Inilah Keadaan Sungai Pegalan ( Pegalan River ) Berdekatan Kampung Halaman Etuza. Masih kelihatan mengalir dengan deras dan tenang. Melihat keadaan Sungai Pegalan ini, Etuza terbayang ketika sekitar zaman kanak - kanak hingga Etuza berusia 16 tahun. Inilah Sungai Pegalan tempat Etuza serta sahabat lain bermandi manda dengan seronok sekali.


 Dahulu Sungai Pegalan bukan begini keadaannya. Dahulu Sungai Pegalan ini Etuza dapat katakan seperti berikut ini:-

* Air Sungai Pegalan Jernih sekali
* Banyak pohon - pohon kayu tumbuh di tepian sungai ini terutama pokok buluh.
*Kalau banjir air tidak akan memakan atau meruntuhkan tebing sungai.
* Airnya dalam dan sangat seronok sebagai tempat mandi dan terjun ke dalam sungai.
* Tidak merbahaya, airnya tiada sampah di buang.
*Tiada manusia maut di Sungai Pegalan ini ketika Zaman Etuza walaupun airnya dalam. Betul ada kawasan2 tempat kami mandi manda dan tempat menarik antara sebab kedalamannya yang sangat dalam.
* Sungai Pegalan menjadi tempat kami bermain, tidak perlu takut ke Sungai Pegalan. Sekitar 80an hingga ke 90an.
*Banyak batu-batu besar dan banyak ikan dan udang.
* Ramai pengunjung mencari ikan ketika waktu malam. Lalu penangkap ikan akan memasang unggun api buat memanaskan badan selepas berendam dalam air berjam-jam di waktu malam.

Tempat Permulaan Niak Jambatan..panjang tau jambatan gantung ini.

Ambil Gambar Ismat Afif menemani Etuza berkunjung ke Sungai Pegalan hari ini.

Jambatan menghubung ke seberang Sungai Pegalan. Sampai ke seberang sana, akan jumpa pula Kampung Toboh Laut.


Hari ini zaman kian maju baru sebentar tadi Etuza membuat lawatan ke Sungai Pegalan yang agak lebih kurang 4 KM jauh dari kampung kelahiran Etuza. Etuza melihat perbezaan keadaan Sungai Pegalan hari ini dengan suatu masa dahulu. Etuza dapat katakan seperti ini:-

* Sungai Pegalan semakin leber, cetek dan agak keruh, air tidak bersih tidak jernih dan sesuai hanya untuk membersihkan kereta kita sahaja serta buat menyiram pokok tumbuhan jika berdekatan dengan kebun.
* Air tidak dalam cetek akibat pasir di tepian dan batu - batu kecil di ambil oleh syarikat tertentu.
* Banyak kumbahan batu - batu kecil membentuk seperti gunung kerana batuan dikumpulkan sebagai stok yang bakal di hantar ke kuari batu ( Kilang )
* Banyak sampah di tepian atau di tebing sungai.
* Sungai Pegalan telah banyak nyawa terkorban di Sungai ini. Kemungkinan akibat tiada asas untuk berenang walhal Sungai Pegalan kini bukan dalam seperti dahulu. ( ajal mereka meninggal dalam Sungai Pegalan ) 
* Tiada lagi yang berkunjung di Sungai Pegalan ini, melainkan ramai orang kampung baik di kampung Etuza atau di kampung lain merasa takut lama berada di Sungai Pegalan pada masa ini.
* Anak - anak ikan kurang, udang semakin pupus.Tiada lagi orang kampung bergotong royong pergi beramai -ramai ke Sungai Pegalan menangkap ikan ketika waktu malam.
* Telah ada jambatan gantung yang cukup kuat menghubung ke seberang sungai atau ke Kampung Toboh Laut, Keningau.

Nampak beza Sungai Pegalan Dahulu dan sekarang. Begitu rakus manusia mengolah alam hingga struktur asal berubah menjadi satu kawasan yang tiada lagi keindahan pada Sungai Pegalan di Keningau Sabah. Dan untuk pengetahuan anda Sungai Pegalan ini akan mengalir ke Muara Lautan. Dan lautan hanya akan kita dapat lihat di kawasan Kota Kinabalu, Sabah.Lebih kurang 140 KM dari desa Etuza. Jauh tu.