Walnut Oatmeal Square RM 4.00 satu
Isnin, 25.8.2025 jam 10.00 oagi berjumpa dengan pentadbir sekolah untuk keluar ke Book Mark, Keningau hendak membeli ink printer. Alhamdulillah diberi kebenaran dan peruntukan masa sejam bermakna tepat jam 11.00 pagi harus berada di sekolah, kerana jadual masuk kelas pada 11.20 pagi.
Sebelum meneruskan pembacaan anda dan melihat gambar - gambar kuih muih dalam blog ini, mungkin berminat utuk sertai SEGMEN ini. Peluang menanti anda. Semoga anda salah seorang pesertanya. Sila klik.
Book Mark & Cafe Keningau.
Tempat ini merupakan kedai jual buku, alat tulis, peralatan lain, kertas A4 , pelbagai bahan kegunaan pejabat dan sebagainya. Terdapat conner sudut pada kedai ini meja dan tempat duduk yang agak istemewa. Di tepi dinding kaca disediakan mini dapur tempat memasak yang lengkap dengan aip air dan peralatan memasak. Kemas dan sangat teratur bersih.
Terdapat almari kaca memanjang yang menyajikan berbagai kuih yang menarik perhatian pelanggan langsung membeli. Etuza datang hanya membeli ink printer black and colour,tetapi terpikat hendak mencuba kuih yang digemari di Book Mark & Cafe ini. Sebelum ini pernah berbual dengan owner mini cafe ( tempat minum dan santai makan kuih muih).
Owner Book Mark & Cafe Vegetarian
Katanya tidak ada daging, kami vegetarian semua kuih dimasak berasaskan tepung gandum, tepung beras, tepung pulut masak kukus, stim dan kurang minyak. Etuza percaya kerana kuih dijual seperti kuih lenggang ( ketayap), onde-onde dan bingka tepung beras berintikan kacangan disediakan dengan cara rebus dan menggunakan oven Lalu terbeli lah beberepa jenis kuih muih di Book Mark & Cafe untuk di bawa balik ke sekolah.
Inilah dia kuih muih yang Etuza beli untuk makan kudapan hari ini. Boleh bawa balik ke rumah sekiranya tidak habis di makan. Hari ini, memberi bimbingan kepada anak angkat Intervensi bernama Fira, selesai memberi bimbingan Etuza berikan Fira kuih. Fira kelihatan sangat suka, tersenyum dan melambai kan tangan beredar balik ke rumahnya.
Bingka tepung beras kacang RM 2.00 satu
Kuih Lenggang ( Kuih Ketayap )
Tart telur RM 1.50 satu
Isi buah Longan Brazil, isinya tak berapa manis , picit buah hingga kulit pecah baru keluar isi untuk di makan
Buah Longan Brazil RM 8.00
Pertama kali makan buah Longan Brazil.Sedap tebal isinya
Kawan bagi gambar pokok Longan Brazil
21 تعليقات
Beautiful photos. ❤️ The sourdough bread and the white chocolate 🍫 cookies look delicious 😋 Thank you 😊 so much for sharing and warm greetings from Montreal, Canada 🇨🇦
ردحذفWelcome in my site.Thank's a lot visit my blog
حذفMacam2 kuih ada. Terkejut tengok tart telur rm150 satu. Maybe tertinggal titik kot.
ردحذفhahaha..alamak malu ..RM 1.50 sen ja..
حذفcikgu mahalnya tart telur tu Rm150. Tapi unik kuih tepung beras kacang tu.
ردحذفLupa letak titik..RM 1.50 ja tu..maaf ya
حذفMenarik sungguh kuih muih yg dijual tu Cg. Cara susunan juga menarik. Kuih bingka kcg merah tu tak pernah jumpa tapi Sy pasti rasanya sedap ya.
ردحذفBuah longan Brazil pun tak pernah makan, cuma pernah dengar namanya. Selamat menikmati makanan sedap² Cg :)
Wahhh, tak pernah sy jumpa kedai alat tulis dan buku jual kuih. Menarik dan ada kuih yg sy tak pernah nampak dijual di Johor. Lama tak makan longan Brazil tu.
ردحذفisi buah longan brazil sedap nmpknya
ردحذفsedap semua kuihnya kait selera
ردحذفSedap-sedap semua kuihnya. Tak pernah tengok buah longan brazil. Kulitnya memang warna hijau ya... Sekali tengok macam buah pelam telor.
ردحذفPertama kali saya tengok buah longan brazil.
ردحذفUnik cafenya, ada jual alat tulis dan makanan sekali.
Kalau saya suka yang onde-onde
ردحذفpertama kali makan buah longan brazil tu masa misi amal di Pekanbaru , tapi kat sana panggil buah metoa. banyak kat sana pokok berderet tepi jalan
ردحذفOkeh! Done book mark! hehehe
ردحذفSedapnya nampak kuih dan buah-buahan :)
ردحذفMacam sedap je oatmeal bar tu. Terus kita google nak buat balik kerja nanti untuk snek anak-anak (dan mak budak)
ردحذف
ردحذفWalnut oatmeal square tu nampak sedap sangat.
Kami ada pokok longan brazil, tanam di sebelah pokok epal bidara di depan rumah. Saiz buahnya besar, isinya tebal dan manis.
alhamdulillah, mcm2 rezeki dlm bentuk makanan
ردحذفKuihnya tampak delicious..and I think longan Brazil is matoa fruit? Or tampak hampir sama? Rasanya segar dan aromanya agak mirip durian.
ردحذفTak dinafikan semua sedap tu..alhamdulillah..
حذفAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.