Berbudi kepada tanah, hasilnya tidak mengecewakan. Rezeki hebat dariNya.
Rezeki Dikongsi Pada 16.09.2025. ( hari Malaysia )
Rabu kelmarin datang seorang lelaki di rumah membawa sayur daun pichai dalam tiga pokok yang sangat besar serta daun segar dan subur sekali. Lelaki itu Ipar Etuza bernama Jahidin. Datang memberi kan sayur hasil tanaman mereka di Banggau, Keningau. Hari Malaysia 16.09 kami didatangi rezeki yang hebat ini, rezeki dikongsi hasil tanaman yang asli dari keluarga Etuza sendiri. Terima kasih saudara Iparku Jahidin.
Katanya tanah milik mereka di Banggau terbiar lama dan bertahun-tahun. Anak buahnya bernama Mahat Satimin telah membawa mereka ke Banggau dan membersihkan tanah tersebut. Lebih kurang 25 ekar, sementara belum ada tanaman mereka tanam sayuran seperti dalam gambar. Hebat tanaman mereka Allah kurniakan tanaman menjadi sangat subur dan segar.
Infor Di Banggau, Keningau.
Katanya kawasan itu sejuk bersalji walaupun ada cahaya matahari. Dingin yang seolah - olah berada di Kundasang Ranau. Keadaan bersalji dingin dan cahaya matahari tidak berapa terik disebabkan Banggau ini di lembah bukit Banjaran Croker. Memang dingin di kawasan lembah ini. Selain itu keadaan jalan raya ke Banggau agak mencabar dan hanya kereta pacuan 4 x 4 ( hilux ) sahaja yang dapat ke Banggau. So, kena ada kereta besar juga lah bila memiliki tanah di Banggau.
Tanaman Herba Di Laman Etuza.
16.09.2025, Rabu kelmarin, kelihatan tanaman di halaman Etuza menjadi dan kian subur selepas disirami hujan. Tanaman herba yang ada adalah :-
1. Pagaga Cina ( boleh dimakan daun )2. Halia3. Bullberi4. Lada bara5. Lada putih.6. Serai makan7. Pandan8. Lengkuas9. Alovera10. Pokok sirih11. Pokok bunga ros ( kelopak bunga ros boleh dimakan)12. Pokok betik sepeohon13. Pokok kari13. Pokok limau purut.
Kepada pembaca maya dan teman blogger boleh scrol gambar ke bawah sebagai hiasan blog cuma. Menghibur, mencurah infor sekadar mampu. Blog bukan hak milik kekal. Salam hormat, sangat hargai kunjungan anda hari ini.
Saudara ipr Jahidin adik surihati bertani di Banggau. Segar udara, dingin bersalji area Keningau.
Sayur pichai dihantar di rumah petang 16.09.2025. Rezeki dikongsi.Alhamdulillah.
Penuh sayur pichai untuk dijual. Semoga lancar rezeki ipar Jahidin.
Lada padi siap di bungkus untuk dijual
Lada hijau, ini tanaman Etuza di halaman rumah.
Serai di tanam di pasu, mudah bersihkan rerumput.
Pagaga Cina, boleh dijadikan ulam yang sedap.Tanaman di laman Etuza.
Gambar pagaga Cina pagi 16.09.2025, awal pagi segar sekali.
Pokok daun kesum..hummm! wanginya..
Pucuk daun kesum baru di petik.
Pokok betik/ kepayas.Tumbuh sediri, hanya sebatang saja di tepian rumah.
Semalam, rebus sayur daun pichai, letak bawang goreng..cukup menyelerakan..
16 تعليقات
Alhamdulillah.. menjadi semua pokok-pokok hidup subur.. Seronok dapat menikmati hasil tanaman sendiri.
ردحذفBanyak juga hasilnya tu tuan, beruntung punya kawasan yang subur. Sabah memang subur tanahnya terutama kawasan tanah tinggi. Ada yang dibuat jual ke?
ردحذفwarghhh banyaknyaaaa
ردحذفhidup subur semuanya...
alhamdulillah
pegaga cina tu di sini kami panggil pegaga air/ pegaga gajah. di sini dibuat jus campur sikit epal hijau minuman kesihatan. nampak subur tanamannya. alhamdulillah
ردحذفAlhamdulillah rezeki hasil berbudi kepada tanah.
ردحذفSeronoknya sy tengok suasana di kebun Sdr Jahidin tu... mesti sejuk dan nyaman udaranya
Luas tanahnya 23 ekar, apa yg akan di tanam ye Cg selain sayuran? Sekadar bertanya...
cuaca sejuk macam tu, memang subur sayuran yang di tanam kan Etuza , alhamdulillah
ردحذفAlhamdulillah..seronok tengok hasilnya segar bugar. Berbudi pada tanah dapatlah merasa hasilnya kan. Untung juga ada tanah dapat bercucuk tanam.
ردحذفSeronok tengok tanaman hijau, lebih-lebih lagi yang diusahakan sendiri. teringat zaman budak2 dulu, arwah ayah usahakan tanah kebun, hujung minggu kami sekeluarga tidur di pondok kebun, seronok sangat!
ردحذفSayur daun pichai sekali pandang nampak macam salad tapi masakan macam masak sawi.
ردحذفSewaktu suami saya kerja shif seminggu siang seminggu malam dulu dia rajin bercucuk-tanam sehingga ada 100 lebih pokok cili padi. Di NS cili padi memang laku. Keledek pun dia tanam dah hidup subur.
ردحذفBtw, saya rasa keadaan di keningau sejuk dan berkabus. Salji tak turun di Malaysia.
Alhamdulillah, dapat sayur dari saudara. Seronok dapat menikmati hasil tanam sendiri.
ردحذفSegar2 tanamannya ya.....alhamdulilah rezeki Allah.
ردحذفbesar juga tanah sampai 25 ekar. cuaca kebun tu pulak dingin sampai berkabus, memang sesuai utk tanam sayur. alhamdulillah rezeki
ردحذفBesar tu 25 hektar, mujur tergerak hati nak diusahakan. Kalau tidak jadi hutan semula agaknya
ردحذفAlhamdulillah. Berbudi kepada tanah memang akan mendapat tuaian lumayan. Rezeki dikongsi bersama, mudah-mudahan Allah lipatgandakan lagi rezekinya. Amin.
ردحذفbyk betul hasilnya alhamdulillah
ردحذفAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.