Berhari Raya Lagi, Rumah Saudara Sepupu

                                                    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Asalamualaikum & salam sejahtera semua.

Nampaknya ada lagi majlis hari raya terbuka yang diadakan, bulan Syawal selama sebulan memungkinkan masih ada rumah yang mengadakan Hari Raya Terbuka tersebut.

Abadikan kenangan pertemuan saudara yang hadir di
hari raya terbuka keluarga Haji Ahadin di Kampung Penagatan Ulu.

Jemputan kali ini dari Keluarga Besar AGRA dari kampung saya. Jemputan pada 28/4/2024 bersamaan hari Ahad pada sekitar jam 1.00 hingga jam 6.00 petang. Rumah terbuka raya tersebut adalah keluarga Haji Ahadin Bin Haji Arinin yang hanya sebelah rumah ibubapa Etuza. Mereka sebenarnya SAUDARA SEPUPU Etuza. Disebabkan saudara sepupu dan apatah lagi jiran sebelah maka kami sekeluarga hendaklah hadir hari raya terbuka ini. Pasti ramai saudara dan jiran yang datang jauh dan dekat memeriahkan majlis gembira ini.

Gambar kenangan kami di hari raya 2024, di halaman rumah Haji Ahadin 

Rumah kami bukan di kampung tetapi di tanah kebun dan agak jauh dari rumah saudara sepupu ini. Hanya rumah asal kami yakni rumah ibubapa Etuza bersebelahan dengan rumah keluarga Haji Ahadin ini. Datang ke rumah mereka pun bukan susah sangat hanya sebelah kanan jalan raya kampung sahaja. Masuk kampung sahaja kita akan nampak terus conopy dipasang. 

Alhamdulillah hari raya terbuka ini sangat meriah, tanpa riuh dengan karoke atau muzik lagu hari raya. Keluarga mereka melayani tetamu, mempersilakan mengambil juadah  lazat seperti soto, kolupis, nasi, lauk daging payau ( rusa) dan ada aiskrim disajikan. Subahanallah. Sekadar mengambil soto, makan kuih dan ambil kolupis ( nasi bungkus daun, tradisi Sabah) serta kuahnya dan minum segelas mineral amat lumayan bagi Etuza. Alhamdulillah, dapat bersembang dengan beberapa saudara lain dekat dan jauh walaupun bukan semua. 

Kepada keluarga Haji Ahadin, terima kasih atas jemputan semoga dilimpahkan rezeki dan amal jariah seumpama ini diberkati diramati Allah. Semoga kita semua bertemu ramadah akan datang dan dapat merayakan kemenangan berpuasa sebulan dan Allah kurniakan hari gembira iaitu HARI RAYA lagi, aura raya memang lain . Aamiin.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.