Hari Raya Sangat Bermakna Apabila Keluarga Jauh Datang Bersama.


Hari Raya Yang Sangat Bermakna  Apabila Keluarga Jauh Datang Bersama.

Updated Blog Lagi 

Hari raya pasti berseri sekali apabila kehadiran dari keluarga jauh datang bersama. Sekian lama tidak bertemu di hari raya yang meriah suasana menjanjikan pertemuan yang sungguh indah. Inilah saat di tunggu apabila hari raya keluarga Etuza saudara dari Tambunan, Sabah datang ke Keningau meraikan hari raya bersama kami. 

Kawan - kawan semasa bersekolah dan anak-anak buah dari Kota Kinabalu dan yang bekerja di Negeri Sembilan juga datang bersama di hari raya ini.Jauh dan dekat silih berganti menjamu selera, bersalaman dan saling mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. 

Terasa sangat bahagia sekali. Tetapi paling Etuza bahagia apabila ramai adik-adik ibu Etuza datang beraya dari Tambunan, Sabah. Kami berpelukan seperti melepaskan rindu, kerana semasa kecil Etuza selalu datang ke Tambunan bersama Ibu tersayang masih hidup, kini ibu dah pergi selamanya. Inilah kenangan indah saat bertemu mereka dari Tambunan.

Terima kasih juga kepada anak-anak buah yang ceria dari Nambayan dan Kampung Salibog Tambunan , Sabah. Saya abadikan kenangan beraya di tempat kami di Keningau dalam blog Pesona Etuza. Salam sayang dan jumpa lagi. Gambar-gambar saudara, anak buah, sahabat anak-anak Etuza  dan family dari Tambunan ada di wall blog ini. Terima kasih juga kepada pembaca maya dan sahabat blogger yang tak henti berikan komentar yang menyenangkan Etuza.

Family Beraya di rumah Kakak Sulung

Saudara dan anak -anak buah dari Tambunan, Sabah tersenyum gembira

Uncle ku berbaju pink bertopi dan tersenyum manis tanda gembira

Unty ku Rosalia yang rambut panjang tu pakai selendang purple, dulu zaman kanak-kanak ku, 
dia selalu picit hidung ini..hahaha adui terimbau juga kenangan sekian lama tu..

Team dari keluarga Tambunan sedang menjamu selera, pasti makan biskut raya juga

Bergambar bersama semua kelurga dari Tambunan Sabah.


Anak buah dan keluarganya ada yang bekerja di Negeri Sembilan.Asrul namanya

Family dari sebelah Suri Hati dari Kampung Masjid Dan Kampung Kauraan, Keningau, Sabah

Kawan dan sahabat karib anak Etuza 


Kawan sekolah dan sahabat anak Etuza juga datang beraya

Keluarga dari sebelah Suri Hati dari Taman Jutaya Keningau, Sabah

Gambar menantu baju hijau, adik-adik Etuza dan anak buah yang comel



إرسال تعليق

11 تعليقات

  1. Meriahnya Cikgu.

    Ginilah suasana di Kg suatu ketika dulu semasa arwah ayah bonda masih ada

    ردحذف
  2. Meriah bila dapat berkumpul macam ni

    ردحذف
  3. Alhamdulillah. Saya tersenyum baca post ini sebab beruntungnya cikgu mempunyai keluarga besar dan terjalin erat silaturahimnya. Ceria semuanya bertemu sanak saudara sambil menjamu selera.

    ردحذف
  4. Sy juga ada famili di tawau, makcik kawen dgn org sana, bila turn mereka beraya di kuching mmg rasa besttt, mcm complete semua ada

    ردحذف
  5. memang sangat bermakna bila dapat berkumpul dengan sanak saudara yang kita kasihi..moga2 kita semua dipanjangkan umur utk menyambut raya tahun dpn plak insya Allah

    ردحذف
  6. bila dah dewasa ni, agak susah sikit nak berkumpul serentak semuanya.. bila ada peluang ni, abadikan la sebaiknya.. ^^

    ردحذف
  7. Meriah 💝💝Hari Raya Hari paling gembira bertemu dengan semua sanak saudara

    ردحذف
  8. meriahnya terutama di kampung2 bertemu sanak saudara dan handai taulan.. aduh, rindu pulak nak beraya..

    ردحذف
  9. meriahnya suana raya bersama famili

    ردحذف
  10. hari raya saja dapat berkumpul sanak saudara meriah macam ni.
    semoga ukhuwah sesama keluarga saling terjalin :D

    ردحذف
  11. Jujur saya kadang envy melihat teman2 yg dapat berkumpul saat hari raya dengan keluarga besar. Sebab saya tak bisa 😅. Dah 4x raya tak bisa kumpul dan mudik. Jadi kalo nak ketemu keluarga besar, harus di luar lebaran.

    Sebabnya saya ada kucing 5 ekor, dan mereka indoor. Asisten saya pula tiap lebaran dah pasti cuti dan pulang kampung. Jadi tak ada yg menjaga anak2 bulu 😅. Tak mungkin saya tinggalkan mereka tanpa ada yg menjaga. Krn itu mengalah demi mereka. Tak bisa mudik, tunggu asisten pulang, baru bisa pulang kampung.

    Ramai sangat kluarga Abang yaa 👍👍. Dari semenanjung pun balik ke sabah juga

    ردحذف

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.