Restoran Anak Mami , Di Sambulan Kota Kinabalu, Sabah
Petang 18.09.2025, setibanya di Kota Kinabalu pada jam 2.05 minit, dan setelah urusan selesai di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Etuza merancang mencari tempat makan yang selesa kerana perut sepertinya terasa pedih sekali. Mulai lapar berkeroncong kata orang.
Dalam keadaan hujan renyai, Etuza mengambil keputusan singah makan di tempat Restoran Anak Mami yang kelihatan meriah dan pencahayaan yang menarik,selain ramai yang datang berkunjung ke Restoran ini.
Oleh kerana agak lapar, Etuza langsung ke arah tempat sajian makanan untuk melihat lauk apa yang hendak dimakan bersama suri hati. Pelayan di restoran ini datang memberi layanan dengan menghulur nasi dalam sukatan sederhana atas pinggan. Lalu Etuza memesan lauk ikan dan sayur-sayuran. Boleh lihat gambar menu dan juadah yang kami makan petang kemarin di Restoran Anak Mami, restoran Mamak yang sangat cantik dan ceria, terlebih ceria dengan pelayan restoran yang ramah tamah dan pantas memberi layanan.
Etuza abadikan gambar pada banner bercahaya di Restoran Anak Mami di Sambulan Lama KK
Memang cantik Restoran Anak Mami ini, sesuai dengan tempat strategik dan menyediakan banyak jenis lauk yang masih panas dan segar. Alhamdulillah kami selesai mengisi perut lapar di restoran yang Etuza agak restoran ini TERKENAL di KK. Sekiranya ada blogger datang di Sabah, khasnya di KK datang lah di restoran ini.Berbaloai dengan layanan yang baik.
Bab Makan Pisang Goreng dan Karipap Pembasuh Mulut.
Oleh kerana hujan renyai dan kemudian hujan lebat, tidak larat meredah hujan ke kereta untuk pergi ke penginapan di Kota Kinabalu. Hati mulai gusar kerana hujan semakin menderu lebat. Agak pekat mendung di awan.
Etuza kemudian menghampiri seorang wanita bertudung sedang memasak pisang goreng. Lalu memesan kuih popiah segitiga dan pisang goreng. Harga pisang goreng RM1.00 4 biji dan karipap simpul tiga segi RM1.50. Siap dihantar di meja makan kami, lalu menikmati kuih muih ini sebagai pembasuh mulut. Kami hanya memesan air mineral sahaja petang itu. Kuih sangat lazat dan sedap bertambah lazat dimakan sambil mendengar deru hujan yang lebat berbahasa.
Selesai makan kuih Etuza dan suri hati gerak ke kereta walaupun masih hujan. Niat hendak ke penginapan untuk tunaikan SOLAT Asar. Risau jika qadaq SOLAT wajib Asar. Tak apa lah kena hujan, hujan rahmat di petang hari Khamis di Kota Kinabalu. Inilah pengalaman Etuza berkunjung ke Kota Kinabalu 18.9 dan 19.09. Hari Jumaat petang kami akan balik ke Keningau bersama anak yang kami jemput di Tuaran. Jumpa lagi, happy nice day, selamat bercuti, salam Jumaat yang barokah.
Kuih pisang yang lazat, lembut, Etuza suka makan.
Ini kuih popiah tetapi dibentuk 3 segi , atau karipap kah ini..bingung dah apa..hehehe..
Gambar kenangan, bukan membanggai diri , melainkan gambar hiasan blog
menunjukkan kebenaran catatan dan realiti kehidupan yang sebenarnya selalu sibuk.
30 تعليقات
Sy kalau ke kedai mamak pun suka ambil lauk ikan goreng yg dipotong keping² begini.
ردحذفMemang sedap menjamu selera dgn pisang goreng tatkala hujan. Terasa nikmat sekali.
Terima kasih drop komen ya..
حذفnampak sedap pisang goreng tu. rangup nampak salutan tepung nya
ردحذفAlhamdulillah sesuai masuk tekek..garing kurang berminyak..
حذفrindunya nak ke KK lagi yang sy tinggalkan pd Mei 2001. Pernah juga naik motor ke Karamunsing Complex dari Papar. Tp biasanya sy naik bas mini je. Kenangan semasa posting yg pertama di SM Majakir.
ردحذفImbasan kenangan..tahniah ya Cikgu Abam..memeng bayak pengalaman di Sabah tu..
حذفMusim hujan kan sekarang di Sabah, itu yang kesejukan pastu lapar. Kuih 3 segi tu biasa di panggil samosa kalau di semenanjung tu cikgu. Bukan popia 3 segi heheheh.
ردحذفo samosa namanya..first time makan, memang sedap rangup ..ada inti kari ..
حذفbila hujan..ada plak pisang goreng panas2 mmg sedap tu
ردحذفRestoran ni tepi jalan..laluan utama di Sambulan Kota Kinabalu, ramai pelanggan singah beli goreng pisang panas2 ..luas pula restoran ni..bersih..
حذفMacam2 menu ada tu. Kuih2 goreng tu nampak menarik.
ردحذفYa macam2 ada..tu lah daya tarikan restoran anak mami ni..
حذفBanyak menu pilihan.. pokcik tak pernah sampai Lagi Sabah.. In Sha Allah dimurahkan rezeki terasa nak melancong ke sana
ردحذفDatanglah ke Sabah, mendarat di Kota Kinabalu first ke Putatan terus ke Kota Raya Kota Kinabalu..banyak hotel penginapan kat Sabah ni wak..bagitau jika ke Sabah ya..
حذفGoreng pisang memang sedap.....kalau gi restoran mamak kalau makan pasti cari lauk telur ikan dan sayur kobis dia.
ردحذفramai pengunjung..kami datang baru berlalu pelanggan yang lain, makin lama semekin penuh..
حذفAlahmdulillah..jika nak makan cepat dan tak tunggu lama, datang ke restoran ni ..ada kuih muih..
حذفI am happy that you found a nice place to relax and have a good meal.
ردحذفWonderful post and lovely photos.
Warm greetings from Montreal, Canada ❤️ 😊 🇨🇦
Thanak's a lot drop you comment, welcome in my site.
حذفsalam Jumaat mulia sedapnya pisang n popia goreng
ردحذفSalam Jumaat, terima kasih kak PI..
حذفlama tak singgah sini, follow back untuk new link saya yea https://penulisanyus.blogspot.com/ terima kasih
ردحذفSelamat datang kembali..inshaAllah akan klik http tu ya.
حذفDah lama tak jejak kaki ke KK. Kali terakhir pergi tahun 2019 rasanya, masa tu anak2 masih kecik lagi.
ردحذف5 tahun yang lalu, Sabah berubah dah sekarang ada kemajuan...jemput ke Sabah lagi ya..
حذفmenu semua nampak sedap tu, alhamdulillah
ردحذفTerima kasih share tempat makan ini. Saya jarang masuk kedai mami kalau di KK. Bampak sedap-sedap menunya. Nanti boleh cuba.
ردحذفsedapnyaaaa dapat makan pisng goreng panas2...
ردحذفtengok suasana restorannya tampak bersih dan teratur...
Kalau saya sebutnya samosa kue segitiga itu 😄. Oh anak mami ini restoran mamak yaaa bang. Saya pasti suka kalau begitu.
ردحذفUnik nama dia.. kalau di Indonesia, anak mami means, Spoiled kid 😅🤭.
Banyak pilihan makanan di kedai mamak dan pantas perkhidmatannya. Boleh lepak lama. Itu yang ramai suka.
ردحذفAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.