Resipi Kuih Sakoi Aroma Bawang Putih Mama

Resipi Kuih Sakoi Aroma Bawang Putih Mama

Resipi Kuih Piang Aroma Bawang Putih Mama

Disediakan oleh mama hari ini..semua nak serba dua
dimakan dengan elcafe coffie Brand Elken
Oyesssa! Terima Kasih Mama.

Ini keadaan semasa dibuat dan selepas di goreng.
Lembut juga dan bolehlah sebagai alas perut SARAPAN PAGI hari ini.

Resipi Kuih Sakoi Aroma Bawang Putih.

Bahan2nya adalah.
1. 1 kg tepung gandum
2. secubit garam
3. secukup rasa gula..
4. air perahan bawang putih disaring.
5. kuantiti air yang sesuai 
6. setengah bungkus moripan ( ragi/yes)

Cara penyediaannya.

1. gaulkan semua dan perapkan selama 30 minit.
2. setelah 30 minit diperap cubit ke talam dan leparkan..
dan belah dua.
3. potong dan goreng ke kuali yang minyak sedia panas.
4. jangan lupa selalu tebalikkan agar kekuningan masak sama rata.
5. dah masak angkat sejukkan dan makan bersama 
elcafe coffie anda.

Selamat mencuba.

Banyak sampai sebesen besar..mama dah bagi kat rumah ibu dia
adik dia dan beberapa untuk ibu dan ayah Etuza.

Kuih bentuk lain tu ha ini kerja dua anak manja Etuza ..
tak mahu ketinggalan menguli do kuih sakoi mama tapi..
anda tengoklah lain betul bentuknya..ha masuk blog dah..
Anak-anak seronok belajar memasak dengan mama.

Minum lagi minuman brand marigold yogurt

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

50 ulasan

senang je nak buat nya. boleh try ni :)

Wah sedapp nya...boleh la kirim kan ke melaka..hehe gurau je..mcm kuih cakui kalau di smnanjung

Macam kuih cakoilah cikgu......Tapi kat Semenanjung kuih cakoi tak de perahan air bawang putih..... Untung anak anak dan bapak anak dapat mama rajin kan....

klu tgk btk tu mcm kuih cakoi yg cina selalu mkn ... mmg best buat sarapan ...

sdap ni..blh cuba ni..:)

Sekali pandang nampak macam cakoi. Bezanya yang ini ada bawang putih.

Fuyoo banyaknya.. Pasti terbaik rasa dia kan cikgu? :)

Cepat pergi cuba buat hehe :)

Sama saja kuih cakoi lah tu..tapi di tempat Etuza biasa kuih ni kuih piang..sebab ada tanda belahan dua tengah..di piang so kuih piang ..

cal banyak di jual kan di Pasar Malam Keningau..tapi ni mama buat untuk seisi keluarga ya

ya lah tu Nom kuih cakoi lah tu..kat kampung Etuza kuih piang kata mereka..ada rasa bawang putih sedap dan lembut ja...hehehe

Mcm best je..Nanti blh lah try...hihihhi

Kalau tambah air bawang putih, tentu lebih sedap dan wangi..

Kegemaran suami saya tapi isterinya tak rajin bab2 uli doh, jadi beli jerlah..

Betul tu Farah, kuih cakoi tu..

senangnya... kalau tak guna 1kg tepung xboleh ke... huhuhu... nak cuba dulu...

Cik Ash boleh juga, sasuaikan kuantiti ..agak2 ja bahan ramuan yang lain ya..garam tu biar sikit juga yang banyak nanti masin tak sedap

sama ja tu umi ..yang dibeli lagi canti ..halus dan lembut..ni mama buat kerana nak manfaatkan masa..pagi hari ini hujan hingga ke petang ..so makan dan makan....)

Asalamualaikum semua..mohon maaf Etuza dah silap bagi nama kuih ni..patutlah ramai blogger keliru. ya ni baru mama bagi tahu Etuza kuih sakoi..dia dah bagi warning ..tak dengar ke ..kan dah kata kuih sakoi..kuih piang tu yang ada inti kacang hitam..ha tu betulkan katanya..mohon maaf...tadi tak bagitahu dia masuk blog resipi dia..

Bertuahnya Cikgu dapat isteri yang punyai kepandaian & rajin.

dah serupa dgn kuih cakoi kat semenanjung ni cikgu...cuma cakoi tak letak air bawang putih ja

first time dgr ayat piang ni

heheheh... silap plak..
sakoi pernah la dgr..

Alamak..bentuk apa anak-anak buat tu?
Depa makan tak?
Kuih cakoi / kuih kocok..

bookmark resepi !
senang sangat nak buat.... sha memang suka aroma bawang putih..

Selera pulak tengok pagi2 ni hehee.. best.. :)

terima kasih kepada semua yang drop komen dan menyenangi resipi mama ini mengena kuih sakoi yang mudah

di sana..panggil nya Sakoi yek..di sini biasanya JM panggil cakoi..mmg sedap dan lembut je kan..mkn ketika panas..mmg sedap lah terutama musim hujan seperti sekarang

kak Umi..byk nye tinggalkan komen hihihih...larik!!!!

Zarul...cangkol? ke Cangkul eheheeh....cangkol ke Cakoi...org kedah sebut kuih Cangkol ke..ahaha..lawak lah Zarul nih

Zumal try lah buat nanti jemput sis JM mkn..boleh?

berapa byk bawang putih yg perlu di saring tu cikgu..ishh..kalau letak bawang putih nanti berbau pulak mulut

kuih tu makan begitu sahaja..x der sos/kuah ke..biasa JM mkn ada sos baru bertambah-tambah sedapnya

Sha ..klau buat nanti pos ke sis JM sikit boleh ehehehe

hai Carl..nak cuba mkn masakan dari Nani ke hikss

Banyak erkkk? x sedar, hi3

JM bawang putih yang kecik kecik ja ya ada 8 biji hancurkan ambil airnya saja. Huuu Jm tak ada lah berbau mulut malah aroma sedap sekali..Etuza pelik juga mana mama dapat resipi ni..tak pernah2 dengar ada bawang putih..tapi serus ada aroma yang lembut dari bawang putih ...gerenti sedp loo

Pelik JM, kita makan gitu jer, sedap apa..

Cer Jm cuba buat & masukkan bawang putih, sedap woo, jgn lupa pos ke sini seketul dua..alamat dah adakan?

Akakpn panggil cakoi juga

kalau pos dah sejuk tak sedap..perlu panaskan semula

JM kalau mkn mesti cicah kuah kacang...urrmm...dapnyeee

xpet, akak boleh panaskan semula, janji air tangan JM, ahakkk

Selera memasing, hujan2 makan cakoi dengan kopi o panas, fuhhhh meletop.. ( maklumlah asalnya dari kampung)

apasal saya terjumpa entri lama? penuh dgn komen saya n JM

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (424) Ceritaku (411) Berita (376) Agama (359) Dunia Blog (320) Promosi. (299) Doa (284) Tips Blog (264) Info Lelaki (261) Pengalaman (232) Anak (210) Nasihat (202) Pendidikan (198) Rasa Bahagia (178) Kasih sayang (175) Berita Keningau (163) Hadiah (146) Pelancongan (128) Gambar (118) Alam Semulajadi (115) Segmen (101) Sejarah (101) Ekonomi (99) Keluarga (80) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (57) Isu Semasa (57) Cinta (54) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Resipi (41) Bunga (39) Cari Makan (37) Motivasi (34) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (28) Sajak (28) Sahabat Blog (25) Harijadi (24) Percutian (23) Haiwan (21) Masyarakat (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Tips (19) Perkahwinan (18) Seni (18) Artis (17) Sukan (15) Petua (10) Sekolah (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Lanskap (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Jantung (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger