Pesona Bunga Alam & Ketahui Khasiatnya . Harus Dihargai & Dinikmati.

Bunga Raya merah menyala lambang keberanian dan Bunga Kebangsaan Malaysia.

Keindahan Semulajadi Perlu Dihargai Dan Dinikmati.

Pesona Bunga Alam Semulajadi, merupakan tumbuhan yang perlu dipulihara, dipelihara, di jaga dan biakkan agar terjaga dan tidak akan pupus. Bunga-bungaan spesis tumbuhan yang menjadi kan alam semulajadi terlihat cantik dan persekitaran bertambah indah. Mata manusia yang memandang akan merasa suka dan lahir perasaan kasih sayang terhadap spesis bunga yang pelbagai warna, corok daun dan batang yang saling berbeza. Dari batang keras sederhana keras dan lembut. Kasar dan berduri.

Pesona Bunga Alam Semulajadi Bukti Kekuasaan Sang Pencipta.

Sebagai manusia biasa normal jika kita merasa teruja, tertarik dan tertawan akan kecantikan bunga di mana-mana. Bumi hijau ini akan kelihatan berseri dan lebih cantik apabila suatu tempat seperti taman rekriasi, halaman rumah, taman bunga dan kawasan hutan terdapat spesis bunga yang tumbuh melata  dijaga dan di pelihara, hingga membiak banyak dan berbunga menyeri alam. Keindahan bunga menjadikan hati kita berkata-kata, siapa yang mencipta sebegini indah, kecantikan yang tiada tandingan, halus dan hidup bagaikan memberikan aura tenaga di minda dan mendamaikan jiwa. 

Manusia yang berakal pasti tunduk dengan keindahan, kehalusan ciptaan seni halus bunga-bunga yang kembang menyeri alam dan laman. Manusia tidak akan dapat membentuk kuntuman bunga yang hidup, wangi semerbak, corak dedaun dan urat batang bunga alam yang terlalu seni dan mempersonakan. Kembali kita kepada kuasaNya, Dialah yakni Tuhan yang satu mencipta keindahan makluk ini, iaitu bunga alam semulajadi. 

Zat Allah akan kita dapat rasai dan dapat kita lihat melalui keindahan bunga alam yang semulajadi. Kerana bunga ini akan membiak, berbunga kembang, menjadi biji dan boleh ditanam semula. Sedangkan bunga yng dicipta oleh manusia tidak akan mengelurkan dedaun baru, berbunga dan kemudian bertukar menjadi biji bijian. Hanya pada kertas dibukukan unuk ditatap dan di simpan sebagai khazana. Tetapi bunga alam tidak sebegitu, bunga akan berkembang, kemudian layu dan jatuh berguguran. Sebaik disirami hujan biji bunga akan kembali tumbuh semakin banyak, bertumbuh lalu mengeluarkan bunga dan wangian mengharum.

Bunga Dicipta Untuk Keindahan Alam &  Menjadi Herba Kesihatan.

Dalam wall blog ini, terdapat beberapa gambar bunga di laman, menyerikan laman persekitaran. Ada yang menjadi herba boleh dimakan untuk kesihatan tubuh badan.Kelopak bunga boleh di makan dan dijadikan perasa kuih dan pewarna semulajadi. Antaranya ialah:-

1. Bunga Ros ~ Kelopak bunga boleh dimakan untuk kesihatan kulit dan dijadikan perasa kuih dan pewarna kuih yang asli.

2. Bunga Telang ~ Bunga dijadikan pewarna minuman, boleh di makan dan menjadi herba yang menyihatkan tubuh badan.

3. Bunga Pegaga Cina ~ Boleh dimakan daun hijau untuk kesihatan jantung dan menurunkan tekanan darah tinggi.Serta herba kecantikan kulit.

4. Bunga Kertas ~ Kelopak bunga boleh dipotong halus menjadi pelengkap apabila digunakan dalam acara merenjis pengantin dengan cara menaburkan hirisan bunga halus yang wangi menggunakan bunga kertas bercampur daun pandan.

5. Bunga Akar Dani ~ Bunga berbentuk rantai memanjang berjuntaian akan menjadi bunga kesukaan lebah, lebah yang di pelihara akan betah pada tempat dipelihara tidak akan menjauh kerana ada bunga bungaan sekitarnya. Lebah akan hinggap pada kelopak bunga untuk menghisap madu bunga.

6. Bunga Lidah Buaya ~ Mempunyi daun yang berlendir, herba untuk melebatkan dan menghitamkan rambut dengan cara melumurkan lendir daun lidah buaya pada rambut kanak-kanak. Lendir lidah buaya juga boleh menjadi mask untuk kulit muka menjadi tegang dan halus cantik.

Dan ada banyak lagi bunga alam yang menjadi herba untuk kesihatan apabila kita membuat kajian dan meneroka kehebatan keajaiban serta kegunaan bunga-bungan ini.

Bunga Kertas ID Arjuna.

Bunga Kertas, ID Bidadari.

Bunga Ekor Kucing, banyak bunga panjang-panjang ke bawah.

Bunga Kertas ID Eva Daun Hijau

Bunga berjuntaian ini Bunga Akar Dani.Lebih suka hinggap sedut madu bunga.

Bunga Ros bercorak merah dan putih dan kuning susu.


Bunga Ros Peace Kuning

Bunga Ros Pink Cair


ID Bunga Kertas Tembikai..


Pegaga Cina

Sumber gambar bunga-bungaan ini adalah dari Laman Etuza. 


Tampilan blog Pesona Etuza kelihatan lain hari ini, apabila ada iklan Google Adsend yang cantik.

Hayati infor ini, semoga memberi manfaat.

إرسال تعليق

23 تعليقات

  1. Assalamualaikum cikgu.. Pagi saya hari ini diserikan dengan aneka kuntuman flora yang menyegarkan.. jika tengok fotonya sahaja kita dah rasa tenang, rasa damai, apatah lagi jika berada di lingkungannya. Subhanallah, jiwa manusia diciptakan suka kepada yang indah-indah. Bila tengok sesuatu yang indah automatik jiwa jadi suka, ada rasa...

    ردحذف
    الردود
    1. Alahmdulilah,,bersama kita menikmati keindahan bunga2an..

      حذف
  2. tidak dinafikan semua yang dijadikan ada manfaatnya, termasuk juga kuntuman bunga.. tinggal lagi kita yang perlu cari tahu..

    ردحذف
    الردود
    1. Terfikir juga apa manfaat dan kebaikan kepada manusia bunga@ Allah cipta, ya untuk kurang kan tekanan juga, khasiat kesihatan..pasti ada sesuatu yang kita tak tahu

      حذف
  3. Banyak jenis bunga yang ada dilaman rumah tu... Cantik cantik semuanya

    ردحذف
    الردود
    1. Ada juga beberapa spesis..ada yang dah pupus kena musim panas tak tumbuh lagi

      حذف
  4. cantik gmbr bunga raya tu..bunga ekor kucing jrg jmpa

    ردحذف
    الردود
    1. Cantik. persis ekor kucing..bunga raya memang cantik..merah menyala

      حذف
  5. Subhanallah...cantik ciptaan Allah...bunga kertas pun dah pelbagai species...

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah..seronok tengok..cuma kena rajin siram

      حذف
  6. bunga2 indah menyeri laman rumah cikgu

    ردحذف
  7. Bunga-bunga yang cantik warnanya
    Plus berkhasiat bagi kesehatan
    Jadi obat herbal

    ردحذف
    الردود
    1. Herba..ada juga beberapa bunga yang diketogrikan herba

      حذف
  8. Menariknya bunga ekor kucing tu. Jarang jumpa.

    ردحذف
    الردود
    1. Suka tengok bunga dia berbulu panjang persis ekor kucing..

      حذف
  9. Banyak ilmu tentang bunga saya dapat dari blogpost cikgu ini. Terima kasih cikgu. Selama ini saya cuma tahu bunga kertas putih, ungu, pink macam tuh. Baru saya tau setiap bunga kertas ada ID tersendiri. Selalu nampak bunga akar dani di nurseri pokok tapi tidak pernah tahu namanya. Ada madu rupanya pokok ini ye. Bunga ros memang wangi kan? Suka bau bunga ros yang manis dan tidak terlalu tajam.

    ردحذف
    الردود
    1. ID bunga kertas ni orang yang jelmakan mereka tengok dan kaji jenis dan corak bunga kertas tu, contoh Bunga Kertas Bidadari, memang sesui ID nya, sebab memang canti seolah baldu tepi tepi kelopak bunga nya..dan lembut pink, kemerahan dan ada corak putih

      حذف
  10. oo bunga akar dani nama dia bunga tu.

    ردحذف
    الردود
    1. Ya bunga akar dani..ranting menjalar dan mengeluarkan bunga yang di gemari lebah

      حذف
  11. Cantiknya bunga ros tu, sayur pegaga pun segar betul nampaknya. Nak makan pun sayang

    ردحذف
    الردود
    1. Etuza ni memang suka bertanam termasuk tanam bunga awal pagi dan petang..mungkin kerana rumah kami di kebun bersendiri maka bebas nak tanam apa juga tak ada orang tegur..berbanding di kampung rumah begitu dekat2 tak ada dah ruang nak tanam bunga..

      حذف
  12. cantik2 belaka koleksi bunga cikgu ni. saya suka semua jenis bunga! my fav is rose :)

    ردحذف

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.