Kejutan Awal Pagi 11 Jan 2016

Kejutan Awal Pagi 11 Jan 2016

Kejutan Awal Pagi 11 Jan 2016

 Asalamualaikum semua.

Pagi ini, bergerak lebih awal ke sekolah, kerana minggu ke dua persekolahan ini Etuza  diarahkan dalam jadual Guru Bertugas. Tugasan guru bertugas setiap minggu ini agak banyak juga, kerana awal pagi ada perhimpunan rasmi. Dewan kena sediakan. PA System juga dan kena kawal murid dalam perhimpunan. Akan jadi pemudah cara dalam perhimpunan.

Sebaik naik kereta Etuza terkejut apabila anak-anak Etuza menghulurkan kad purple pada muka depan kad yang di lipat tiga. Wah!! ucapan SELAMAT HARI LAHIR khas untuk ayah kesayangan mereka nampaknya. Etuza rasa terkejut, kerana ingatan seumpama ini, lebih bermakna dan amat memberi kegembiraan kepada Etuza berbanding kek yang hanya mampu di sumbat ke mulut, makan dan simpan seketika dalam kantung perut kita.

Dahulu anak yang selalu buat kad seperti ini ialah anak sulung Etuza yang sedang belajar di Mesir. Kalau tinggal di asrama, anak saya tu akan buat kad kecil-kecil dan simpankan. Lepas tu apabila balik rumah anak saya tu akan hulur kepada ayah dia ni. Wah!! rasa sangat dihargai dan memang anak-anak saya selalu ingat tarikh lahir Etuza. Bila mereka nampak apa juga hal Majlis hari Lahir penyanyi Siti Nurhalizah, mereka akan segera datang ke arah Etuza dan hulur salam sambil ucapkan Selamat Hari Lahir buat Etuza.

Sambutan Hari Lahir ( Pentingkah? )

Etuza sebetulnya jarang meraikan hari lahir Etuza dengan membeli kek bagainya. Tetapi cara Etuza ialah berdoa kepada Allah, memohon agar diberi kesihatan, dan paling wajib ialah kita mesti BERSYUKUR atas kurniaNya menambah usia kepada kita. Biasanya Etuza mesti memberikan hadiah kepada anak-anak dan isteri, Etuza selalu buat kejutan kepada mereka. Seperti kejutan hari lahir Irfan Etuza bawa anak-anak ke satu restoran dan adakan Majlis Doa Selamat sempena hari lahir Irfan baru-baru ini pada 24hb Dis 2015.Kadang kala Etuza akan ambil sehari bersedekah kepada sesiapa sahaja yang bernasib baik apabila Etuza raikan hari lahir anak-anak Etuza.

Bagaimana Sambutan Hari Lahir Di Sekolah.

Majlis sambutan hari lahir di sekolah setiap tahun. Boleh dikatakan setiap tahun Etuza dan beberapa rakan guru adalah pemula sambutan hari lahir yang diraikan bersama rakan guru. Di sekolah Etuza tidak dedahkan sangat tarikh lahir Etuza. Staff rasanya semuanya tahu terutama bahagian pentadbiran atau staf pejabat. Jika mereka ingat adalah ucapan tetapi apabila mereka tidak ingat tidak apa-apa bagi Etuza. Murid juga, semuanya murid atau kanak-kanak yang memang tidak tahu apa-apa tentang hari lahir Etuza. Kecuali beberapa orang tertentu yang sama bulan lahir dengan Etuza. Murid tersebut akan ucapkan selamat kepada Etuza. Pada Etuza cukup sempurna Ucapan hari Lahir ini apabila isteri dan anak-anak Etuza yang lebih mengingati dan membuat kejutan. Bersyukur atas ulang tahun kelahiran itu pada Etuza amat penting sekali. Syukuri lah nikmat ulang tahun kelahiran anda semua.

Terima kasih isteri dan anak-anakku..
Terlalu menyayangi kamu...
Yang amat ke sayangi...

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

20 ulasan

Hari lahir cikgu sama dengan siti norhalizah ya...Senang lah nk ingat .

happy birthday ! :)
semoga allah permudahkan urusan , dilimpahkan rezeki yang sebanyak nya.

Selamat hari lahir buat cikgu etuza. Moga bertambah hensem dan rajin berblog. Murah rezeki, sihat dan dipermudahkan segala urusan..:)

selamat ulang tahun kelahiran juga buat etuza, seronok kan bila2 dapat pemberian sebegini dari anak-anak..erm sama birthday DCT lak tuu hihi :)

Selamat hari lahir cikgu

bestnya nila anak2 buat suprise

Alhamdulillah...air tangan daripada anak anak lebih bermakna ya cikgu...

semoga dipanajngkan umur dan dapat terus berbakti kepada anak bangsa..selamat hari lahir cikgu etuza

betul kan PC...dapat dari anak-anak terasa lebih terharu

sama artis ya....muka cikgu etuza pun macam artis juga

Selamat hari lahir cikgu ;-))

Moga apa yang cikgu hajati tercapai..amin

Wah cantiknya kad ucapan tu. Kreatif hasil dari hati tu Cikgu ...

salam cikgu :)
wah seronok dapat kejutan

rasa sanagt dihargaikan cikgu .

moga dipermudahkan urusan cikgu

Selamat hari lahir..

oh ya, kita ada gak buat gak entri untuk Cikgu tapi tak bacapun, mau rajuk le kalu gini

http://mimialya1.blogspot.my/2016/01/buat-sahabat-maya.html

Isteri dan anak2 pasti ingat hari istimewa..

happy belated birthday cikgu.. semoga dipanjangkan usia dan diberkati Allah selalu..

pasti terharu apabila insan tersayang membuat kejutan di hari lahir..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger