Blogger Malaysia Review By Etuza Siri # 6
Pilihan kali ini ialah Blogger Umi Alya
dan blog Diari Hidupku.
Ini ialah header Blog Umi Alya - Diari Hidupku. Kreatif dan oleh
kerana blog header Diari Hidupku Etuza bagi nampak seolah
olah Header Diari Hidupku ada binding book. Nampak seolah
kita selak tiap lembaran Dairi Hidupku milik Umi Alya.
Setiap blogger ada tujuan dan matlamat berblog, sekalipun blog yang diwujudkan itu sekadar blog peribadi. Paparan entry hanya terhad kepada paparan sekitar aktiviti keluarga mahupun berbagai termasuk pengalaman semasa membuat pelancongan serta aktiviti yang lain yang melibatkan anak-anak. Sangat bagus jika dapat diabadikan kenangan itu di dalam blog. Sekurang-kurangnya diri sendiri dapat menatap kerja dan usaha kita di blog. Jika dikongsi secara umum kepada awam maka kesan yang akan terjadi ialah blog kita akan menjadi tempat rujukan kepada ramai pengkaji dan pembaca maya.
Seperti blog Dairi Hidupku, paparan yang kita lihat adalah pelbagai tetapi lebih kepada perkongsian mengenai pendidikan anak-anak dan riadah anak-anak. Ini contoh blog yang baik dan perlu kita berikan pujian. Kerana merujuk kepada entry yang senang difahami oleh pembaca maya yang mungkin dijemput atau tidak. Blogger Umi Alya seorang ibu yang penyayang dan perihatin kepada perkembangan anak-anak. Menjaga kebajikan anak-anak dan memahami kehendak anak-anaknya. Tahniah Umi Alya.
Seperkara yang kita harus akur dan hormat pada blog Umi Alya iaitu bukan mudah untuk kita COPY apa-apa maklumat di blog Umi Alya. Blog bagaikan dikunci kerana bila kita klik gambar kita akan diberi tahu agar tidak sembarangan menyalin atau mengambil gambar tanpa kebenaran. Kepada Umi Alya usah tanya bagaimana Etuza mencopy dua gambar maklumat khas untuk menambah seri review blog By Etuza. Harap Umi Alya halalkan.
Kepada semua kenalilah blog Umi Alya Dairi Hidupku. Dia adalah blogger yang sebenarnya mudah untuk membantu kita jika kita ada masalah kita dalam berblog. Etuza berterus terang bagaimana rapat dengan blog Umi Alya ialah kerana Umi Alya selalu membantu bagi Etuza menyelesaikan masalah dalam berblog. Etuza pada awal aktifkan diri berblog pada blog P&M Etuza sering menemui masalah. Fikiran Etuza buntu dan tidak dapat berfikir mencari penyelesaian. Umi Alya lah yang membawa Etuza kuatkan semangat berblog dan kuatkan usaha cari dan cari penyelesaian masalah.
Untuk cadangan membina blog baru dan tinggalkan blog PESONA yang bermasalah itu juga dicadangkan oleh seorang blogger iaitu blogger BUNDA. Terharu sangat dengan usaha mereka memulihkan keinginan Etuza untuk berblog. Kepada UMI ALYA teruskan usaha berblog, cuba lahirkan idea yang lebih bernas dari masa ke semasa tetapi mengekalkan paparan bagi model kesayangan iaitu Alya yang cute comel itu. Terima kasih blogger Umi Alya kerana sentiasa menceriakan blog Etuza dengan komen membina. Semua komen Umi dan blogger lain adalah WARNA - WARNA yang menghiasi laman BLOG PESONA & MUSTIKA. Teruskan usaha itu.
Tambahan infor kejayaan besar blogger UMI ALYA ialah :-
1. Mendapat hadiah pengkomen terbaik dan cemerlang edisi oktober dan november 2014 di blog Etuza.
2. Penerima Naib Johan program pencarian anugerah tropi untuk blogger anjuran Etuza 2014. KLIK SINI
Syabas & tahnia Umi Alya.
Banner ini hasil kreativiti Etuza, tetapi di copy dari laman Dairi Hidupku.
Iaitu blog Milik UMI ALYA. Nampak sangat berbudi bahasa banner ini.
Sangat menyegarkan mata dan menyejukkan rohani kita. Kerana
mesej yang sangat bermakna.
Nota untuk UMI ALYA : Kalau nak copy dua gambar yang Etuza
hasilkan ini silakan copy ya..manalah tahu untuk tambahan Imej
pada entry Umi Alya yang baru. Jika suka lah ya Umi Alya.
Pantun Khas Untuk Blog & Blogger UMI ALYA.
" Hari-hari blog ditadbir,
Janganlah lupa sarapan pagi,
Kalau amalkan hidup ceria berseri,
Pasti bahagia hidup bersinar."
" Si kecil Alya anak yang ceria,
Menjadi model blogger Umi Alya,
Kita berblog salurkan informasi yang ada.
Ramai pengunjung melihat dan membaca."
Nota : Blog review pilihan Etuza edisi # 6 . Tahniah kepada
Blogger Umi Alya yang baik hati.
Blogger Umi Alya yang baik hati.
30 Ulasan
Terima kasih Cikgu di atas entri ini, segan pula rasanya sebab banyak kali dah Cikgu review.
BalasPadamTak apa Umi ini khas review bagi 11 blogger yang berjaya join program tropi tu..antara ganjaran adal review..kena baca ..mana tau ada yang tak selesa kan..)
BalasPadamUntuk pengetahuan Cikgu dan rakan2 yang lain, sebenarnya Diari Hidupku adalah blog kedua, hampir 90% menceritakan suka duka kami.
BalasPadamhttp://mimialya1.blogspot.com
Sebenarnya laman utama saya adalah Coretan Peribadi yang pada awalnya diwujudkan mengenai perjuangan saya di dalam penyusuan susu ibu khasnya buat Alya (sepanjang umur dia, saya tidak pernah bekalkan susu formula biarpun saya seorang ibu bekerjaya).
Info2 lain yang ada boleh dijadikan rujukan mereka di luar sana dan boleh dikatakan ia hampir berkait rapat dengan kehidupan seharian saya tapi sekarang agak terbiar sepi.
Rasanya ramai rakan2 terkeliru jika tersinggah di laman Coretan Peribadi.
http://mimialya.blogspot.com
Buat Kak Kamsiah, Bunda, Hainum OKjer dan teman2 yang lain, mohon maaf di atas kekeliruan ini.
kak umi kenapa JM x jumpa HOST http://mimialya1.blogsput.com tetapi hanya ada http://mimialya.blogspot.com. Coretan Peribadi atau Diari Hidupku...mmg konfius
Padamakhirnya JM sudah tidak confius lagi sudah temu jawapan nya :-)
PadamSebab Diari Hidupku tiada di dalam carian google..
Padamaha...JM dah add to my new bloglist reader
PadamTAHNIAH N SYABAS UMI ALYA..HAPPY BLOGGING.
BalasPadamTerima kasih Paridah
Padamcikgu etuza kongsi link blog http://www.ohdunia.my/ ke...bila JM klik link kat atas tu akan prompt ke website oh dunia..ingatkan link ke blog kak Umi Alya
BalasPadamAs'salam JM ya ..sebab terkesan juga dengan kematian tu ibu tua yang terjatuh..baru Etuza baca lalu link ..untuk kita baca al Fatiha arwah ibu Awie..mohon maaf jika ..JM tak berapa selesa ya.
PadamCikgu..JM x faham pada mulanya kerana tidak di nyatakan link tersebut tiada kaitan dengan tajuk entri melainkan cikgu maklumkan marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada Arwah ibu Awie. Boleh klik link ini. JM dapat tahu semasa tengok maharaja lawak 2014
PadamAl-Fatihah kepada Arwah. Tiada istilah selesa atau tidak :-)
Al fatihah kepada arwah
PadamJM kenal blogger kak Umi Alya dari blog cikgu Etuza..beliau seorang yg baik hati dan peramah
BalasPadamTerima kasih JM....saling menyokong..Jm memang blogger yang baik..
PadamJgn puji lelebih cikgu...kembang kempis hidung JM tau heee
PadamAkakpun dah anggap JM sebagai adik biarpun di alamaya cuma
PadamTerima kasih kak Umi XOXO
PadamTernyata Umi ni seorang blogger yang berpengetahuan luas dalam bidang setting2 blog ni...tahniah Umi...
BalasPadamIdok juga Bunda, sayapun masih belajar dan terus belajar tanpa jemu, banyak lagi ilmu yang perlu digali.
PadamLagipun kami saling tegur menegur jika ada kesilapan di mana2 pihak, semuanya perlu diterima dengan hati terbuka.
amboii, panjang lebar chatting kat sini yea, izinkan saya menyampuk yea..tahniah UA, dan tahniah kpd yg yg lain-lain juga, moga kita saling memberi manffat sesama kita dan kpd siapa saja yg sudi singgah di sini.
BalasPadamTerima kasih kak Azie :-)
PadamKami berdua tiada wasap, jadi disinilah tempat kami berchatting..
PadamNor Azimah nak join sekali, meh.. kami tunggu, Cikgu Etuza pasti tak marah kita sebab menyalahguna laman ini.
wah ayie pon kdng2 menjengah ke sana juga
BalasPadamTerima kasih datang menyerikan laman P& M..ruang komen ni inilah antara kegunaan ruang perbincangan antara blogger..
BalasPadamTahniah ya UMI ALYA ..seronok kan bila ada yang sudi REVIEW blog kita hehhe
BalasPadamTerima kasih Lya...
Padamtahniah wat rakan blogger umi alya...hihihih
BalasPadamTerima kadih Deanna Morni
Padamwah untungnyerrr tahun depan nak juga la hahah
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.