Majlis Perkahwinan Dahulu
Asalamualaikum dan salam sejahtera semua blogger Malaysia, Etuza awali dengan salam blogger kerana biasanya teman blogger Etuza yang hadir bertegus sapa. Datang mereka pastilah diraikan sebaik-baiknya di alam maya. Andai dapat hendak hidangkan air minuman dan kuih muih yang lazat buat teman blogger Etuza.
Dulu, datang Majlis Perkahwinan duduk dekat-dekat..
Sekarang tidak dibolehkan sebegini..gambar hujung tahun 2018
Dahulu, sebut saja Majlis Perkahwinan, sekampung semua sibuk hadir membantu. Sungguh kemeriahan terasa dan suasana amat membangkitkan rasa tenang dan bahagia tanpa ada kebimbangan dan ketakutan. Boleh berbicara, berbual dan tersenyum tanpa menutup mulut. Zahirkan senyuman semanis yang kita hendak. Ketawa bersama dalam keadaan meriah sekali.
Zaman sekarang perkahwinan, tidak perlu undang teman saudara rakan taulan. Cukup ada wali dan kedua pengantin di hadapkan ke Jabatan Agama. Selesai sahaja akad nikah tanpa dilihat keluarga, bergerak balik dan selesai majlis. Malam di rumah pengantin baca doa dalam lingkungan ahli keluarga sahaja.
saling berjebat salam tanda kemesraan bahagia
Sungguh keadaan sepi, sunyi dan amat ringkas Majlis Perkahwinan ini telah Etuza beberapa kali saksikan. Etuza alami sendiri apabila anak lelaki dan anak kedua Etuza melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya sendiri dalam masa PKP tahun 2020.
Selesai kenduri doa selamat, selesailah Majlis Perkahwinan. Etuza dapat rasakan situasi sebegini, amat mudah, jimat dan tidak sibuk dan tidak perlu kerah tenaga banyak menyiapkan tempat persandingan, konopi tempat jemputan menjamu selera. Apa-apa sahaja tidak perlu. Beginilah keadaan Majlis Perkahwinan masa sekarang. Apapun negara dalam proses pemulihan, kita tak pasti Majlis Perkahwinan itu nanti akan kembali seperti biasa atau hanya di longgarkan sedikit, ekoran kita hidup dalam situasi endemik Covid-19.
Bersabar lah kita semua wahai teman semua, semoga wabak yang melanda akan bergerak lalu dan virus akan dilenyapkan oleh Allah dari masyarakat manusia di dunia ini.
Boleh teman dari jauh dekat datang memeriahkan Majlis.
Sekarang tak boleh rentas daerah...
Sahabat sekolah dijemput. Tetapi kini sebegini keadaan tidak
dibenarkan. Logik atau tidak sangat membantu membenteras
penularan Covid-19. Semua dilarang demi membenteras
penularan covid-19 ini.
Berusaha tingkatkan disiplin diri.SOP tetap diutamakan walau di mana berada.Kita jaga kita#Lindung diri lindung semua#Kita mesti menang#
~etuza~
3 تعليقات
jimat belanja..
ردحذفada kawan nikahkah anak PKP 2.0... alhamdulillah berakhir PKP 3.0 dapat cucu dah.
buat yg wajib asalkan halal
Hikmahnya adalah dari segi penjimatan.. Kalau untuk tujuan mengwar-warkan, teknologi boleh diandalkan. Boleh buat live FB, saudara mara dn kawan yang jauh blh merasa bahang2 perkhawinan,,
ردحذفDah 2 tahun kita jalani norma baru..
ردحذفPengalaman saya di Pusat Kuarantin, terasa seperti dulu2, tidak perlu lagi sop bagai..seronok sangat walaupun kami bergelar pesakit covid
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.