Tujuh Tahun Miliki Blog Di Sosial Maya, Apa Yang Aku Ada

Tujuh Tahun Miliki Blog Di Sosial Maya, Apa Yang Aku Ada


Asalamualaikum & Salam sehati sejiwa.

Pagi ini, termanggu melihat paparan blog kesayangan ini. Sesekali klik ke blog kegemaran yang memang tidak sah jika Etuza tidak terjah melihat apakah cerita mereka di online maya sosial ini.

Terfikir satu persoalan dalam minda ini, iaitu " Tujuh Tahun Miliki Blog Di Sosial Maya, Apa Yang Aku Ada" Ya apa yang Etuza telah ada sebaik 7 tahun kini dalam arena blogger Sabahan.Terasa hendak tanya pada diri sendiri. Lalu inilah hasilan entri terbaru hari ini. Sebuah kenangan melewati tahun demi tahun aktifnya Etuza dalam arena blog yang ada kala memang mengasyikkan jika tidak tahu cara menjadi blogger berhemah.

"Tujuh Tahun Miliki Blog Di Sosial Maya, Apa Yang Aku Ada " Sejujurnya Etuza miliki sebuah kenangan bagaikan layar kehidupan. Berdasarkan gambar-gambar suntingan Etuza ini, terpamer banyak kenangan sama ada diabadikan dalam blog atau tidak semuanya bagaikan terpamer sebaik melihat gambar kenangan Etuza ini.Untuk gambar 2005, sebenarnya ini gambar candid yang anak Etuza rakam, anak Etuza waktu itu 8 tahun Mohammad Irfan namanya, memang asal pegang kamera dia klik2 banyak kali bagaikan tak mau  kamera dilepaskan. Etuza saja post style begitu untuk bagi Irfan rasa seronok hanya main - main sahaja, rupanya elok saja gambar ini, apa salah kita simpan rapi buat tatapan di hari tua. Betul kan..ada ke yang tidak setuju? Gurau saja ya.


Keduanya sebagai blogger kecil-kecilan ni, Etuza sempat mengenali ramai bloggers di Malaysia yang sangat-sangat memahami antara blogger. Mereka menyapa dan tidak lokek memberi doa dan hadiah. Etuza anggap ukuhuwa antara blogger begitu rapat. Semoga persahabatan maya ini sentiasa berkekalan dan terjaga hubungan sesama hamba Allah. Ramai blogger yang memberi hadiah kepada Etuza. Setakat ini untuk blogger Sabah Etuza ada menemui 5 orang blogger. Namun pemilik blog Sentiasa Panas dan All About Love sahaja yang seiringan dengan Etuza aktif berblog.Kesimpulannya enjoy lah berblog dan dapat miliki ramai kawan alam maya. Best juga dalam berkomunikasi hanya kata tanpa suara tanpa semuka wajah tetapi masih melihat senyuman blogger menerusi gambar dalam blog. Setuju kan...

Gambar Kenang-Kenangan Etuza di Blog Personal.

Ketiganya Etuza dapat applikasikan ilmu menggunakan Teknologi Komputer. Dengan adanya blog sedikit sebanyak dapat tambahan ilmu mengurus blog dan beberapa kemahiran yang ada. Bukan banyak sangat ilmu tetapi ada lah yang dahulu Etuza tidak faham kini memahami cara kendalikan blog dan edit beberapa perkara. Rasanya ramai juga orang lain yang belum tahu kendalikan blog ini. Kesan dari pengalaman ini, Etuza bolehlah melayari online apa bila keperluan daftar itu ini dalam perkhidmatan online.Memang banyak kegunaan dan dapat Etuza simpulkan dengan berblog dapat tambahan ilmu ICT.

Keempat, Etuza dapat melihat pengalaman blogger lain dalam pelancongan mereka di merata dunia. Lihat sahaja blog blogger Blogger Jari Manis, Khairuddin Lim, NurZakiah Hanum dan ramai lagi. Hebatnya percutian mereka ke sana sini. Mereka ini boleh kita katakan mereka miliki rezeki yang murah apabila dalam setahun itu mereka pergi melancong banyak tempat. Hebatnya.Pada Etuza jika tidak ada blog sendiri kita tidak akan faham kegembiraan orang lain. Tetapi dengan adanya blog Etuza dapat rasakan bersama detik kegembiraan mereka. Etuza yakin Allah beri pahala pada mereka kerana mereke kongsikan kegembiraan kepada umum. Saya yakin...mereka paparkan gambar pelancongan bermakna mereka kongsikan keindahan yang Allah perlihatkan kepada mereka kepada kita juga. dapat kah anda rasakan juga begitu.Bagus ya...

Gambar travel ke Osaka Jepun ..
Inilah antara momet yang Etuza tidak akan lupakan.
Pertama kali Flight ke luar negara..

Tampilan Istemewa Khas Untuk Kerluargaku, Kepada Teman Blogger
Biasa Sahaja, Tetapi Cukup Memberitahu Inilah Sebenarnya Etuza
Yang Anda Kenal Menerusi Alam Maya. Jika Ada Yang Baik
Semuanya Kita Puji Kepada Allah Yang Menciptakan Kita Dan
Memberi Kita Kebahagiaan Dalam Kehidupan. Berblog? Bahagia Tau!!

Sekadar perkongsian "Tujuh Tahun Miliki Blog Di Sosial Maya, Apa Yang Aku Ada" Baca lah ya apa yang aku ada.Banyak lagi tetapi setakat ini dahulu. Bye.Selamat bercuti sempena hari raya haji 2016.

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Tahniah dah lama rupa jya Etuza berblog ni
    Kaknoor rasa nya baru 4 tahun kot
    Tapi selalu lupa nk buat entry anniversary blog haha

    BalasPadam
  2. wow 7 tahun..sifu ni.. Unni newbie lagi..mohon tujuk ajar.. yang paling best sabahan blogger tu..

    BalasPadam
  3. Tahniah Etuza
    Diam tak diam dah 7 tahun umur blog ye..
    Akak baru 4 tahun dalam dunia maya blog ni..
    Masih lagi mencari2 entri utk di lakari hihihi..

    Teruskan berblog etuza :)

    BalasPadam
  4. 7 tahun, hampir sama dengan saya..

    BalasPadam
  5. Cikgu etuza semakin hensem berbanding dulu..;)

    BalasPadam
  6. SP hehehe hakikatnya makin berumur..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.