Sampai Seru Dia Bernikah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semuanya.
Rindunya bersiaran di dalam blog kesayangan ini, baru petang ini ada masa senggang untuk melihat laman ini, serta memuatkan gambar kenangan indah dari keluarga Etuza. Hendak kongsikan kegembiraan kami sekeluarga, apabila dengan usaha gigih anak lelaki sulung, akhirnya dia dapat juga di nikahkan pada masa PKPB berlangsung. Balik rentas negeri dari Pahang ke Sabah dan dikuarantinkan, seperti itu juga tunangannya yang juga di tanah seberang iaitu di Negeri Perak. Gadis pilihannya dari Daerah Ranau Sabah. detik bersejarah anak sulung lelaki Etuza telah diijab kabulkan dengan sekali lafaz nikah pada 02/06/2020 bersamaan hari selasa minggu ini. Etuza dapat melihat anak Etuza sangat gembira kerana sesungguhnya impian baginya untuk mendirikan rumah tangga kini tercapai dengan izin dan rahmat Allah. Alhamdulillah, sujud syukur kepada Allah yang maha esa. SELAMAT PENGANTIN BARU buat anakanda dan isterinya. Bertambah ahli dalam keluarga Etuza dan terasa diri semakin berusia apabila kini Etuza di musim PKPB dianugarehkan oleh Allah menantu perempuan yang sangat menyayangi anak Etuza. Semoga bahagian till Jannah buat Ikmal dan Fizah, aamiin.

Gambar anak tersenyum manis sebelum ke Jabatan Agama JAHENS
di Daerah Ranau, Sabah
Bersama ibubapa mentua di pihak isteri.
Kepada anakanda tersayang, mohon hargai wanita peneman kala senang dan susah, bina kasih sayang yang abadi, bertanggungjawab, bertimbang rasa dan memahami naluri seorang wanita. Bina keluarga bahagia dan harus di ingat bahawa menjaga hubungan dengan Allah akan menjadikan rumahtangga kita lebih dirahmati dan diberkati Allah. Jagalah hubungan baik dengan Allah, pasti kita akan saling menghargai pasangan hidup kita.
Gambar mengikut SOP PKPB hanya wali, pengantin perempuan
dan bakal suami yang dibenarkan masuk ke dalam Pejabat Agama.
Di studio sesi photografy
Pakai Mask...inilah dia norma kehidupan baru
kesan Wabak menular ..Semoga wabak berlalu dengan
kehendakNya. Aamiin.
30 تعليقات
Tahniah cikgu dapat sambut menantu.
ردحذفLawo menantunya.
semoga kekal selamanya dan selamat pengantin baru untuk anak cikgu =)
ردحذفSepupu kahwin 3 Jun. Sama gak. Hanya wali, saksi.
ردحذفSaya anak kedua etuza,terima kasih yg mendoakan, amin ya rabbal alamin.. semoga semua ibadah kita dirahmati oleh allah s.w.t.. terima kasih banyak2x kpd semua family terutama bapa dan dan mama yg banyak membantu dan dan menyokong saya untuk meneruskan pernikahan dengan isteri tercinta🙂
ردحذفAlhamdulillah..barakah lakuma..
ردحذفTahniah kpd etuza krnan dpt menantu. In Shaa Allah raya thn dpn dpt cucu plak. Nanti lps PKPB boleh la buat kenduri.
ردحذفTahniah cikgu etuza kerana dapat menantu. moga Allah memberkati kedua mempelai serta kedua belah keluarga.
ردحذفalhamdulillah tahniah etuza dan selamat pengantin baharu buat anak dan pasangannya
ردحذفTahniah, dapat menantu dan ahli keluarga baru... semoga kekal bahagia till jannah untuk pengantin baru.
ردحذفTerima kasih, aamiin ya rabbal alamin
حذفAlhamdulillah...terima menantu ya cikgu..cantik manis sipengantin..moga kekal berbahagia hingga ke syurga
ردحذفAlhamdulillah tahniah buat cikgu sekeluarga terutamanya buat anak lelaki cikgu.
ردحذفTulus ucapan dan doa cikgu, sy aminkan semoga anak menantu cikgu bahagia hingga ke jannah aamiin.
tahniah dapat menantu..insyaAllah didoakan nnt dapat cucu pula.
ردحذفTahniah dapat menantu, Cikgu Etuza. Selamat pengantin baru untuk anak cikgu.
ردحذفAlhamdulillah tahniah Cikgu Etuza, mama dan Ikmal..
ردحذفDiam2 dah bermenantu..
Pengantin bak pinang di belah 2, kacak bergaya dan ayu.
Alhamdulillah ..seru anak dah sampai umi..
حذفTahniah..selamat pengantin baru buat anak Etuza...
ردحذفTahniah Etuza, dpt menantu... moga kekal till jannah... aminnnn!
ردحذفTahniah cikgu dapat menantu dan selamat pengantin baru buat anak cikgu :)
ردحذفmashaAllah senyuman pengantin baru.. tahniah dapat ahli keluarga baru~
ردحذفWahhh tahniah dapat menantu, selamat pengantin baru kepada anak menantu dan semoga cepat dapat timang cucu!
ردحذفAssalam, tahniah cikgu etuza beroleh menantu. Alhamdulillah, tumpang gembira. Berseri2 wajah anak lelaki etuza kan kegembiraan dpt mendirikan rumahtangga dgn insan tercinta
ردحذفaSALAMUALAIKUM ,,TERIMA KASIH YA, ucapan tahniah yang ikhlas..terima kasih doa teman blogger
ردحذفAlhamdulillah dan tahniah
ردحذفSyukur alhamdulillah .. Tahniah tahniah tahniah Ikmal
ردحذفtahniah tuan cikgu...
ردحذفanak tuan hensem bapanya juga hehehehe..
semoga pasangan mempelai kekal hingga ke hujubg usia..
aamiin
Sahabatpoker
ردحذفInformasi Kesehatan
Informasi dan berita game terupdate
Terima Kasih kongsi pengalaman proses pernikahan Pada fasa ini.
ردحذفTahniah.
tahniah dpt menantu bah.. 😅
ردحذفAlhamdulillah wak lat..terima kasih datang baca blog ini ya
حذفAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.