Kuching, Sarawak..

Klihatan bangunan unik di sini..laluan pun selesa..

 Gambar kami di Indian Street,...sorry kabur 

Tidak sahlah jika tidak abadikan gambar di Indian Street..meriahnya di lokasi ini
macam-macam ada..kawal nafsu jalah nak membeli..tengok poket..kalau 
ada boleh lah bawa  sesuatu..

Ada atap yang ukirannya unik Etuza suka lihat atap tu..

Nampak tak banyak jualan..boleh tawar menawar..

Ramai orang dekat sini..memanjang dan aman ja di sini..

Indian Street kata orang awam di sini tutup semua permis atau beberapa
kedai kiri kanan jam 5.00 petang. Malam meriah dengan lampu2 menarik
di Waterfront pula katanya. 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. atap india street ni baru dalam 5 tahun kalau x silap.. :)

    BalasPadam
  2. hari tu saya tak puas jalan2 di sini, sebabnya kami nak cepat ja..tak seronok lah kan..hehehe

    BalasPadam
  3. Cantik lokasi persekitaran indian street ni. Nampak terjaga dan tarikan perlancongan juga di Kuching ni. Teringin juga nak ke sini satu hari nanti.

    BalasPadam
  4. blm pernah sampai di kwsn indian street...

    BalasPadam
  5. pertama kali saya dengar ada indian street di kuching serawak

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.