Pengumuman Segmen Gempak 2025 Blog Pesona Etuza.


Pengumuman Segmen Gempak 2025 Blog Pesona Etuza.

Khamis, 18.09.2025 Etuza umumkan dengan rasminya keputusan Segmen Gempak Melukis Poster Merdeka ( Klik ) di blog Pesona Etuza. 

Segmen Gempak ini pada awalnya terbuka dan bersiaran selama tiga minggu di medsos blogspot.com. Pesona Etuza. Syaratnya sangat mudah, tetapi nampaknya tidak mendapat sambutan dan seperti tiada yang daftar untuk serta dan meletakkan entry khusus segmen ini di wall blog mereka.Mungkin ketiadaan masa lapang menyertai segmen ini,dan sebenarmya, segmen ini lebih istemewa kepada teman blogger Etuza.

Begitulah keadaan jika bukan rezeki Etuza dan bukan rezeki sesiapapun. Kita anggap situasi segmen gempak tidak mendapat sambutan kerana BLOGSPOT.COm bukan lagi MEDSOS terkini yang menjadi keutamaan ramai orang.Sedih juga baca kenyataan umum bahawa blog tidak lagi GAH seperti dahulu awal 90an.Ada kebenarannya ini menurut individu itu sendiri.

Blogger EYMA BALKISH ~ MENANG MUDAH TIADA SAINGAN.

Dengan ini saya umumkan blogger hebat yang berjaya secara solo telah memenangi Segmen Gempak ini dengan wang tunai dan award khas untuk blog ialah EYMA BALKISH pemilik blogspot.com MANIS STRAWBERi. ( Klik ) Setinggi tinggi ucapan tahniah dan syabas. Semua anugerah telah disampaikan dengan lancar pada petang hari 17.09.2025.Rezeki ini ternyata milik Eyma Balkish. Alhamdulillah turut bersyukur.

Gambar cuma  menghiasi mewarnai blog. Bukan berbangga diri.Etuza.

Mengapa Masih Berblogging Sakan Dialaf 21. 
 
Blogspot.Com merupakan satu medan MEDSOS yang sama peranannya dengan protal lainnya seperti FB,Instagram, Tweter,Ti Tok dan sebagainya. Medan blogspot boleh saja menjadikan medan keberadaan portal url dan alamat FB, Tweter, Instgram, Utube dan Tik Tok anda dengan memuatkan link atau dwonload  MEDSOS ini di laman blog anda.

Dengan cara ini, kita akan mengakses apa juga medsos kegemaran anda seperti minat ke arah TIK TOK dan Instagram anda dengan hanya klik blog maka terpapar semua medsos tersebut di laman blog milik anda.
Teman blogger yang dihargai, yang dihormati. Sejujurnya kenapa masih ramai blogger berblog sakan di alaf 21 dan masa kini.Ya, pada pengamatan Etuza faktor masih ada blogger berblog sakan pada masa kini ( alaf 21) adalah kerana:-
1. Blog menjadi sebuah kenangan indah kepada mereka dengan meletakkan gambar-gambar pelancongan , ke restoran menarik dan sebagainya kenangan itu.
2. Blog sebagai tempat mereka berkongsi cerita dan catatan yang menarik kepada pembaca lain untuk masih kekal klik blog lama mereka.
3. Blog sebagai tempat berhubung sesama blogger pada ruang komentar yang digemari. Mereka mengutuhkan hubungan silaturahim melalui ruang komentar selepas membaca paparan blog masing-masing.
4. Blog masih releven untuk menjana pendapatan dan ada blogger yang tinggi pendapatan dengan hanya berblog sakan menyampaikan informasi terkini yang dikehedaki oleh ramai pengkaji.
5. Blog adalah merupakan MEDSOS paling sesuai menjadi laman pembacaan apa juga catatan sebagaimana catatan Etuza ini, terutama kepada pembaca yang bergelar ulat buku ( rajin membaca)
6. Blog boleh meletakkan berbagai pertandingan seperti segmen GIVEAWAY dan sebagainya. Masih ada rezeki tidak terduga di blog ini.

6 perkara di atas menjadikan masih sangat ramai blogger belum meninggalkan blogspot.com tetapi saban hari membuat catatan yang menarik dan indah, apatah lagi persembahan gambar menarik di blog. Pendapat Etuza tentang medsos blog masih releven masa kini. 

Pendapat anda bagaimana? kongsikan di ruang komen. Komen anda sangat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.


إرسال تعليق

19 تعليقات

  1. Minta maaf Tuan Etuza. Tak sempat nak BW untuk turut serta. Insyaallah ada rezeki lain kali boleh join lagi

    ردحذف
  2. Maaf lah bab lukisan saya memang tak pandai. Apa pun semuga ada lagi segmen lain yang boleh disertai oleh ramai kawan blogger. Blog ni saya rajin sebab kadang ianya satu terapi dalam menulis dan melepaskan stress dan juga ianya adalah kenangan yang telah saya lalui dalam kehidupan selama ini. Dulu masa blogdrive jadi suka sebab banyak penulis novel mengasah bakatnya dengan menulis. Tapi sejak ada medsos lain seperti FB semakin hilang mereka-mereka yang rajin menulis blog. Apa pun ianya bergantung pada orang lain. Lain orang lain minatnya. Apa pun semuga istiqoma dalam menulis dan bercerita

    ردحذف
    الردود
    1. Ya kita teruskan berblog, jika ada banyak medsos seperti ChatGPT, AL yang menjadi medan bacaan orang ramai. Blog juga amat bagus melontarkan idea secara ringkas..blog menjadi kenangan indah..gambar peristiwa kita kongsikan bersama..

      حذف
    2. Terima kasih blogger Notie, semangat saya membaca pendapat anda..

      حذف
  3. tahniah pemenang.. pokcik pun minta maaf banyak tak sempat join segmen tu

    ردحذف
    الردود
    1. Tak apa tu, segmen bukan paksaan, siap mahu join saja..bukan wajib..

      حذف
  4. tahniah eyma balkish alhamdulillah rezeki rajin berkarya

    ردحذف
  5. tahniah pada pemenang!
    saya ada je terdetik nak join, tapi bercadang nak hantar lambat2 sikit sebab melukis kan perlu ambil masa.. bila saya check balik blog cikgu, segmennya dah ditutup. minta maaf tak dapat join. semoga cikgu tak putus asa utk buat segmen lagi lain kali :D

    ردحذف
    الردود
    1. Boleh teruskan tu, jika dah tutup, boleh drop komen dengan terus buat Entry ..seperti itulah Eyma Balkish buat tu dek..dia terus buat entry, zahirkan penyertaan..Saya tamatkan kerana belum ada tanda2 penyertaan serta mahu elak perkara blogger tersilap pemahaman dan terbeban dengan syarat yang Etuza gariskan..Maaf saya segera tutup..

      حذف
  6. Tahniah EB!
    Maaf Cg, tak sempat nak join hari tu.

    ردحذف
    الردود
    1. Tak apa, bukan wajib join segmen. Hak blogger. Jika ada blogger drop komen join dan terus buat entry join di blog mereka, ya Etuza tak tamatkan..tidak ada yang kelihatan join dan proses hingga 23.09.2025

      حذف
  7. Alhamdulilah.. terima kasih atas hadiah dan award ini. Terima kasih juga pada yang memberi ucapan tahniah. Terima kasih pada PE yang menganjurkan segmen ini. Menjadi kenangan indah dan cukup bermakna :)

    ردحذف
    الردود
    1. Tahniah EB, rezeki EB dan anak yang kebetulan baru menyambut hari lahir..alhamdulillah asbab segmen itu EB ada rezeki tak terduga. Dah bank in kan ya..Syukur alhamdulillah.

      حذف
  8. tahniah pemenang... mhn maaf cikgu tak dapat sertai, tak sempat lagipun bab melukis ni hmmm.. insyaAllah jika ada lagi nanti,,

    ردحذف
    الردود
    1. Tak apa. Bukan wajib, inshaAllah harap ada anjuran lagi..

      حذف
  9. Sorry x menjoinkan diri... Congrats pd yg menang tanpa bertanding 🤭

    ردحذف

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.