Aneka Jenis Kuih Di Book Mark Cafe, Keningau

                                              Walnut Oatmeal Square RM 4.00 satu

Isnin, 25.8.2025 jam 10.00 oagi berjumpa dengan pentadbir sekolah untuk keluar ke Book Mark, Keningau hendak membeli ink printer. Alhamdulillah diberi kebenaran  dan peruntukan masa sejam bermakna tepat jam 11.00 pagi harus berada di sekolah, kerana jadual masuk kelas pada 11.20 pagi.

 Sebelum meneruskan pembacaan anda dan melihat gambar - gambar kuih muih dalam blog ini, mungkin berminat utuk sertai SEGMEN ini. Peluang menanti anda. Semoga anda salah seorang pesertanya. Sila klik.


Book Mark & Cafe Keningau.

Tempat ini merupakan kedai jual buku, alat tulis, peralatan  lain, kertas A4 , pelbagai bahan kegunaan pejabat dan sebagainya. Terdapat conner sudut pada kedai ini  meja  dan tempat duduk yang agak istemewa. Di tepi dinding kaca disediakan mini dapur tempat memasak yang lengkap dengan aip air dan peralatan memasak. Kemas dan sangat teratur bersih.

Terdapat almari kaca memanjang yang menyajikan berbagai kuih yang menarik perhatian pelanggan langsung membeli. Etuza datang hanya membeli ink printer black and colour,tetapi terpikat hendak mencuba kuih yang digemari di Book Mark & Cafe ini. Sebelum ini pernah berbual dengan owner mini cafe ( tempat minum dan santai makan kuih muih).

Owner Book Mark & Cafe Vegetarian 

Katanya tidak ada daging, kami vegetarian semua kuih dimasak berasaskan tepung gandum, tepung beras, tepung pulut  masak kukus, stim dan kurang minyak. Etuza percaya kerana kuih dijual seperti kuih lenggang ( ketayap), onde-onde dan bingka tepung beras berintikan kacangan disediakan dengan  cara rebus dan menggunakan oven Lalu terbeli lah beberepa jenis kuih muih di Book Mark & Cafe untuk di bawa balik ke sekolah.

Inilah dia kuih muih yang Etuza beli untuk makan kudapan hari ini. Boleh bawa balik ke rumah sekiranya tidak habis di makan. Hari ini, memberi bimbingan kepada anak angkat Intervensi bernama Fira, selesai memberi bimbingan Etuza berikan Fira kuih. Fira kelihatan sangat suka, tersenyum dan melambai kan tangan beredar balik ke rumahnya.

Bingka tepung beras kacang RM 2.00 satu

Kuih Lenggang ( Kuih Ketayap )

Tart telur RM 1.50 satu

Kuih onde-onde



Ink printer HP RM57.00

Isi buah Longan Brazil, isinya tak berapa manis , picit buah hingga kulit pecah baru keluar isi untuk di makan

Buah Longan Brazil RM 8.00

Pertama kali makan buah Longan Brazil.Sedap tebal isinya

Kawan bagi gambar pokok Longan Brazil

إرسال تعليق

21 تعليقات

  1. Beautiful photos. ❤️ The sourdough bread and the white chocolate 🍫 cookies look delicious 😋 Thank you 😊 so much for sharing and warm greetings from Montreal, Canada 🇨🇦

    ردحذف
  2. Macam2 kuih ada. Terkejut tengok tart telur rm150 satu. Maybe tertinggal titik kot.

    ردحذف
  3. cikgu mahalnya tart telur tu Rm150. Tapi unik kuih tepung beras kacang tu.

    ردحذف
  4. Menarik sungguh kuih muih yg dijual tu Cg. Cara susunan juga menarik. Kuih bingka kcg merah tu tak pernah jumpa tapi Sy pasti rasanya sedap ya.
    Buah longan Brazil pun tak pernah makan, cuma pernah dengar namanya. Selamat menikmati makanan sedap² Cg :)

    ردحذف
  5. Wahhh, tak pernah sy jumpa kedai alat tulis dan buku jual kuih. Menarik dan ada kuih yg sy tak pernah nampak dijual di Johor. Lama tak makan longan Brazil tu.

    ردحذف
  6. isi buah longan brazil sedap nmpknya

    ردحذف
  7. Sedap-sedap semua kuihnya. Tak pernah tengok buah longan brazil. Kulitnya memang warna hijau ya... Sekali tengok macam buah pelam telor.

    ردحذف
  8. Pertama kali saya tengok buah longan brazil.
    Unik cafenya, ada jual alat tulis dan makanan sekali.

    ردحذف
  9. pertama kali makan buah longan brazil tu masa misi amal di Pekanbaru , tapi kat sana panggil buah metoa. banyak kat sana pokok berderet tepi jalan

    ردحذف
  10. Sedapnya nampak kuih dan buah-buahan :)

    ردحذف
  11. Macam sedap je oatmeal bar tu. Terus kita google nak buat balik kerja nanti untuk snek anak-anak (dan mak budak)

    ردحذف

  12. Walnut oatmeal square tu nampak sedap sangat.
    Kami ada pokok longan brazil, tanam di sebelah pokok epal bidara di depan rumah. Saiz buahnya besar, isinya tebal dan manis.

    ردحذف
  13. alhamdulillah, mcm2 rezeki dlm bentuk makanan

    ردحذف
  14. Kuihnya tampak delicious..and I think longan Brazil is matoa fruit? Or tampak hampir sama? Rasanya segar dan aromanya agak mirip durian.

    ردحذف

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.