Struktur Nasi Beryiani ( Beras Basmati)
Resipi Nasi Beryiani Ayam Masak Kurma.( Resipi Suri Hati )
Bahan-bahan masakan.
1. 4 Cup beras basmati
2. Satu ekor ayam
3. Bawang besar
5. Kari serbuk kurma
6. Bawang merah, bawang putih, halia dan lada merah.
7. Kentang di potong sederhana.
8. Daun limau purut.
9. Garam, gula dan secukup rasa.
10. Serai
Cara - Cara Memasak.
1. Bershkan semua bahan mentah, sediakan di atas meja,
2. Beras basmati 4 cup dibersihkan, dan masak dengan air yang sesuai.
4. Masukkan minyak tumiskan bahan masakan bawang yang telah di hancurkan,
5. Apabila naik wangi masukkan ayam yang telah dipotong dan dibersihkan.
6. Gaul rata, masukkan serai yang telah dihancurkan..
7. Masukkan serbuk kari kurma, daun limau purut, gaul kan hingga rata.
8. Masukkan semua bahan perasa secukupnya.
9. Masukkan sedikit air,kentang dan hirisan lada merah.
10. Biarkan mendidih, naik wangi dan kentang masak lembut.
11. Tutup kuali agar ayam cepat masak dan lembut.
12. Kuah kurma yang kelihatan sebati, aroma kurma naik wangi dan naik minyak menunjukkan ayam dan bahan lain telah masak.
13, Hidang bersama nasi beryani, makan malam bersama keluarga.
Ayam masak kurma. Masakan Suri hati
Perencah Nasi Beriyani, guna satu paket 4 cup beras basmati.
Masuk di dapur petang hari ini, setelah selesai beri ayam makan, ternampak atas meja makan di dapur tersusun indah dan cantik Cup Cake dalam kotak yang bertulis BAKERY. Rugi jika tak ambil gambar cup cake yang molek ini, selesai ambil gambar, Etuza tanpa bertanya dan tak segan segan terus makan satu cup cake coklat ini. Etuza percaya mesti sajian cup cake ini untuk di makan juga oleh semua ahli keluarga dalam rumah. Etuza agak cup cake ini di beli, rupanya menantu yang masakkan untuk di makan waktu petang.
Etuza mengamati rasa cup cake tersebut, humm! rasa tak sangat manis, secukup rasa ( istilah Etuza bila makanan tersebut mesra masuk tekak) jika lebih manis pasti Etuza tak habiskan makan. Menantu masuk dapur dan mempersilakan Etuza makan. Alhamdulillah memang sah cup cake khas di makan petang ini. Terima kasih menantu kerana menyediakan cicipan yang lazat petang ini. Gambar cup cake ada disertakan.
38 تعليقات
Semua sedap
ردحذفSelamat menjamu selera.
Alhamdulillah wak..
حذفNampak sedap ayam masak kurma tu
ردحذفAroma kurma memang wangi, saya suka makan kuahnya sekali ..
حذفNak foreward kat aunty lah resepi ni... mana tau dia nak cuba buat...
ردحذفMungkin x dapay copy ..tapi boleh gambar resipi tu..gambar dalam blog PE kena kunci dah...
حذفSemuanya nampak sedap. Untung dapat menantu pandai dan rajin masak :)
ردحذفAlhamdulillah..tak difikan memang pandai menantu buat kuih..
حذفRasanya tak pernah jumpa kat sini rempah cap ikan tu.
ردحذفAda di jual tu ya ..kena rajin carai bahagian rempah..
حذفNampak sedap, exclusive cup cake tu.. Terbaik menantu! Hehee..Adui, lapar lak tengok Nasi Biryani tuu
ردحذفMemang sedap aroma memenuhi ruang rumah..
حذفsemua sedap, semua menyelerakan, ni kalau makan mesti bertambah nasi.. selamat menjamu selera cikgu.. jangan lupa jaga kesihatan
ردحذفTerima kasi ingatan ya Ustaz..
حذفRezeki cikgu dapat surihati dan menantu pandai masak :D
ردحذفRezeki juga utk mereka berdua dapat ketua keluarga yg pandai menghargai dan memuji airtangan mereka. Terbaiklah Cg 👍🏻
Alahmdulillah...siapa ja suri hati kena masak di rumah..anak2 suka jika di sediakan makan minum di rumah ya..
حذفSedap2 semuanya...
ردحذفAlhamdulillah.Sebenarnya simple ja tu dek
حذفmeriah menu-menu Etuza , alhamdulillah
ردحذفSajian makan malam..simple ja
حذفNasi dan masak kurma tu memang ngam.. Manisannya pul kek coklat.. Pergh!! Terbaik..
ردحذفAlhamdulillah..
حذفSedapnya nasi beriyani
ردحذفSesekali makan bersama keluarga di rumah..selalu makan tak boleh..kena makan nasi biasa
حذفwah hidangan istimewa beriyani dgn kurma ayam, cupcake pun ada sedapnya alhamdulillah
ردحذفOrang rumah dan menatu sediakan..yang makan pun happy mereka makan..
حذفSaya langsung teringat masih ada bumbu utk briyani, tapi sampai skr belum buat2 😅😅. Beras basmati nya yg tak sempat dibeli 🤭😅.
ردحذفSukaaa sangat dengan briyani. Apalagi kalau rempahnya terasa, lalu pakai lauk mutton, sedaaap sangat. Tapi ayam masak kurma pun sedap juga. 😍
Cup cake nya dilihat dr foto pun dah kliatan enaak bang. Pandaaai menantu Abang Etuza masak yaa
Cuba masak ya, updated di wall blog pasti ramai klik
حذفCuba masak ya, updated di wall blog pasti ramai klik
حذفlamanya tak makan ayam masak kurma. saya sukasangat ayam masak kurma, tpi orang2 kat rumah ni tak suka sangat huhu. memang sesuai bila makan dengan nasi briyani!
ردحذفaroma bergabung dengan aroma nasi beriayani dan aroma kurma..harum semerbak..
حذفsalute cikgu etuza pandai masak......cup cake pun nampak cantik dan sedap
ردحذفTerima kasih ya..
حذفAlhamdulillah..rajinnya menantu buat cupcake. Senang rupanya masak nasi beriyani ni dah siap dengan pesnya. Lagi mudahlah kerja memasak kan.
ردحذفAda di jual di market tu
حذفnasi beriani is always my fav!
ردحذفSaya kadang makan nasi beryiani di restoran..saya minta suri hati masakkan alhamdulillah dia masak untuk keluarga
حذفSemerbak aroma ayam masak kurma. Apabila digandingkan bersama nasi beriyani, berganda-ganda sedapnya!
ردحذفAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.