Selamat Hari Malaysia Rabu 16.09.2025.
16.09.2025 bersamaan hari Rabu, tarikh dan detik penting bagi Negara Malaysia apabila tarikh ini, diangkat sebagai tarikh sambutan Hari Malaysia setiap tahun. Ekoran dari kemasukan Sabah dan Sarawak masuk dalam negeri-negeri di Malaysia melengkapkan Negara Malaysia hingga kini menjadi sebuah Negara yang harmoni damai dan sejahtera dalam kepelbagaian masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan budaya.
Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Megah Di Kuala Lumpur
Senibina sangat cantik, kelihatan unsur seni yang sangat halus dan kreatif seni bina Majid Jamek ini. Gambar Masjid Jamek dan beberapa ruang dan sekitar Masjid Jamek ini adalah kiriman anak Etuza yang kebetulan berada di Kuala Lumpur ketika dia pergi menunaikan solat wajib di Masjid Jamek.
Berhubung dengan anak pada 15.09.2025, anak kebetulan baru hendak ke Masjid Jamek di Kuala Lumpur. Etuza berpesan agar kirimkan Etuza beberapa gambar tentang Masjid Jamek. Alhamdulillah, anak menghantar beberapa gambar yang menarik untuk mengisi ruang paparan blog Etuza sempena hari Malaysia hari Rabu.
Bangga Menjadi Rakyat Negara Malaysia.
Bagi Etuza, rasa sangat bangga menjadi salah seorang rakyat Malaysia. Bangga juga akan kehebatan struktur Masjid Jamek di Kuala Lumpur, sebuah Masjid yang di bina pada tahun 1909 dan dikatakan Masjid yang agak tua di Malaysia. Walaupun kini 2025, Masjid Jamek tetap utuh terjaga terpelihara oleh orang Islam tanpa henti datang mengimarahkan solat wajib di Masjid ini.
Ruang solat Masjid ini kelihatan berkarpit hijau yang segar dan kelihatan lembut dan sangat bersih.Masjid hidup disantuni oleh masyarakat Islam sekitar Kuala Lumpur. Tidak hairan jika kini Masjid Jamek ini ditausia atau diangkat sebagai salah satu MERCU TANDA bersejarah ibu kota yang seterusnya dikukuhkan satutus Masjid jamek sebagai Warisan Kebangsaan. Hebat Masjid Jamek ini sesungguhnya.
Terima kasih wahai anak tersayang kerana dalam keadaan sibuk menjalani latihan, sempat melayan permintaan Etuza. Pasti blogger atau pembaca maya blog Etuza lebih tahu tempat-tempat seperti dalam gambar yang dihantar menerusi MEDSOS Whatssup oleh anak Etuza ini.
Baiklah kita saksikan beberapa gambar hasil kiriman anak Etuza ini. Salam Hari Malaysia, Malaysia Kini Maju dan Cemerlang hasil kerjasama semua pihak seperti pemimpin berjiwa rakyat dan rakyat menyantuni Negara Malaysia dengan mencintai Negara Malaysia.
Pandangan sisi Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.
Sumber dari Wikipedia Google
Berbagai set kemudahan untuk orang Islam di Masjid Jamek Kuala Lumpur. Tempat duduk
bahan bacaan, al-quran dan sebagainya. Bertuah sekali orang sekitar KL ada Masjid Jamek yang cukup hebat ini.
Tengok ruang solat amat bersih, lantar karpit hijau muda, corak idah mata
memandang. Subahanallah.
Sekitar Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.
Menu sajian juadah makan tengahari anak Etuza di Kuala Lumpur.
Nampak sedap simple tapi cukup menyelerakan.Alhamdulillah.
6 تعليقات
Asalamualaikum semua, ke mana dah teman blogger yang di kasihi. Nampak masjid Jamek terasa nak ke sana untuk solat..Semoga suatu masa dapat juga ke sana.Aamiin..
ردحذفmasih kukuh berdiri di tengah kepesatan pembangunan ibu kota.. di antara masjid yang cantik di Malaysia dengan senibina Moor dan india. jika datang waktu malam lagi cantik suasananya. Agak2 bagaimana keadaan sekitarnya pada masa ia mula-mula dibina...
ردحذفhari jumaat pa;ling meriah kalau datang ke sini....
ردحذفada banyak jualan kat depan masjid ni dan boleh dikatakan sedap2 belaka jualannya... selalunya penuh dengan pekerja2 berhampiran...
Cantik-cantik hasil gambarnya. Ingatkan datang ke KL, rupanya anaknya yang ambil gambar. Permintaan seorang bapa dipenuhi oleh anak. Alhamdulillah, dapat tengok gambar pun dah seronok. Ada masa boleh jalan-jalan KL pula.
ردحذفBangunan ikonik di Kuala Lumpur. Saya pun belum jejak lagi, sekadar lalu je.
Dulu masa saya bekerja di KL, selalu turun LRT di stesen Masjid Jamek. Situ memang sesak dengan orang.
ردحذفsaya wpun stay kat klang valley ie gombak, tapi jrg2 jugak masuk ke pusat bandar KL tu...biasanya saya naik LRT dan pergi KLCC ajer
ردحذفAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.