Taman Sahabat Di Bandar Keningau Beroperasi Kini

Taman Sahabat Di Bandar Keningau Beroperasi Kini
Asalamualaikum semua teman maya.

Kembali bersiaran di arena blog. Kali ini memaparkan sebuah taman rekreasi di Bandar Keningau. Taman ini baru sahaja beroperasi dan di buku secara rasminya sekitar lima hari yang lalu. kami bersama kawan-kawan Aliya ( anak perempuan Etuza ) datang ke taman ini pada 20hb Oktober 2016. Masa kami bersiaran di taman ini keadaan cuaca agak hujan renyai-renyai menyebabkan terburu-buru hendak ke kereta, namun sempat merakam beberapa gambar sebagai kenangan.

 Inilah dia pintu gerbang Taman Sahabat di Bandar Keningau

Taman ini diberi nama Taman Sahabat. Taman yang dibuat berdepan dengan sebuah restoran terkenal di Keningau iaitu Restoran Sri Keningau.Pemilik restoran ini dahulunya merupakan seorang Pensyarah di Maktab Perguruan Keningau, Sabah dan merupakan orang Semenanjung. Cukup terkenal restoran ini sehingga kini.

Taman Sahabat ini mempunyai beberapa tempat ruang duduk tempat berehat. Terdapat beberapa tempat permainan kanak-kanak seperti permainan buaian dan bergayut. Rumput hijau yang lembut seperti baldu. Tiap ruang berjalan simen berwarna biru. Cantik kelihatan dengan dihias menggunakan bunga kertas berbunga peace putih pink corak bunga yang menarik perhatian umum.

 Aliya dengan 4 orang kawannya ..di pintu 
gerbang Taman Sahabat
 Gembiranya mereka hari ini melawat dan bersiaran di Taman Sahabat

 
Tinjauan Etuza tentang Taman Sabahat ini ialah, Taman Sahabat ini dicetuskan oleh Majlis Daerah Keningau. Telah beroperasi sejak lima hari pada masa kunjungan kami ke sini.Berkonsepkan sebuah taman rekreasi tempat bersantai, berehat dengan menikmati keindahan bunga2an dan rerumput yang hijau. Terdapat juga replika haiwan seperti burung, rusa dan lain-lain diperbuat dari simen menambahkan keindahan Taman Sahabat. Kepada yang berniat hendak ke Keningau pastikan mengunjungi Taman Sahabat ini di Bandar Keningau.



Gambar sekadar hiasan blog...

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. wah seronok ada taman,...sejuk mata memandang

    BalasPadam
  2. bagaimana keadaan si Sabah...hujan tak cikgu Etuza

    BalasPadam
  3. Hujan lebat kadang kala aRz..minggu lalu lebat hujan berturut2

    BalasPadam
  4. Blh mnta jenis nama permainannya dan beserta gambar terus ka? Hehe.. pa2 pn nice pic

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.