Miliki Visi Dan Misi Blog
Inilah meja Etuza untuk urus blog Etuza..Siapa milik blog tu sedang di baca kemarin ... ha blog Cikpinz lah... |
Asalamualaikum & salam sejahtera hari ke dua Jan 2016.
Tahun baru 2016 yang baru semalam menjelma, nampaknya masih dalam paparan ramai blogger dalam blog peribadi mereka. Seperti juga Etuza masih suka letakkan banner atau gambar tahun 2016. Ha ini lah kesempatan sebenarnya kepada blogger di sana mencuba cipta banner atau logo 2016, manalah tahu menjadi sumber pilihan para pengkaji khasnya di kalangan pelajar sekolah atau pelajar IPTA kan. Baiklah cerita sebenar teruskan pembacaan ke bawah.
Miliki Visi Dan Misi Blog
Blogger baru atau lama sebenarnya kena ada visi dan misi blog agar tidak tersasar pengisian dalam blog anda. Etuza ada membaca tentang Panduan Blogger dan Pengembangan Blogger, dalam buku sumber ini menyatakan bahawa visi dan misi harus dimiliki dalam blog. Dengan itu inilah masanya sempena tahun baru yang hangat ini kita war-warkan apakah visi dan misi blog kita sendiri.
menarik blog itu jika ada kehadiran komen yang membina dan terjalin ukuhuwa |
Bukan hanya seorang peniaga atau usahawan sahaja yang patut memiliki visi dan misi yang jelas.Hakikatnya, dalam melakukan apa-apa pun dalam mencapai hasil yang diinginkan kita memerlukan visi dan misi yang jelas,tidak terkecuali aktiviti blogging. Menarik kan. Oleh itu mari baca VISI dan MISI Blog Etuza Warna-Warna Kehidupan ini.
Visi Blog Etuza
* Berusaha sedaya upaya mengurus blog dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat kepada ramai pembaca dan masyarakat di mana sahaja berada. Mengurus blog dari segi penyampaian isi entri-entri yang menarik perhatian pembaca, kepuasan kepada diri sendiri dan keluarga, memperbaiki kualiti bahasa dengan mengelak dari segi kesilapan ejaan serta mengelak dari menyentuh sensiviti masyarakat walau di mana.
** Meningkatkan jumlah follower atau pengikut blog serta menjadikan blog Pesona Etuza Warna - Warna Kehidupan sebuah blog yang turut di kenali ramai seiring dengan blogger lain yang sedia terkenal di Malaysia. Dengan visi ini maka pasti usaha berterusan blog ini akan dilakukan dan tidak mustahil jika carian di google akan tertera blog Etuza apabila pelbagai keyword atau adwords di gunakan oleh pembaca atau pengkaji di laman sosial.
*** Visi terakhir ingin jejaki langkah para blogger yang aktif dan banyak pengetahuan menyalur informasi semasa dalam blog, baik iklan pekerjaan, atau apa juga keperluan masyarakat akan cuba di masukkan ke dalam blog Etuza ini. Walaupun bukan sentiasa ada tetapi akan ada kepelbagaian informasi keperluan masyarakat. Sebagai contoh lain infor tarikh - tarikh kemasukan ke Universiti tarikh updated BRIM dan sebagainya. Semua itu amat di perlukan oleh pembaca maya.
Misi Blog Etuza
Secara ringkas MISI blog Etuza ialah sebagai satu tempat menzahirkan cerita hidup yang sebenarnya dalam kehidupan Etuza dan keluarga serta sedikit kerjaya Etuza sebagai bahan yang ikhlas di kongsi kepada umum. Hendakkan juga penyampaian cerita dan pengalaman serta pengetahuan lain seperti keagamaan itu tidak menyentuh atau menyinggung emosi orang lain, melainkan ingin mempertahankan bahawa jika ada ilmu dalam cerita itu maka masyarakakat dapat manfaatkan untuk kesedaran dan menambah keimanan kepada Allah yang maha kuasa.
Segala cerita itu bukan didasari atas rasa dendam, benci tetapi catatan yang maha ikhlas dan jujur dari hati dan berdasarkan pengamatan kehidupan Etuza, keluarga dan masyarakat serta kehidupan alam haiwan, persekitaran alam berdasarkan pelancongan dan lawatan tempat tertentu walau di mana.
Ha..siapa tak kenal Etuza - suka letak gambar tapi OPP!! bukan gambar SELFI ya...tak suka selfi The new gambar ketika ke rumah ayah bunda Etuza |
Kesimpulannya.
Itulah VISI dan MISI blog Etuza. Semua komen daripada blogger atau teman maya menjadi keperluan Etuza. Komen yang perlu di jawab akan di jawab tetapi komentar yang berbaur menjatuhkan dan menghina atau komen kasar dalam blog Etuza tidak akan di layan sama sekali. Semoga jelas VISi dan MISI serta peringatan Etuza ini. Sebarang masalah timbul sebaik anda membaca paparan catatan Etuza, itu adalah tanggungjawab anda sendiri kerana blog Etuza hanya meyiarkan perkara baik dan bukan memesongkan akidah dan pemikiran anda tetapi menjurus kepada anda pandai mengemudi perasaan dan applikasikan ilmu yang ada dalam blog yang biasa ini. Harap Maklum.
16 Ulasan
salam cikgu!,
BalasPadamsemoag terus dipermudah dan terus bersemanagat berblogging
Assalam Etuza semoga misi dan visi Etuza tercapai..Aamiin..
BalasPadamHarap di tahun 2016 Projek Blogger Utara boleh bekerjasama dengan blogger Sabah
BalasPadamAmin...amin...amin...berkat kesungguhan in sha Allah visi dan misi cikgu akan terlaksana...istiqhomah ya cikgu..
BalasPadamassalam semoga visi n missi blog cikgu berjaya dicapai insyaAllah.
BalasPadamvisi blg saya.. menjadikan ianya sebuah biografi hidup.
BalasPadammisi... menulis apa yang saya alami setiap hari untuk kepuasan diri dan panduan pembaca.
sasaran folower... nil
sasaran komen... nil
hepy new year cikgu..")
BalasPadamSalam 2016 buat cikgu Etuza sekeluarga. Semoga dilancarkan visi dan misi di tahun 2016 ini dan membawa lebih kejayaan serta keberkatan Nya... aamiin.
BalasPadamSalam ukhwah, lama saya tak berblogging hihii.. :) :)
nampak lain..bila cikgu mengaya jubah....
BalasPadamselalu nampak gambar cikgu kemeja ..t shirt...aje... :-))
sasaran follower ye cikgu..erm bagi blog yan..payah sikit nak cari follower
BalasPadamblog yana pon sebab tu yana lebih suka cari readers, macam blog kak yan :)
PadamAssalam. Jelas misi dan visinya..
BalasPadamDengan usaha jitu pasti akan berjaya..:)
BalasPadamSemoga terus maju dan berjaya dalam tahun 2016 dan seterusnya
BalasPadamBlogpun perlu ada misi visi ya Cikgu?
BalasPadamSaya perlu kurangkan aktiviti berblog untuk berikan tumpuan terhadap pembelajaran Alya.
BalasPadamDah masuk Tahap 1 perlu berusaha lebih demi masa depan dia
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.