Madu Asli Berkhasiat
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua
Madu dalam gambar adalah buah tangan anak dari Mesir tempoh hari..
Nampak madu dalam botol cantik , ada empat botol semuanya. Madu dalam botol itu adalah buah tangan dari anak yang balik dari Mesir tempoh hari. Sebelum anakanda balik ke Malaysia dan kembali ke Sabah, Etuza ada berpesan belikan ayah madu di Mesir. Boleh lah sebotol, tetapi dapat empat botol pula..syukur alhamdulillah ..baiknya anak Etuza tukan.. nak rasa madu dari Mesir dan madu itu pastilah dari serangga yang bernama lebah. Hebatnya lebah ni mampu mengeluarkan madu yang begitu banyak dan amat-amat berkhasiat untuk kesihatan lelaki dan perempuan. Hebatkan ..inilah zat kasih sayang Allah kepada hambaNya. Allah beri manisan yang bukan dari gula.
Madu dari Mesir boleh tahan harganya tu anak beritahu dalam kiraan RM30 lebih ringgit. Seingat Etuza begitu dia beritahu, jika tidak silap. Rasa madu ni sama saja yang Etuza rasa madu dari Malaysia atau dari Sabah. Lembut, manis dan kecairan yang memang madu asli lah madu dari Mesir ini. Etuza beri tahu kepada anak-anak seisi rumah minum madu bukan main tuang saja ke mulut tetapi guna sudu plastik, baca selawat dan minum setelah dicampurkan dengan air segelas atau langsung ke mulut sesudu madu dan minum segelas air awal pagi.
Madu tualang memang tak boleh jika tidak dibeli dan seisi keluarga meminumnya. Madu tualang agak pekat dan sesuai sekali di minum oleh orang dewasa. Madu tualang ni produk keluaran Malaysia. Di Keningau ada satu stokis memang banyak stok, Etuza menjadi pelanggan Madu Tualang di stokis ini.
Khasiat Madu Asli banyak..jemput kawan-kawan pembaca klik laman ini untuk lebih faham khasiat madu asli. Ha jangan malu-malu klik laman ini. INFOR KHASIAT MADU ASLI. dan ada banyak lagi laman mempormosikan khasiat madu asli ini. Satu lagi Etuza nak bagitahu. Minum madu asli SUNNAH nabi kita. Cubalah minum madu hari ini.KLIK SINI lagi. Klik Cara Minum Madu Yang Betul.
10 تعليقات
Jika di rumah, madu digunakan untuk merawat batuk & semasa anak "bujang junior" kecil dulu, dia ada asma, mmg amalkan madu, alhamdulillah bebas dr lelah.
ردحذفSyukur Umi anak lelaki Umi sihat dengan minum madu tu..alhamdulillah
ردحذفBagus amalkan minum madu asli kerana banyak khasiatnya.
ردحذفlamanya x datang komen kat sini..nama pun x masuk dlm list top komen heeee
ردحذفnak tahu madu asli ke tak ..cuba bermadu baru tahu akakakak...gurau jek
ردحذفmadu asli mmg mahal... kat pasaran skrg susah nk bezakan madu asli ke x..pernah la dgr org ckp..kalau madu asli semut x suka...pastu letak dlm peti sejuk x beku.ntah betul ke x teori tu
ردحذفrm30 SEBOTOL? mmg agak mahal sbb botol kecik je tp klau mmg madu asli khasiat x dpt d sangkal
ردحذفmadu ni memang elok sangat di amal.
ردحذفkalau batuk, sy akan buat air asam jawa+madu.
ردحذفmadu mmg banyak khasiatnya terutama untuk jaga kesihatan kan Mr Etuza. :)
ردحذفAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.