Selamat pagi kepada semua warga blogger Malaysia.
Entry ini khas untuk Jari Manis yang ingin meneganali puteri bongsu Etuza. Ha ini dia berusia 9 tahun.Anak kesayangan mak dia. Tengok ja dalam usia 9 tahun masih nak duduk dekat depan .Tengok ja kan siap nak posing sakan lagi depan abah dia.
UMI dan JM anda telah menyumbang keceriaan dalam blog Pesona & Mustika. Terharu sangat sebab UMI dan JM sebenarnya untuk pengetahuan semua sering memberi idea kepada Etuza.Mereka menyarankan sumbangan idea kepada Etuza dalam dunia blog.
Jujur saya katakan mereka bukan nak mengharap apa apapun pada ADMIN Pesona & Mustika, tapi keikhlasan yang lahir dari hati Etuza dan family adalah bentuk penghargaan kepada mereka berdua. Setidak-tidaknya ada ucapan TERIMA KASIH buat sahabat maya, kenalan maya yang sebenarnya jarak ini saja memisahkan kita semua. Sebenarnya UMI dan JM serta blogger lain dekat dekat saja, tengok saja catatan dan paparan yang sebenarnya berkaitan dengan hati dan jiwa mereka yang turut serta dalam arena blog, menyalur menyampaikan sesuatu yang baik kepada kita semua. UMI dan JM ...semua komen anda yang sangat mesra indah dan ikhlas itu amat-amat Etuza hargainya. 
Untuk JM ...tak apa jika kali kedua mendapat hadiah dari blog Pesona & Mustika. Tak apa jika masih lagi JM terpilih kali ini. Dan UMI kena terima juga bahawa kadang2 ada pesaing yang sihat, kadang nama kita di atas kadang ada masa nama kita turun ke tempat kedua. 
Dan di sini Etuza umumkan bahawa kali ke 3 calon ANUGERAH PENERIMA TROPI ( WAH TROPI BERTAKTAHKAN BRAN BLOGGER 2014 ) dari Blog Pesona & Mustika bukan berdasarkan jumlah KOMEN tetapi akan di umukan apakan bentuk Segmen simple itu pada 16hb Nov 2014 ( Sabtu - selepas Solat Subuh ) inagt..datang ramai -ramai ya...berapa dapat hadiah bentuk Tropi tu akan Etuza UMUMKAN juga. 
Ok nak cakap lastly " Sebarang kesalahan ejaan harap maafkan, akan berusaha mengubah habit silap eja" Harap maklum...