Cek In Di Hotel My In Di Samarahan

 Cek In Di Hotel My In Hotel Di Samarahan

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

20 Sept 2018 kami ke Sarawak bersama dengan mama ( isteri Etuza ) dan anak lelaki Etuza yang ke 4. Flight kami pada jam 6.15 petang dan mendarat di Lapangan Terbang Kuching Sarawak.Alhamdulillah dengan izin Allah kami sampai dengan selamatnya di Bumi Kenyalang yang indah ini.

Tempat penginapan kami telah dari awal Etuza urus dengan meminta bantuan kawan kepada kawan guru di tempat Etuza bekerja. Alhamdulillah dengan berkat usaha itu maka mudah lah kami mendapat tempat tinggal iaitu di Hotel My In yang terletak di Samarahan, Sarawak. Harga tiket untuk satu malam ialah RM119.00 sahaja. Kenderaan pada hari itu juga telah menunggu kami hasil dari bantuan kawan kepada kawan rakan guru Etuza yang berasal dari Sarawak. Mudahlah urusan kami, tetapi urusan seterusnya pada hari esok pasti menunggu lagi.

Ruang tempat beradu dalam Hotel MY In..duble bad..

 Bilik hotel My In kelihatan masih baru, menarik dan masih ada bau bangunan baru dibina. Boleh lah berteduh semalam di Samarahan Sarawak berdekatan dengan UNIMAS.

Sebelum ke UNIMAS kami ambil kesempatan bersarapan di sebuah restoran bersebelahan dengan Hotel My In. Menu kami ialah Mee Kolok dan Nasi Goreng Petaya. Minuman kiccai panas dan anak membeli milo ais. Alhamdulillah selepas sarapan kami bergerak ke UNIMAS dengan menaiki kenderaan milik Dunggau ( Kawan rakan guru Etuza ). Terima kasih kepada orang Sarawak yang baik hati menghantar kami ke UNIMAS.

Alat-alat minuman, botol air, cerek air ada disediakan..

Kemudahan lain, TV, meja membaca, kerusi dan beberapa almari sebagai
 tempat bagasi dan pakaian.

Ruang pendaftaran di My In Hotel, Samarahan Sarawak

Kerusi dan meja yang unik..

Tandas bersih..berkilat, sebagai pengguna harus bertanggungjawab..

Notis peraturan di bilik Hotel My In

Singki tempat mencuci muka..depan ada cermin muka

Ready cek out pada awal pagi 21 Sept 2018 ke UNIMAS.
Gambar Kenangan kami..

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Kota Samarahan mmg byk bangunan2 baru, pusat2 pengajian semua di sini.

    Suatu hari nanti akan pesat membangun..

    BalasPadam
  2. Betul tu UMI Aliya..tu sebab Medan Universiti

    BalasPadam
  3. salam singgah. alhamdulillah. semoga pengajian di universiti dipermudahkan oleh-Nya inshaAllah ^_^

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.