Biskut Ais Jem Brand Khong Guan Mengimbau Kenangan Lalu

Biskut Ais Jem Brand Khong Guan Mengimbau Kenangan Lalu

Biskut Ais Jem Brand Khong Guan Mengimbau Kenangan Lalu

Asalamualaikum, bersiaran di laman Pesona Etuza pagi hari ahad.

Kali ini paparan dalam gambar memperlihatkan sejenis makanan yang sangat sinonim dengan Etuza suatu masa lalu. Ketika kanak-kanak Etuza hingga lah ke alam remaja, makanan biskut ini seringkali menjadi santapan Etuza dan keluarga pada suatu masa yang lalu.

Apa Cerita Menarik! Tentang Biskut Ini?

Mengimbas kembali zaman kanak-kanak Etuza, inilah makanan atau biskut yang ibubapa Etuza sering beli suatu masa dahulu. Mulanya Etuza tidak gemar memakan biskut bermahkotakan manisan berbagai warna dan corak pada biskut ini. Etuza rasa tak suka sebab biskut ini bulat dan kecil sahaja. Etuza fikirkan tidak mengenyangkan dan selalu membiarkan biskut dalam botol yang ibubapa Etuza beli untuk kami adik beradik. Masa itu selalu juga bertanya dalam hati " Kenapa ini sahaja yang selalu diberikan, tidak ada lain kah biskut yang lebih sedap?" Ha inilah pertanyaan yang bermain di minda Etuza.

Ibubapa Etuza kemudian menyatakan kenapa mereka selalu membeli makanan ini untuk kami adik beradik. Rupanya begitu sekali ibubapa Etuza berusaha memberikan makanan yang mudah untuk mereka dapatkan. Selain biskut mayat atau roti tawar yang diberi inilah juga biskut yang selalunya ayah Etuza beli. Rupanya ayah selalu beli biskut ini kerana menurut ayah masa tu biskut ini:-
1. Murah
2. Banyak dalam setiap kedai di Keningau masa itu
3. Bilangan biji biskut yang banyak dan menarik coraknya
4. Boleh disimpan lama dalam botol kedap udara
5. Boleh di bawa ke kebun dan menikmatinya selepas makan tengahari.
6. Corak menarik dan ada rasa aiskrim.

Betul kata ayah Etuza. Memang benar sekali, apa yang ayah kata itu sebenranya amat betul sekali dan Etuza tidak menyangkal kebenaran kata-kata ayah. Terima kasih kepada ayah dan ibu Etuza yang mengenalkan Etuza biskut ini. 

Secara tiba-tiba Etuza ternampak bungkusan Biskut Ais Krim Brand Khong Guan ini dengan harga RM2.50. Dibungkus cantik dan bukan pada plastik yang lutsinar tetapi dibungkus dengan lebih kemas dan yang penting sekali ada lebel HALAL. Hari ini biskut yang mendewasakan Etuza dan memberikan Etuza nikamt kesedapan rasa aiskrim menghias laman Etuza. Oh hidup Oh hidup..bagaikan putaran roda. Ingatan masa lalu sesekali berputar ke minda hanya dengan ingatan kepada situasi kita dibesarkan oleh ayah dan ibu kita.

Comel pula nampak dalam Mangkuk Hidang Cina
Bersinar Putih ini...Seolah nak ngap satu kan...

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

35 ulasan

Saya suka makan biskut ni Cikgu, warna warni, itu yang menariknya..

Sekarang ini ada juga beli untuk Alya, diapun gemar..

Biskut mayat??? Tiba2 nostalgia lalu dtg kembali..

Sedapnya jika dicicah dengan air kopi o pekat..

kenapa di beri nama biscut mayat?

JM pernah makan waktu sekolah rendah dulu..suka sgt sbb warna warni

sekarang ada kawan-kawan bawa ke opis tapi dah tak suka mkn sebab krim kat atas tu rasa manis jadi x gemar sudah

kiranya biscuit masih di produce sehingga sekarang..dah berpuluh tahun lah biscuit ni di pasaran kan

teringat kembali biskut ini cikgu.. ketika aiza berkunjung ke kenduri kahwin seorang sahabat baru-baru ini, dia memasukkan biskut ini sebagai salah satu barangan dalam goodies bag yang diberikan kepada tetamu..

Masa kecik-kecik dulu, arwah mak saya selalu beli. Kami makan ramai-ramai adik beradik. Selalunya berebut nak makan part yg manis tu aje :)

Nostalgia betul biskut ni...

Biasanya dihidangkan kpd tetamu jika ada kematian.

masa kecik2 dulu saya suka makan bahagian 'bunga' kat atas biskut tu ja..sbb manis dan ranggup...biskutnya saya letak semula dalam bekas..

Kecik2 dulu arwah ayah selalu beli biskut ni..memang mengimbau kenangan dibuatnya.

Terima kasih follow saya

sangat sangat mengimbau memori biskut ni selalu jugak beli .

saya punya perangai makan saya makan biskut dulu. lepas tu baru makan hak atas tu hehe.'

haah sis JM , legend betul biskut ni

kalau kat sini panggil roti keras, hehe tak pernah dengra pulak biskut mayat

Kak Aiza , haah kalau dalam goodies beg mau berebut tu hehee

Betul2 imbau kenangan ni cikgu

Yan kalau makan biskut ni mesti pisahkan gulanya dulu...makan biskut baru makan gulanya

Biskut mayat rendam air teh o..sedapnya

Semasa kat kg dulu, mmg sinonim dgn gelaran ini.

Keras sgt biskut ni tp sedap..

Roti keras lainlah yana, yg ni biskut cracker kecik2 tu..

Sama dgn Alya, kalau dah byk, dia makan bah manis jer..

Biskut nie femes kat kilang biskut tempat cik akak kerja dulu..
Manis betul...tu yang jarang kunyah...
Biskut mayat...bukan biskut osborn ke...yang ada cap tiga pokok..haha

Ouh lain eh , heheh silap silap kak

memang dah berebut pun dengan adik.. hehe..

sama la kita pun.. hehe..

Yana, yg ni gelaran org2 lama, anak2 muda tak tau..

Memang febret ni cikgu etuza.. dan begitu mengimbau semula nostalgia masa sekolah dulu-dulu..;)

hihi kak ana dulu kecik2 panggil ni roti pusat :)

CP suka makan yang gula tu je..yang bunga..selalu kena marah sebab tinggal yang abwah je hehehe

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (421) Berita (381) Agama (371) Dunia Blog (327) Promosi. (301) Doa (296) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (213) Nasihat (205) Pendidikan (205) Kasih sayang (183) Rasa Bahagia (183) Berita Keningau (176) Hadiah (152) Pelancongan (132) Alam Semulajadi (121) Gambar (121) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (88) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (64) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Percutian (28) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger