Alhamdulillah sabtu yang ceria
muncul lagi hari ini dengan keadaan
kita semua sihat walafiat.Syukran..
Baca SINI
Sebelum mencatat habis entry Etuza kali ini, Etuza memohon maaf jika ada yang berkaitan terbaca entry ini, kerana catatan berkaitan dengan realiti kehidupan sebenar Etuza serta orang lain yang pernah ada dan di sekeliling Etuza. Semua entry Etuza dalam blog ini tiada yang bohong membuta, maknanya catatan itu juga adalah realiti yang dikongsi dalam bentuk paparan maya di blog. 
Suatu hari di Masjid Keningau, Sabah, selepas solat asar Etuza kemudian keluar untuk pergi memakai kasut dan seterusnya meninggalkan Masjid indah AlRahim Keningau.
Ternampak seorang lelaki yang kelihatan masih muda menyusun selipar dan kasut di atas anak tangga masjid Keningau. Bila dia melihat Etuza, dia tersenyum dan cepat-cepat menghulur salam. Begitu mesra sekali kelihatan dan memang Etuza tak rasa pelik kerana sesungguhnya Islam adalah bersaudara baik apa juga suku bangsa kita. 
"Apa khabar? saya ada juga jumpa kamu dahulu, tetapi dari jauh saja di masjid ini" Pemuda berkopiah memulakan bicara. " Ooo..siapa kamu ni, dari mana kamu?" Tanya Etuza. " Saya dari Tambunan tetapi selepas saya balik dari Kuala Lumpur saya langsung ke Keningau dan masjid inilah tempat berteduh selain saya tinggal di area Bakiau Keningau" Jelas pemuda itu. Banyak cerita dia dalam keadaan kedua-dua kami berdiri bersententangan dan sesekali menyabut salam jemaah lain yang datang bersolat.
Etuza rasa nak berlalu tetapi segera pemuda itu berkata."Saya minta tolong, boleh kah pinjam duit kamu untuk saya membeli beras, saya perlu duit ini!" Terkejut juga Etuza mendengar permintaan pemuda itu. Rasanya inilah sejarah pertama kali Etuza di sapa oleh orang asing bagi Etuza yang tak pernah kenal langsung di kawasan masjid dengan penuh keberanian meminta wang dari Etuza. Ya Allah adakah Etuza di uji. " Ooo sebenarnya apa pekerjaan kamu ni?" Etuza nak tahu siapa sebenarnya pemuda yang agak kurus dan tinggi sedikit dari Etuza. 
" Inilah kerja-kerja saya sesekali menyapu di masjid ini, susun atur kasut dan selipar di masjid ini, saya tiada punca pencarian belum dapat kerja, nanti dapat duit saya bayarkan, betul tiada beras saya" Jelas pemuda itu. Etuza tanpa fikir banyak lagi Etuza hulurkan apa yang ada bukanlah banyak sangat tetapi kalau nak beli beras yang 5 kilogram ada lebihan dan boleh lagi digunakan baki duit itu untuk membeli keperluan lain.
" Tak apa ambil saja, beli lah beras ya..." Etuza menghulur salam dan beredar meninggalkan pemuda itu di Masjid Rahim Keningau, selepas dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Etuza. Ya Allah ...Etuza mohon limpahkan lah rezeki kepada pemuda itu ( lupa namanya..nama ada dalam telefon nokia tapi Etuza tak rujuk nama tu biarlah rahsia) Sungguh Etuza rasa ada debaran yang lain sangat saat hadapi situasi sebegini. Ada beberapa kali Etuza di terpa orang meminta sedekah tetapi bukan orang bumiputera Sabah, mereka dari tanah seberang dan bukan di Masjid.
Selanjutnya Etuza cuba hubungi pemuda itu, hendak tanyakan khabar dan adakah sudah beli beras. Yang agak mengejutkan bila dengan mesranya Etuza bertanyakan khabar nampaknya suara mesra pemuda itu tidak kedengaran dan dia tidak bercakap dalam bahasa kadazan dusun padahal kami sama-sama suku dusun Sabah. Sekali lagi Etuza terhairan kenapa cakap Bahasa Melayu pula, bahasa saya Dusun tetapi dia hanya ringkas bercakap Bahasa Melayu. Ya Allah adakah ini ujian..niat Etuza hendak lagi bertanya khabar dan inshaAllah jika terserempak lagi Etuza akan bantu setakat mana keikhlasan. Suatu hari Etuza ke Masjid solat asar, tetapi Etuza tak lagi ternampak pemuda itu. Ke mana kah dia, ada ke dia makan, kalau dia ada anak isteri bagaimana dia memberi nafkah makan minum anak-anak dia. Sejurus kemudian Etuza berfikir...jika ada usaha yang gigih kerja apa pun kalau dibuat dengan ikhlas InshaAllah Allah akan beri kita rezeki. 
Yakinlah kita bahawa kuasa Allah itu maha hebat dan maha luar biasa. Ya Allah pelihara lah kami dari kemaksiatan, dari kesombongan dan dari keegoan yang membunuh rasa damai di hati.