Note: Malam ini Etuza periksa
email gmail akaun Etuza.
Khabar berita pasti diberitahu..
tiada rahsia!..berila waktu ya...
Graf paparan halaman Blogger
Klik INI ( soalan kuiz )

Terkejut melihat graf paparan halaman blog Pesona & Mustika. Tersasar sebenarnya target Etuza. Etuza mengidam nak lihat setakat 500 view dan graf blog, sebab dalam sedikit sahaja turun naik graf hampir2 ke titik 500 grafik tu setiap kali klik gambarajah halaman keseluruhan.Sebagai seorang yang suka kan blog Etuza sering kali lihat paparan graf ni, anda bagaimana pula suka tak klik klik graf blog?. Jika belum suka klik graf blog silakanlah senangkan hati klik graf blog anda.

Ha tersasar jauhnya sampai dekat titik 700 pula. Alamak nilah yang membuat Etuza SEMAKIN SAYANG korang semua, sayang blog bermakna sayang orang yang klik klik blog Pesona & Mustika. Dulu Etuza semakin sayang sahabat Madam Kamsiah dan seorang lagi blogger Alimaz. Alimaz blogger ke mana entah kemana. Tapi baru-baru ni Alimaz menyapa Etuza di facebook. Rasa bahagia dan semakin sayang dengan blog, betul tau semakin tinggi dan tebal dalam hati...hummm!!!! apa lagi melihat UMI ALYA dan JM-Jari Manis. Haduiii BEST tul dua blogger yang semakin menyinar prestasi dalam blog Pesona & Mustika. Huuuu! percaya tak Etuza sangat merasakan rasa sayang dengan blog mereka serta blogger ini.Dalam Malaysia ni jika ada perhimpunan AGUNG bloggers Malaysia (kononlah) hahaha..jangan hairan ya mereka ini lah yang Etuza cari dahulu. Best kan persahabatan maya ini.
Graf rajah naik melonjak begini tinggi dengan kesan tapak kaki blogwalking mereka ini dan anda semua yang ada klik blog Etuza. 
Semakin sayang rasanya Etuza dengan blog. Mengidam lagi nak tengok kalau lah graf naik ke 1000 paparan view blog ini di Malaysia. Aduh! perasan kembang kempis ...nak terbang lah Etuza. Ala 1000 view tu teramat lah tinggi. Huu!!! adakah itu akan tercapai.

Kenapa pula suka graf ni?
1. Bukti blog kita ada yang klik membaca entry blog kita
2. Ada blogger melekat nak tengok perkembangan blog kita.Kalau ada ilmu dalam blog mereka menfaatkan lagi best.
3. Sebagai sokongan kepada kita. Bijaknya alam maya ini.
Segala prestasi kita dicatat. Anda blogger takkan tak nak tengok kan prestasi anda semua sepanjang berblog - rugi tu rasanya tak nak tahu.
4. Memberikan kita motivasi tau graf tu.Akan teruskan usaha berblog.
5. Akan menjadikan kita ke arah lebih kreatif dan inovatif jangan jadi PASIF dah lah ya.

Ha itu lah pandangan Etuza tentang graf pada blog kita. jadi mari sama-sama tengok graf ya.