Laksa Sarawak Ambal
Inilah dia warna-warna kehidupan yang menjadi tema pada blog Etuza, menjadi tajuk pada header blog Etuza. Kepada pembaca maya bacalah entri ini, kerana mungkin anda juga pernah mengalami situasi apa yang Etuza dan isteri alami di Kuching Sarawak baru-baru ini.
Orang kata jika hendak ke Sarawak harus makan laksa Sarawak, Mee Kolok Sarawak dan kena membeli Ikan Terubuk. Itu baru dari segi makanan, dan makanan tersebut memang hebat sedap yang tiada kita rasa di daerah sendiri. Misi mencari Laksa Sarawak semasa 22 Sept 2018 di Kuching akhirnya berjaya apabila ada dua insan iaitu Puan Magret dan suaminya menghubungi kami untuk pergi makan Laksa Sarawak di sebuah restoran terkemuka di Kuching.
Inilah dia Puan Magret dan suaminya..dan Inilah Restorannya.
Puan Magret ini merupakan kawan atau sahabat karib Cikgu Piah, Cikgu Piah rakan guru di sekolah Etuza yang berasal di Sarawak. Kata Puan Magret dia tahu keberadaan kami di Kucing Sarawak dari Cikgu Piah lah. Sungguh terkejut apabila ada orang mengenali kami di Kucing dan belanja kami makan Laksa Sarawak. Terima kasih banyak kepada Cikgu Piah, sangat baik hati dan memang selalu membantu kami.
Jika anda hendak tahu Restoran MOM's & LAKSA CAFE ini sebuah restoran yang terkenal di Sarawak, di mana inilah restoran yang selalu masuk di kaca TV dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan yang dihoskan oleh para artis terkenal. Wah bertuah betul Etuza dan mama dapat makan live di restoran Mom's laksa & cafe ini hari ini. Makan free, dapat kawan baru yang hummm!!!! amat baik hati. Tidak tahu nak cakap apa lagi pada Puan Magret dan En Suami dia. Setelah selesai makan, mereka bawa kami lagi dan terus di hantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Sarawak. Ya Allah bagaimana hendak balas budi diorang ni ya...kami hanya dapat ucapkan ribuan terima kasih semoga mereka bahagia dan dimudahkan rezeki. Amiin.
Suami Puan Magret bekerja di Pejabat Pendidikan Kuching Sarawak
Kalau nak cari makan Laksa Sarawak yang pelbagai rasanya
datang lah di Restoran Mom's Laksa & Cafe..itu lah nama restoranya..
Boleh rasa Laksa Sarawak Udang dan lain-lain..sedap tau..
Inilah dia Pn Magret dan suaminya dan gambar kenangan bersama kami.
Harap dapat ke sarawak lagi dan pasti hubungim mereka pula..
Pn. Magret bekerja sebagai Tenaga Pengajar Kejururawatan di UITM Sarawak.
3 Ulasan
dah lama tak ke Sarawak...harap dapat la peluang ke sana lagi dan boleh rasa laksa Sarawak lagii
BalasPadamInshaallah..semoga ada rezeki dapat ke Sarawak ya Mrs Fauzy H
BalasPadamsaya pernah makan laksa serawak tapi bukan di serawak sebab adik saya yang bekerja di sana buat di semenanjung
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.