Anugerah Makanan & Minuman Tidak Pernah Habis. Mia Boat Noodle Di Aeropod.

Menjamah makanan dan minuman di Mia Boat Noodle, Aeropod Kota Kinabalu, Sabah.

___________________________________________________________________________

Petang Jumaat pada 20.09.2025, cari makan di Kota Kinabalu di kawasan Aeropod ini. Masuk di tempat makan MIA BOAT NOODLE berhawa dingin dan tempat menarik dengan kadar keluasan yang sederhana, tetapi direka bentuk serta dihias sederhana amat indah berseri sekali. Suasana lapang dan senang untuk makan kerana tidak ramai pelanggan pada masa petang hari.

Menu makanan diberi kepada kami seorang satu. Lama juga meninjau mana satu menu makanan yang hendak dimasukkan ke tekak ini. Rasanya hendak makan berasaskan mee saja dan nasi serta telur kerana telur pun ada dalam menu sebagai satu juadah di restoran ini. Selesai oder kami bertiga menunggu dengan sabar dan memahami ada pelanggan yang terlebih dahulu tiba di Mia Boat Noodle ini.Ok tunggu dengan sabar.

Anugerah Makanan & Minuman Tidak Pernah Habis. Mia Boat Noodle Di Aeropod.

Tidak lama menunggu semua oder kami satu persatu di atas meja. Alhamdulillah, tetapi agak terkejut banyak dihantar mee sup dalam mangkuk kecil kecil dan amat menyelerakan. Rupanya anak oder khas untuk ibu dan ayah nya ini. Ya Allah bagaimana habiskan, tertanya dalam hati. Teringat nanti berat badan bertambah lagi, aduhai anak benar benar dia nak BAHAGIAKAN ibu ayah nya ini. Syukur alhamdulillah dalam hati lalu menadah tangan doa sebelum jamah makanan yang ada depan mata.Makan lah kita bersama dengan rasa amat bersyukur.

Dalam hati yang sangat dalam di kalbu, berkata Allah tidak tidur dan tidak makan dan minum, tetapi Allah anugerahkan kita rezeki makanan dan minuman yang tidak pernah habis. Kita makan dengan rasa syukur atas apa juga makanan yang halal dan memang semuanya lazat mengikut makanan apa kehendak kita. 

Allah itu HEBAT sebaik kita fikirkan apa kita mahu Dia hadirkan serta merta sesuai dengan rezeki kita pada hari itu. 

Kadang kala tidak pernah kita terfikir bentuk apa makanan itu di rahsiakan dahulu, tetapi sebaik tiba di hadapan melihat makanan itu kita rasa terkejut dalam hati dan lafazkan Subahanallah begini rupa bentuk makannan saya hari ini.Alhamdulillah.

Wajib Bersyukur Kepada Allah.

Teman-teman dan kepada pembaca maya, ambilah masa bertafakur seketika untuk bersyukur sebelum jamah makanan dan minuman yang tidak pernah habis di hadapan kita.Perbuatan bersyukur itu WAJIB kerana Allah kurniakan kita rezeki yang tidak pernah habis dalam bab makanan. Ingatlah di negara lain,seperti di Palestine, di Gaza, ada antara orang di sana yang kekuranag makanan dan minuman. Justru itu panjatkan kesyukuran atas rezeki berbentuk makanan dan minuman. 

Pasti kita rasa damai, tenang dan bahagia apabila nilai mensyukuri nikmat makanan itu sentiasa dalam kalbu, Allah sayang kita dan Dia tambahkan lagi rezeki dalam bentuk lain. Hebatnya Allah dan terima kasih Restoran Mia Boat Noodle sajian makan yang lazat dan hendak datang lagi ke tempat ini di masa akan datang. Baiklah mari tengok makanan kami. 

Maaf dan Selalu Positif.

Maaf jika ada yang terliur, gambar ini sebagai pengukuh tempat kami melancong dalam negeri dan penghias blog cuma, memeriahkan MEDSOS blogspot.com. Bukan ada niat lain meriak membangga. Please kita be positif selalu. Blog lain ada paparan bab makanan, kita sama manusia biasa.Saling menerima InshaAllah.























Mohon maaf banyak gambar, gambar sekadar memeriahkan blog.
Menguatkan hujah dan menyakinkan anda ketulusan catatan ini.
ETUZA ( KLIK )

إرسال تعليق

25 تعليقات

  1. Sedap-sedap nampaknya semua makanan yang dipilih. Boat Noodle ni walaupun mangkuknya nampak kecil tetapi padat. Itu yang kenyang jadinya kan

    ردحذف
    الردود
    1. Memang cara hidang begitu, sesuai dengan harga, mangkus big saiz , harga naik up lagi..memang kenyang..kantung perut kecik ni, cuba habiskan juga..alhamdulillah..

      حذف
  2. nampak sedap ayam ayam pandan tu

    ردحذف
  3. Alhamdulillah. Nampak sedap belaka, makanan dan minuman cikgu sekeluarga. Restoran pun nampak selesa.

    ردحذف
    الردود
    1. Rezeki anak bawa ke sini, ayah dan ibu dia tak tahu restoran ni..sekali masuk ..selesa..hawa dingin..hilang rasa bahang di luar..

      حذف
  4. الردود
    1. THANK YOU..i'm so happy when you drop comment in my site, welcome against.

      حذف
  5. Alhamdulillah.. Menarik semua menunya.. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan..

    ردحذف
  6. Alhamdulillah bagus anak Cg, belanja mak ayah besar pahalanya...
    Makin banyak kita bersyukur, makin banyak nikmat Allah tambahkan In Sha Allah

    ردحذف
    الردود
    1. Anak yang drive kereta, kami ikut saja..rupanya dia belanja makan kat Mia ni puan..alhamdulillah..

      حذف
  7. Banyaknya hidangan... nampak menyelerakan pula tu

    ردحذف
    الردود
    1. Untuk 3 orang, kena habiskan jg nak clear meja hehehe..terima kasih ya

      حذف
  8. saya kalau mkn2 kat boat noodle,mesti mkn sangkaya (roti steam tu)

    ردحذف
    الردود
    1. Habis kami makan tu MZ yang dibalut dengan pandan pun..humm! habis, kan tak pernah makan..

      حذف
  9. sedapnya semua makanan! kalau makan boar noodle macam ni, paling2 sikit saya makan 3 mangkuk tau

    ردحذف
    الردود
    1. Ya, satu mangkuk tak best juga, saiz kecil ja..harga berpatutan..terkejut juga mulanya maurah..rupanya NOODLE betul2 tempat makan ni, sajian utama ni lah NOODLE..

      حذف
  10. Alhamdulillah, makanan semua nampak sedap-sedap tu. Boleh try singgah nanti.

    ردحذف
    الردود
    1. Tertanya2 siapa tanpa nama..tak apa lah..terim kasih ya membaca catatan saya di blog PE..

      حذف
  11. Sedapnya cikgu. Alhamdulillah Allah rezekikan anak-anak yang baik yang mahu membahagiakan kedua ibu dan bapanya.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah..terimakasih ya, semoga anak-anak teman blogger juga membahagiakan ibubapa mereka..saya dah berusia, anak2 dah mula berdikari..dulu jaga mereka bagaikan menatang minyak yang penuh..banyak cabaran..

      حذف
  12. Cantik dan selesa restorannya. Alhamdulillah, rezeki dari anak untuk orang tuanya.Semoga dilipatgandakan rezeki Alkah, membuat hati ibu bapa gembira.

    ردحذف
  13. Alhamdulillah....
    Benarlah seperti kata saudara....kita tidak tahu bentuk rupa makanan kita pada hari ini..hinggalah ia ada depan mata...
    Apapun saya belum pernah cuba boat noodle ni walau telah dioffer berkali-kali oleh anak-anak..tapi membaca entri ni..macam teringin pula nak cuba🤭

    ردحذف
  14. Ayam goreng daun pandan tu sngt2 menyelerakan huhuu... Terliur habis.. alhamdulillah anak anak ada bersama ketika menjamah juga satu nikmat dan rezeki.. semoga sihat sentiasa amin..

    ردحذف

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.