Banner Warung Zara dekat Binaong Keningau
27.09.2025 Sabtu hujung minggu berhasrat bawa anak-anak dan cucu ke Warung Zara, Binaong Keningau. Niat hendak makan masa tengahari ramai - ramai apabila tiga orang anak balik kampung. Mereka bertiga dari Kota Kinabalu Sabah balik hujung minggu melawat adik yang di tahan di wad bersalin. Khabar Berita hal anak di wad bersalin. Alhamdulillah sudah melahirkan anak dan bayi lelaki berat 2.85 kg.Syukur ke hadratMu ya Allah, selamat anak Etuza dan cucu.
Warung Zara, Binaong Keningau Berkonsepkan Hiasan Traditional Sabahan.
Apabila 3 orang anak balik kampung, bertambah meriah di rumah apabila mereka gembira dan menghiburkan cucu sulung yang baru hari ini genap 10 bulan. Sudah pandai merangka dan sesekali usaha berdiri dan bergayut.
Alhamdulillah kami sampai di Warung Zara, di mana ruangan makan hanya ada 3 keluarga dan tempat meja makan masih boleh pilih tempat yang sesuai. Kami pilih meja bulat saiz besar dan duduk bersama-sama.
Meriah dengan cerita masing-masing dan topik utama tentang adik mereka yang sedang bertarung melahirkan anak dia yang pertama. Suami anak kakitangan keselamatan sedang berada di lapangan KLIA bersiap terbang ke Sabah malam Ahad. Dijangka tiba pada tengahari hari ini 28.09.2025. Pasti datuk dia yang akan bacakan azan dan iqmat baby ini ( cucu ke 2).
Pada lawatan kami suami isteri 27.09.2025, anak sering sakit dan ada bukaan katanya. Tak henti sakit dan wajah anak kelihatan merah menahan sakit. Rupannya anak melahirkan baby lelaki pada jam 1.00 lebih malam Ahad. Syukur kehadrat ilahi atas anugerah hebat ini. Bertambah keluarga Etuza lagi dengan kehadiran baby lelaki ini. Allah hu akbar.
Baiklah kepada semua pembaca dan teman blog mari ikuti gambar moment indah kami di Warung Zara Binong Keningau, Sabah. Warung tepi jalan yang sangat viral di Keningau sejak 2019 higga kini masih bertahan walau ledakan restoran baru di Keningau. Menu kegemaran Etuza di Warung Zara ialah Nasi Ikan Baulu Tanpa Tulang dan Nasi Ayam Penyet. Sangat menyelerakan dan secukup rasa. Alhamdulillah.Jemput klik SINI cacatan baru.
20 تعليقات
Mohon maafkan jika ada ejaan terkucil lagi, akan semak..nak of sekejap ya.
ردحذفSelamat menjamu selera. Segala ayam penyet, geprek, ikan bolu tanpa tulang semua ada.
ردحذفBismillah.
Pilihan hati anak2 , meriahlah juadah yang dihidang..mujur ada stok, baru masak, segar semua..layanan mesra lagi, di Warung Zara ..pelayan bagus, tak tahulah jika orang lain , harap layan sama rata..
حذفMasyaa Allah...jadi teringat ingat ikan boulu tanpa tulang tu...saya suka sangat tapi di semenanjung belum ketemu menu begitu.
ردحذفPasti berbunga hati atuk dan nenek bila bersama cucu kesayangan😍
Betul bahagia sekali ..ada cucu menyerikan suasana..
حذفTahniah, cikgu, dapat cucu lagi. Alhamdulillah, seronok dapat makan bersama anak-anak seisi keluarga. Sedapnya, tengok hidangan nasi.
ردحذفAlhamdulillah, cucu anugerah Allah..sangat bahagia kehadirannya..
حذفSalam kenal sahabat blogger.Mohon follow eqin ya sahabat positif
ردحذفTerima kasih ya follow blog saya ni..jemput datang lagi..
حذفtahniah atas kelahiran cucu baru. alhamdulillah, bertambah ahli keluarga baru. selamat berpantang buat ibunya :D
ردحذفsedapnya semua menu! ada ayam penyet pulak tu, favourite saya!
Terima kasih, memang anak2 selera..
حذفTahniah cikgu, atas kelahiran cucu lagi, moga tumbuh membesar dengan sihat.
ردحذفSeronoknya dapat berkumpul makan seisi keluarga.
Betul, memang menunggu kumpul semua..dulu masa mereka kecil lagi sentiasa bersama kini mereka dewasa ada yang bawa haluan sendiri..
حذفMakan berjemaah dapat pahala berjemaah ni... hehehhee
ردحذفSemoga pahala untuk kami wak..alhamdulillah..
حذفlately famous nama zara tu..sbb kes buli tu kan...juadah semua nampak enak
ردحذفKebetulan nama pemilik warung ni memang namanya Zara, anak buah kawan guru Etuza..
حذفbegitulah pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan satu nyawa. semoga bayi ini membesar jadi anak yang soleh.
ردحذفammi baca entry Etuza pukul 1pm. memang waktu makan tengahari terus jadi auto lapar
Betul, ibu adalah ratu hati, haha sila jemput makan tengahari..
حذفSuka nya sayaaaa lihat dekorasi warung Zara ini 😍😍😍😅. Cantik estetik bang 👍. Bagi yg suka foto OOTD, pasti cocok lah.
ردحذفMakanan pun kliatan sedaaaap semua. Saya pernah baca kuliner di Sabah Sarawak nih memang sedap2. Bisa bertambah berat badan seminggu liburan kesana 😄
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.