Cabaran Masa Menyiapkan Artikal Berkualiti Di Blog.

Kenangan kami, semasa sukan peringkat sekolah..sesekai bergambar dengan kawan-kawan
sekampung.

Gambar bersama suri hati 2023.

Cabaran Masa  Menyiapkan Artikal Berkualiti Di Blog.

Rabu, bersamaan 01.09.2025 masih di hadapan laptop setelah tertidur awal . Bangun dan cuba menyiapkan satu catatan berkaitan masa menyiapkan satu artikal dalam blog kita masing-masing. Seketika tadi termanggu harus apa ke udara maya. Niat hendak sampaikan kepada pembaca ilmu pengetahuan dalam paparan blog ini, selain berkongsi gambar kenangan dengan ikhlas. 

Melalui pengalaman Etuza sebaik terjebak dalam dunia blog akan berlaku keadaan kita kurang bermod mengurus blog, rumah maya yang kita tempatkan catatan dan pelbagai gambar informasi lain yang membantu memperelokkan persembahan blog peribadi kita. Kemudian akan berlaku kepada kita begitu lama menyiapkan satu artikal yang kita harap mempunyai kualiti dari segi infor menarik, persembahanan maya cepat paparan dan mesra klik ( seo friendly ). Selain itu berlaku juga serangan kekeliruan dari segi ejaan yang betul. 

Kesalahan ejaan dalam blog, Etuza memang sering terpamer ejaan salah, tetapi bukan sengaja melainkan kejadiaan typo dan kesilapan ejaan tanpa memeriksa atau duble cek tidak dilakukan kerana lupa. Lalu terbit artikal  dalam keadaan ada perkataan yang salah hingga salah sebutan.Bila membuat sport cek ejaan akan menyebabkan sedikit penggunaan masa untuk membetulkan ejaan, dengan itu masa menyiapkan satu entry akan berlanjutan ke masa yang agak lama.

Catatan dalam blog sebenarnya bukan mudah, bukan singkat masa hendak menyiarkan satu artikal di blog. Paling cepat mempamerkan sesuatau catatan di blog adalah 10 minit dengan content hanya gambar, dan keterangan gambar. Masa ini singkat lagi apabila kita lakukan kandungan di wall hanya sekeping gambar berbicara. 20 minit menyiapkan artikal di blog jika tidak bergambar, tetapi melibatkan strukur ayat yang sempurna dan bermaksud.

Paparan wall blog memakan masa 45 minit dan sejam ( 60 minit ) jika melebihi 80 patah perkataan atau lebih. Ini berlaku kerana seseorang blogger akan memikirkan cara dan gaya penulisan dengan mengambil kira jenis fon tulisan, style tulisan, mengatur jajaran tulisan tengah atau jajaran seimbang beserta gambar penguat hujah.Catatan di wall blog yang disediakan hingga satu jam, menjadikan catatan oleh blogger itu lebih ILIMIAH dan Lebih MENARIK kepada pembaca maya. Biasanya paparan catatan pada blog cara ini ( kualiti ) akan mempunyai tajuk tajuk kecil dipaparkan, teratur dan ayat-ayat yang lebih naratif / menarik pembaca untuk membacanya hingga habis.

Sebagai seorang blogger kita boleh sahaja berada dalam lingkungan blogger 10 minit, 20 minit, 45 minit dan 60 minit ( sejam) mengikut keupayaan masing-masing. Justru itu marilah kita ambil muhasabah diri bahawa kita adalah antara pelontar informasi di laman sosial melalui blog secara sihat, positif dan berkarisma. Kita bukanlah blogger yang hanya membuang masa dengan arena blog, tetapi kita merupakan individu yang mempunyai banyak ilmu dan pengetahuan menerusi pembacaan. Selamat berkarya dan teruskan persembahan di blog dengan ikhlas di hati.
Minum jus oren  di Macdonald Keningau.

Juadah makan tengahari Etuza hari ini , di Medan Selera di Bataras Bandar Baru Keningau.
Pada 9/9/2025

Ini juadah makan tengahari suri hati hari ini juga di medan selera Hypermarket Bataras, Bandar Baru, Keningau, Sabah.9/9/2025.



إرسال تعليق

19 تعليقات

  1. Betullah apa yang dikata.. kadang-kadang pokcik pernah berfikir untuk membuat satu artikal yang berkualiti.. tiba-tiba hilang, buntu tak tau apa artikal yang ingin dibuat.. akhir sekali yang jadi hanyalah catatan sebagai pelengkap yang tak ubah seperti diari harian.. kekangan masa itulah yang membuat malas untuk memerah idea..

    ردحذف
    الردود
    1. Tak apa, artikal atau catatan yang wak buat tu dah bercirikan kualiti..teruskan mencatat meskipun sebagai dairi...ianya hak blogger ..artikal kualiti tu bonus saja pada blog..

      حذف
  2. Betul, adakala berlaku mental block dlm menulis. Ada ketika pula mood mempengaruhi. Teruskan menulis Cg, dapat sama2 bertukar cerita dan fikiran di alam maya.

    ردحذف
    الردود
    1. Begitulah realiti seorang penulis blog..berlaku Etuza bertahun hampir zero entry..tulah mood menjauh dan hilang semangat,,selain takut berkongsi di alam maya, tapi kini Etuza beranikan diri lagi..dengan memohon kepada Allah agar jauhkan perkara yang tak baik di blog..

      حذف
  3. Tak mudah nak siapkan satu entry blog ni. Kalau dapat update sehari satu pun dah okay sangat kan.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul, setuju..kena berfikir sebenarnya otak kita, tak boleh main hentam..semudah apa pun penulisan kena dangan gaya persembahan yang sesuai..sekurang-kurang ada salam sapaan mesra

      حذف
  4. thanks for sharing! saya pulak tulis blog random ajer sbb fokus as life journal (easy and quick reference)

    ردحذف
    الردود
    1. It's ok..pasti tersusun rapi dan menarik dengan usaha sendiri ..kepuasan berblog..

      حذف
  5. begitulah kan....mieja pula selalu kenkangan masa, sampai basi bahan yang nak dicerita hahahhaha....sedap juadah tengahari.

    ردحذف
    الردود
    1. Memang masa menjadi cabaran utama untuk berblog..jika wanita lagi banyak kerja di rumah, tak dinafikan dan amat memahami..

      حذف
  6. tahniah cikgu blogger yg komited blogging

    ردحذف
  7. Terima kasih..doakan agar minda sihat paparan blog yang sihat2 untuk di baca

    ردحذف
  8. terima kasih cikgu,, tips penulisan yang boleh dijadikan panduan.. sentiasa menghasilkan penulisan yang menarik.. membuatkan saya turut bersemangat.. teruskan berkongsi untuk kami

    ردحذف
    الردود
    1. Terima kasih ustaz, alhamdulillah, sebolehnya kita membina blog supaya ada manfaat kepada rakan pembaca lain..terharu juga..baca .ni Ustaz

      حذف
  9. Terima kasih di atas tips penulisan. Penulisan blog cikgu tersusun, penuh informasi menarik dan penuh gambar warna warni. Semoga terus semangat menulis ye cikgu💪💪💪

    ردحذف
  10. Itulah cabaran seorang blogger.
    Memandangkan saya menulis untuk memenuhi hobi, jadi sekiranya ada masa saya akan terbitkan entri. Itulah, kadang-kadang sehari dapat siarkan satu atau dua entri, kadang-kadang dua tiga hari tulis satu entri sahaja. Nampak tidak menentu, tapi itulah hakikatnya, sebab kita terikat dengan tugas hakiki yang perlu diutamakan.
    Apa pun teruskan menulis untuk berkongsi kepada semua pembaca.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul sekali, difahamai sekali..saya memahami dan mengerti

      حذف
  11. Boleh juga buat artikel santai tetapi kurang berkualiti terutama dari segi informasi dan fakta...biasa saya buat dalam 30 minit

    ردحذف
    الردود
    1. Masa 30 minit memang entry dah kualiti tu..Blog Mrhanafi saya gemar klik dan melekat nak baca..dapat motivasi selepas membaca

      حذف

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.