Lakukanlah perancangan kehidupan kita pada hari Esok, agar kita lebih bersedia mengahdapi kehidupan esok hari dengan penuh keyakinan diri. Adanya perancangan kehidupan pada hari esok pastinya akan mendorong kita agar melaksanakan dengan sungguh-sungguh semua yang kita rencanakan untuk esok hari. 

Cinta pada Dunia - Tidak kekal
Tetapi keperluan untuk bahagia di Dunia 
adalah kewajiban kita. 
Bahagia di Dunia memungkinkan kita 
menuju bahagia di Akhirat.

(ibnu mustaqim-ketika di Karambunai Kota Kinabalu 
sekadar hiasan blog )

Satu cara hidup yang bermakna ialah kita sentiasa merancang kehidupan untuk esok hari dan seterusnya. Berbanding orang yang tidak bersedia merancang untuk kehidupan hari esok dan akan datang pastinya tidak ada benda baru atau tiada apa-apa kejayaan dalam hidupnya. Dengan itu rencanakan kehidupan untuk esok dan akan datang.

Selalunya kita melihat contoh kehidupan orang-orang yang berjaya, mereka memiliki impian yang besar dan cita-cita yang jelas disimpan dalam lipatan hati. Bila ada impian pasti ada usaha yang mereka lakukan.  Berusaha dan berusaha, rancang dan terus merancang untuk mencapai impian. Apabila ada impian dan cita-cita akan ada tindakan kita, akan ada strategi kita, akan ada kuasa mendorong agar kita capai kejayaan itu.

Dalam bab mencari yang dinamakan kewangan, jika punya bisnes, harus ada perancangan dan tindakan wajib dibuat. Bisnes tanpa rancangan pasti tidak akan wujud tindakan untuk pertingkatkannya. 

Kini bugget 2015 telah diumumkan, pelbagai andaian dan tafsiran dibuat, berbagai analisis dan kadangkala berbaur tohmahan kepada pemimpin negara.Tetapi masih ramai individu atau komuniti yang dapat terima bugget 2015 dengan hati terbuka, mereka bersyukur dan menganggap bahawa rezeki bagaimana kuantitipun mereka terima dengan senang hati.

Bagi admin, urusan hidup perlu diteruskan..kita akan menuju 2020. Lebih baik kita rancang ekonomi keluarga untuk masa depan, berjimat, beli yang berpatutan, bijaklah dalam menjadi pengguna, beli yang mempunyai kuasa memulangkan sedikit wang ada kembali ke pokit anda, tindakan tidak mengabukan duit anda pada zaman sekarang amat dituntut dan adalah tindakan sebijak-bijaknya. Kenali potensi diri dan lakukan satu perkongsian berbisnes dengan cara bekerjasama.

Kita boleh melakukannya.
Kita boleh mengubahnya.
Kita boleh mencapainya
Dan kita pasti akan hidup lebih bahagia.