Ruang Makan Hotel Merdeka Palace Kuching Sarawak
Salam sejahtera.
Inilah dia wajah bangunan Merdeka Palace Hotel yang Etuza kira sangat terkenal di ibukota Kuching Sarawak. menginap dalam hotel ini terasa amat bertuah dan bersyukur kepada Allah. Peluang dan kesempatan datang ke Kuching Sarawak pada minggu lalu melakar banyak kenangan indah kami, semuanya terjadi apabila anak kami berjaya memasuki Universiti Malaysia Sarawak sesi 2018/2019.
Etuza tidak menyangka apabila Etuza search google hotel mana yang berada betul-betul terletak di center ibukota Kuching. Rupanya dalam carian hotel ini berada dalam tahap teratas lalu Etuza tempah satu bilik untuk menumpang teduh barang semalam.
Masuk sahaja dalam ruang depan kaunter hotel ini, wow! sangat hebat, reka bentuk yang penuh klasik berkonsepkan suasana rumah orang Inggeris, perabot yang unik dan sangat cantik seniukirnya. Terbaiklah hotel ini. Mau sahaja Etuza bagi 5 bintang. Pada Etuza hotel ini cukup terbaik dari segi layanan, keselesaan bilik sehinggalah di ruang makan. Jika anda sudi lihatlah gambar di ruang makan yang Etuza kongsikan itu.
Inilah dia Merdeka Palace Hotel Kuching Sarawak.
Semasa Etuza menerima panggilan bertanyakan kami dari jabatan mana, Etuza katakan kami adalah dari Sabah di bawah jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Wah bagasi kami di bawa di hadapan kaunter dan kami dilayan dengan penuh mesra. Agak kekok sedikit kerana mereka sepertinya terlalu biasa dalam Bahasa Inggeris. Sampai di bilik ya Allah sangat cantik dan menawan suasananya.
Menu atau beberapa jenis makanan sarapan pagi kami.
Kena tuntut makan khas untuk 2 orang kena pergi makan..sebab nak tengok suasana.
Etuza dan isteri semasa masuk ruang makan hotel ini, kedengaran alunan muzik yang sangat indah sekali bagai mengalu-alukan kami. Etuza rasa mata sudah melirik sana-sini, kagum dengan seniukir meja dan tempat duduk serta gambar dinding yang penuh pesona. Arh!!! Dunia, tidak apa kami dengan tidak malu mulai lah mengambil apa yang patut untuk sarapan pagi.Apapun kena beradab makan seadanya bukan tunjuk kan kegelojohan nanti malulah satu Sabah nampak sikap kami. Mujurlah makan dengan sopan. Ramai orang lain sini sana, mereka juga turut makan beradab.
Hasil curi-curi menggambar..cantikkan hehehe
Hadui sempat juga post meminta gambar depan menu berbagai juadah yang lazat..
Perut dan buncit tu tau...makan menu yang sedap2 di Sarawak..
Bahagianya dapat pijak Hotel Merdeka ini..cantik sangat.
Tersusun indah..layanan sangat hebat
Nak minum ha mai sini conner untuk anda di Hotel Palace Merdeka, Kuching Sarawak
Sarawak, kami akan datang lagi melihat keindahanmu. Tunggu!!
2 Ulasan
Cikgu ni ala2 Duta Palace Hotel, layak dapat bayaran tu.. 🤗
BalasPadamTak apa ..dapat bergambar pun cukuplah Umi ..hotel ni cantik sangat bagi saya..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.