Tergoda Juga Akhirnya

Tergoda Juga Akhirnya

Tergoda Juga Akhirnya

Etuza sudah lama tidak minum air sejuk berais, apa lagi menjamah aiskrim, memang sudah agak lama. Etuza berhenti mengambil  minuman sejuk berais demi menjaga kesihatan. Walhal minuman sejuk berais merupakan minuman kegemaran masa remaja yang melegakan kehausan di siang hari.

Akan tetapi akhirnya tergoda juga akhirnya, apabila jauh berjalan di tengah hari di Kucing Sarawak, mencari apa yang hendak dibeli. Dalam shoping mall di Plaza Merdeka Kuching itu naik turun mencari kalau ada permis menjual buku  atau alat tulis. Dalam lingkungan bangunan yang sama jika terlalu banyak berjalan ke sana kemari sudah agak terasa kehausan yang amat sangat.

Nampak lah ruang kedai ini. Sekali terpandang cup hijau dan warna yang benar-benar menggoda naluri Etuza. Singgah lah hendak bertanya jenis minuman tersebut. Harga pun oklah selera nak minum membuak-buak Etuza akhirnya putuskan melayan nafsu teringin sangat hendak minum minuman ini. Itulah yang dikatakan tergoda juga akhirnya walaupun mempertahankan habit tidak minum air berais sejak lama.Ada minum air sejuk tetapi kurangkan ais, asal dingin sahaja. Faktor usia ini, tidak dinafikan memang banyak jenis makanan dan minuman tak boleh masuk ke dalam badan.

Di dalam Plaza Merdeka Kuching Sarawak

Mama dari jauh ada juga bagi isyarat, tak perlu. Tetapi Etuza tak kisah. Entahlah ..doa sebelum minum pun ada lakukan, niat minum saja agar kembali segar dan bertenaga. Apakan daya mungkin kejutan pada malamnya tekak Etuza perit sekali. Tak berapa nak keluar suara. Sakit dan badan Etuza agak lenguh. Teringat lah Etuza tentang minuman sejuk berais, rupanya kena selesma Etuza. Bersin pun banyak kali. Ditambah kesejukan ekon dalam bilik. Ha ..inilah keadaan apabila sedikit tergoda minum air sejuk berais pekat. Sekarang dah sembuh, syukur alhamdulillah.

Minuman yang menggoda selera Etuza. Sedap sekali di sedut hingga habis..
tak boleh lah membazirkan duit,..beli minuman tapi tak habiskan..
bukan niat nak sakittapi hendak segar kembali 
bertenaga setelah berjalan banyak kali.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

11 ulasan

jaga kesihatan yer etuza..moga sihat selalu..:)

Hahaha kan tak pasal-pasal sakit pula. Semoga cepat sembuh ye

sekali sekala xpe cikgu... hehehehe

Yang ada memang alah dengan ais Cikgu....minum sikit pun jadi sebab tidak sihat...ada yang ok sahaja minum banyak mana pun...tapi bila teringin ni lain macam...susah nak kawal...

saya sehari tak minum ais tak boleh

i makin tua , makin suka air ber ice.

Suami saya pula 24jam nakkan minuman berais, kat rumah wajib ada stok..

Minum jg air sejuk ja tak ada ais, tapi bila tergoda minum jga.kebetulan ja dah sampai masa selesma..

Memang mengoda air berais esp musim panas skrg ni

Sekali sekala langgar pantang ye, Cikgu,...

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (543) Ucapan (492) Berita (423) Doa (387) Dunia Blog (385) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (302) Anak (293) Tips Blog (291) Pendidikan (279) Nasihat (247) Pelancongan (245) Kasih sayang (241) Berita Keningau (219) Alam Semulajadi (209) Rasa Bahagia (204) Hadiah (186) Gambar (169) Keluarga (149) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (114) kesihatan (99) Percutian (88) Bunga (79) Tentang lelaki (77) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Tumbuhan (57) Rumah tangga (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (51) Nilai Moral (48) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Haiwan (39) Sahabat Blog (39) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Sekolah (31) Kucing (30) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (18) Iklan (16) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Hari Jumaat (11) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Banjir (3) Buah (3) Pertunangan (3) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) Adsen (1) BRIM (1) Bunga Kertas (1) GIVEAWAY (1) Hotel (1) Laman (1) Laporan (1) Promosi (1) Seo (1) Teknologi (1) a (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger