Segmen Drop Link Url Blog Follow Blog masih diteruskan hingga 5.09.2025 ditutup pada jam 12.00 tengah malam. Support dan drop url http blog dan Follow blog PE ini. Klik untuk sertai.
Majlis Perasmian Dan Penutupan Program Bulan Kebangsaan Ke 68 Peringkat Sekolah 2025.
Rabu lalu pada 03.09.2025, minggu ini merupakan tarikh pilihan warga sekolah Etuza untuk melaksanakan Majlis Rerasmian dan Penutupan Program Bulan Kebangsaan peringkat sekolah, yang telah diadakan sejak awal Ogos 2025 selepas dilancarkan.
Berbagai pengisian atau aktiviti diadakan sepanjang Program Bulan Kebangsaan yang menjurus kepada menerapkan nilai cinta dan sayang akan negara, memupuk kerjasama dikalangan murid dan mengasah bakat murid dalam Pertandingan Solo Patriotik, Deklamasi Sajak, Bicara Buku daa Buku Skrap serta banyak lagi aktiviti yang dijalankan oleh panitia mata pelajaran.
Acara kemuncak yang telah dijalankan pada 3.09.2025 ( Rabu) ialah perarakan, peragaan busana merdeka dan penyampaian hadiah serta sijil kepada pemenang pertandingan. Memang sangat meriah apabila pakaian bertema merdeka atau bertema pakaian WIRA ( Tema Pakaian Kemerdekaan ) yang dipakai oleh semua warga sekolah dan komuniti ibubapa kelihatan berwarna warni. Ceria dengan senyuman dan gembira kerana program ini sebagai tanda Warga Sekolah dan semua yang datang sebulat hati bersama menyambut kemerdekaan bebas dari penjajah.
Gimik sebagai simbolik Perasmian Dan Penutupan Program Bulan Kebangsaan telah diilhamkan oleh Cikgu Rissa dan Cikgu Davina. Menggunakan motorsikal menghantar kotak ke pentas, sesuatu yang baru yang sangat menarik perhatian semua yang datang. Manakala Pegawai Perasmi majlis ini dilakukan oleh Ustaz Ismadi Bin Bachok, yang juga merupakan YDP PIBG Sekolah sesi 2025.Warga sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis yang gemilang ini.
Darjat Keerdekaan Yang Tinggi.
Kemerdekaan yang paling tinggi darjatnya ialah apabila kita mampu membebaskan hati dari sikap ego, sikap malas, sikap sombong dan sikap menjatuhkan maruah insan lain. Disamping sangat bersyukur,menghargai dan bangga terhadap negara Malaysia yang tercinta ini.
Baiklah saksikan gambar kenangan kami dan gambar ini sekadar hiasan dan bukan membanggakan diri.
Bersama kawan-kawan semasa majlis ini.
Baju bertema wira merdeka kali ke 68, seragam.
Bergambar sebelum berakhir majlis.
Cikgu Ameer membawa motorsikal membawa kotak untuk gimik ke pentas.
Malaysia Merdeka!!
68 tahun Malaysia Merdeka.
Juadah istimewa Hari Kemerdekaan.
Buah hirisan Buah Naga dan Tembikai menjadi pilihan Etuza.
6 تعليقات
Salam kemerdekaan buat semua teman blogger dan pembaca senyap..
ردحذفSalam kemerdekaan buat cikgu dan rakan-rakan, Nampak meriah sambutannya, walaupun penat buat persiapan tapi seronok kan cikgu.. mengisi jiwa dengan semangat cintakan negara
ردحذفAlhamdulillah,meriah sambutannya...
ردحذفMeriah sambutannya Cg...
ردحذفPart makan paling best hehe
Salam kemerdekaan. Semoga Malaysia kita terus aman dan makmur.
ردحذفcantik la baju tema merdeka ni!
ردحذفAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.