Zahirkan kegembiraan, sesungguhnya Dia yakni Allah lebih tahu..
Terima kasih blogger Amie's Kitchen..
Semalam dan sekarang memakai baju hadiah dari blogger Amie's Kitchen. Blog yang kian naik atas blog kini ke no 23 terbaik dari 100 blog di Malaysia. Pencapaian yang sangat hebat saya kira. Bukan mudah mencapai sebegitu. Alhamdulillah buat blog dan blogger Ami's Kitchen.
Alhamdulillah.
Syukur ke hadratNya yakni Allah memberikan kejutan rezeki menerusi blog Amie's Kitchen dan tempias ke blog Pesona Etuza. Tidak tersangka dan jauh sekali mengharap untuk memihak keputusan terbaik kepada Etuza, kerana Etuza bukan blogger sepenuh masa dan ramai yang mengambil peluang untuk meneka di Segmen anjuran blogger Ami's. Hanya online bila ada masa yang betul betul boleh menghadap laptop ini. Urus blog menggunakan handpone memang jarang sekali.
Tetapi tiba-tiba ada khabar yang hebat dari Blog Amie's Kithen. Allah saja yang maha tahu begitu gembira dan bahagia. Bersyukur sekali atas nikmat yang Allah berikan ini. Aku kah atau Etuza kah yang berhak diberi dari Blogger Amie?. Terima kasih kepadaMu ya Allah.
Doa Untuk Family Blogger Amie's Kitchen.
Pemberiannya ini amat ikhlas di hati dia. Dari jauh hantar hadiah yang bukan hadiah biasa biasa, tetapi hadiah yang membuat SAHAM AKHIRAT dia semakin lancar dan diterima Allah. Kenapa? Kini Etuza PAKAI pakaian ini, begitu serasi di badan, Etuza rasa baru dan lembut membalut tubuh, kerana baju ini dibuat lembut dan benang benang halus dan tidak keras. Terasa ringan di badan, selesa sesuai dengan saiz badan Etuza berketinggian 156 CM cuma. Syukur alhamdulilah.
Ya Allah, Engkau beri keluarga blogger Amie kebahagiaan, lancarkan urusan mereka, anugerahkan mereka sakinah dan sinarkan cahaya iman di hati mereka semua, jauhi mereka dari kejahatan syaitan, berikan mereka rezeki meluas dan bahagiakan mereka hingga ke JannahMu. Aamiin.
Pakaian Yang Bersih & Indah Allah Suka. Allah Mudahkan Ibadah.
Sebaik azan berkumandang, mandi dan langsung memakai baju ini. Lembut dan bersih setelah dicuci hari ini, Memakai baju ini, terlafaz bissmillah dan syukur alhamdulillah, sesuai, sejuk dan begitu selesa membaluti badan dan Etuza berpalikat. Lalu:-
~ Solat Maghrib dan solat isak.~ Baca al -Quran.~ Makan bersama surihati.~ Ambil gambar sebagai kenangan ketika baju baru membaluti tubuh ini.~ Tidur awal di awal malam.~ Blogging urus blogspot.com online 2 jam.~ Esok kerja baru tukar baju ini.
Suri Hati Dalam Kumpulan Muslimah Mahabbah Penagatan, Keningau, Sabah.
Sejak 2023 telah menggiatkan diri dalam kumpulan Muslimah
Mahabbah Penagatan, Keningau. Mereka berukuhuwa fillah di masjid lama Kampung Penagatan , Keningau. Setiap hujung minggu belajar membaca al-Quran dan belajar menghayati selawat Nabi Muhammad SAW. Hingga menjelang 2025 mereka telah banyak qatam al-quran. Mereka terdiri dari golongan wanita muslimah yang sudah berkeluarga, termasuk wanita yang sudah berusia 60an. Mereka saling menyantuni antara satu sama lain tanpa mengira tua dan muda. Jalinan persaudaraan dan persahabatan sangat utuh terpelihara.
Menerima undangan berselawat dan menyajikan lagu mengalu alukan kedatangan tetamu di majlis Kenduri Kesyukuran, Majlis Bercukur Jambul anak, Majlis Qatam Quran, Majlis Pertunangan dan Majlis Perkahwinan hanya di desa sahaja.
Kini Kumpulan Muslimah Mahabbah melebarkan sayap kembara saham akhirat mereka ke luar desa di Daerah Keningau hingga banyak kali menerima undangan membuat persembahan dan selawat Nabi SAW di Majlis Perkahwinan yang begitu gah di Keningau kini, iaitu di Kasturi Vanue, Keningau.Tempat Majlis Perkahwinan yang menjadi pilihan ramai penduduk sekitar Keningau dan Daerah Sook. Begitulah serba sedikit perkembangan Kumpulan Muslimah Mahabbah Penagatan, Keningau, Sabah. Etuza letak vedio kumpulan ini di bawah artikal ini. Sila tonton.Terima kasih yang datang membaca, jumpa lagi.
Terima kasih blogger Mumy Ayu..hadiah LOVE dari tenunan, selalu depan mata bila pandu kereta.
Suri hati di Majlis Kahwin, kumpulan mereka ada undangan berselawat ke atas nabi SAW.
Team mereka ini selalu mendapat undangan di Majlis Perkahwinan..
Suri hati & Adik beradik dan menantu satu orang
Vedio Kumpulan Muslimah Mahabbah Penagatan, Keningau.
39 تعليقات
Alhamdulillah rezeki tu, saya pun pernah dapat ole-ole dari kak amie, T-shirt Tawau dan magnetic fridge, masa tu main teka teki apa ntah lupa dah
ردحذفOo Lina Pg pernah dah ya terima hadiah dari Balogger Amie's. Tahniah ya
حذفalhamdulillah, sama macam bonda linda lah...ada kumpulan marhaban...
ردحذفKita bagi support team mereka, pernah Etuza jemput team ni ke rumah masa cukur jambul..anak buah
حذفAlhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki selalu olehNYA..aminn
ردحذفhttps://syazwantahir.blogspot.com/
Terima kasih ya blogger Syazwan Tahir. Drop komen
حذفAlhamdulillah rezeki memang tidak pernah salah alamat kan? Sure sedap kain tshirtnya tuh ye sebab selesa dibawa solat. Bagusnya ada kumpulan berkaitan agama
ردحذفSelesa sekali ..sejuk lembut ada rasa kapas membalut badan..
حذفwahh ..amat cocok dan ganteng sekali cikgu pakai baju tu hehe... syukur Alhadulillah, rezeki tak pernah salah alamat
ردحذفOrang ikhlas bagi baju baru..elok pakai ustaz, semoga saya rajin pakai baju ni..
حذفAlhamdulillah =D
ردحذفAlhamdulillah..
حذفAlhamdulillah rezeki tu. Semuga Allah memakbulkan doa cikgu buat Amie.Aamiin
ردحذفaamiin..
حذفalhamdulillah rezeki tak pernah salah alamat
ردحذفAlhamdulillah rezeki saya kali ini..syukur
حذفAlhamdulillah.. rezeki. cantik pula baju tu.
ردحذفTerima kasih Aizamia3
حذفAlhamdulillah. Muat t-shirtnya.
ردحذفBagus suri hati ikut aktiviti penuh manfaat.
Ya betul2 muat, pandai pilihkan saiz baju saya..ya Allah..terima kasih..alhamdulillah selagi ada daya tenaga katanya..
حذفKepada teman blogger, minta maaf atas kesilapan ejaan..maafkan saya ya..malu juga namun apakan daya..terbuat juga kesilapan ejaan..
ردحذفalhamdulillah kacak cikgu pakai baju semporna hadiah blogger amie
ردحذفSaya suka baju ni, lembut ja, alhamdulillah terima kasih ya Kak PI
حذفMasyaAllah, dekat jak kita ni tuan. Kecil2 dulu selalu ikut bapa ke Keningau tahun 1994-1997 waktu sekolah rendah. Cuti penggal sekolah ja mesti ikut bapa masuk ke dalam hutan di Keningau sebab bapa keja sebagai Buruh Kasar tukang tumbang kayu balak. Saya dari Tebobon membesar dekat Beaufort. Salam kenal dari saya pada tuan di sana.
ردحذفDari Tebobon, Subahanallah..begitu dekat kita ni tuan Ahmad..alhamdulillah bisa juga kan blog ni menemukan blogger terkenal..saya berterima kasih tuan drop komen, amat bermakna bagi saya..inshaAllah kita teruskan blog dan inshaAllah akan klik blog tuan juga ni ..welcom in my site..
حذفYa tuan, tuan di Keningau atau di KK? Sejak pindah ke Kinabatangan ni dah tak ke Sekolah Henry Gurney lagi. Sebelum ni selalu ulang alik ke Henry Gurney Keningau
حذفO selalu tuan ke Keningau dulu, saya di Keningau saja tuan, kadang ke KK..dan ke Tuaran. Jauh tu di Kinabatangan..
حذفOrang segak pakai baju apa pun nampak segak
ردحذفAllah hu akbar, wak, biasa saja ni..baju tu lembut saya suka sekali pakai, saya hargai lalu ambil gambar.,rasa bahagia wak..terima kasih wak..
حذفcantik baju tu! pemberian yg sangat bermakna ni
ردحذفmanis2 geng marhaban bertudung kuning :D
Alhmadulillah, terima kasih ya..
حذفAlhamdulillah, lembut dan selesa baju pemberian kak Amie. Tahniah, cikgu, menang hadiah.
ردحذفTerima kasih ya..benar lembut..
حذفAlhamdulillah cantik baju dan hadiahnya..
ردحذفRasa sejuk pakai baju ni serius, saya jarang pakai baju begini, lagi pun Keningau kurang ya kain begini..di Sempurna, Tawau dan Sandakan banyak jual baju begini..
حذفalhamdulillah rezeki
ردحذفTerima kasih ya MZ
حذفRezeki tu cikgu... dapat hadiah Tshirt dari Amie's Little Kitchen. Saya pun pernah dapat hadiah dari Amie juga suatu ketika dulu.
ردحذفMasyaa Allah...
ردحذفSemoga melimpah rezeki Allah kurniakan kepada Cikgu Amie....
Saya juga beberapa kali dapat kiriman dari Cikgu Amie... Ada kiriman T shirt macam Etuza ni tapi saya punya dari " Tawau"
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.