Wilayah Persekutuan Labuan Coner #1

Wilayah Persekutuan Labuan Coner #1

Taman Burung Labuan

Ini pintu gerbang Taman Burung Di Labuan.
Sebelum nak teruskan Etuza nak tanya..
Sudah dapat TROPI ke Blogger Lya ?
Dan yang hadiah saguhati sudah dapat ke belum?
Kecuali Blogger Safirul Ammar kerana belum 
ada alamat. Tolong Khabarkan..risau juga jika 
tidak kesampaian ..
Tolong jawab Ya...


Di Taman Burung Labuan ini terdapat
satu titian yang berbentuk jambatan,
sangat cantik jika kita ambil gambar 
kenangan di atas titian itu.


Ini di dalam mini Muzium di Taman Burung
Labuan. Banyak spesis burung di awet ada 
di dalam bangunan ini.


Ini juga gambar ketika melawat di
sekitar dalam bangunan mini Muzium
di Taman Burung Labuan.


Memang best jika kita dapat melawat 
di Taman Burung Labuan, kerana
kita akan melihat banyak burung 
yang berbagai jenis di sini..tengoklah
ada beberapa burung Etuza perlihatkan..


Ha ini dia burung seolah seperti ayam..
Tidak pasti apa nama burung ini..
tetapi kelihatannya seperti burung 
Ayam Hutan.
Masa lawatan ini tiada Guide b ertugas
kebetulan mereka cuti. Rasa hampa..hehehe..


Ini ikan sebenar yang diawet tau..
Besar panjang ...tengok pun rasa pelik
ikan besar ..di Muzium Taman Burung Labuan.


Ini burung tiung pandai ucap Asalamualaikum..
Good Morning, How are you dan terima kasih.
kalau kita tanya sudah makan..burung ini
akan tanya kita balik " Dah makan..."
Hehehe pelik burung ni..tapi segera
Etuza ingat Nabi Suliaman dahulu 
dapat berkomunikasi dengan haiwan..


Ini juga kita akan nampak di Muzium
 Taman Burung Labuan.
nampak kan..ini ialah antara
spesis telur burung besar dan kecil.
Yang paling besar itu ialah telur
Burung Unta.


Tengok tu burung sedang bertengek atas 
batu menyambut kehadiran kami.
Tapi geramnya bila dah dekat..
terbang lah pula ke atas pepohon..
Hisss!!!!


Apapun niat nak bagi anak-anak kegembiran 
masa cuti masa itu..
Mereka nampaknya sangat happy..
Etuza dan mama merasa senang melihat 
anak-anak berlari bermain di area taman
permainan kanak-kanak yang disediakan..
Mini taman permainan ini..sangat besar..
ha tengok masa tu alya baru 6 tahun..
Bermakna ini gambar 3 tahun yang lepas.


Burung Merak..burung ni agak sombong..
Puas tau! tunggu ekor burung ini
ditebarkan.Kadangkala bila ditebarkan
dengan segera Etuza ambil gambar..
Secepat kilat ekor di rapikan semula..
Hai burung merak..ni rupanya burung merak
pandai buat olok-olok..sombong!!
lastly burung merak ni, agaknya dah tengok
Etuza boring perlahan-lahan ditebarkan 
luas-luas ekornya..ha inilah gambar..
Lawalah Hebat sungguh kuasaNya
yang ciptakan merak untuk kita lihat.
Hanya ada di Taman Burung Labuan.
Travel lah ke Wilayah Labuan..dan jangan
lupa TAMAN BURUNG LABUAN.
Menurut seseorang yang juga ada
melawat ke TBL ni..burung ini memang begitu..
Pandai main olok-olok..


Ok selesai post gambar di TBL. Ada juga
situasi kurang selesa ketika berada di TBL..
Kami kena ekori oleh seorang pemuda ..
masih muda belia..tak nak lepas ekori kami 
dari belakang..biasalah situasi macam tu..
Baru tingkatan 2 Azie masa tu..memang 
Azie tinggi dari emaknya..Mujur pemuda tu
mengurat Etuza dahulu..dari caranya tahu dah..
nak kenal lah ..tak apa..itu normal...
Apakan daya segera beredar..tak boleh
lama lah.....segera ke kereta...balik 
Kenigau aman..hehehe...
Sayonara TBL..
Entah bila lagi dapat ke Taman Syurga Burung Ini.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

30 ulasan

pandai cikgu etuza tangkap gambar merak tengah kembang ekor macam tu..cantik!

ada yg nak mengorat Azie ke hehe...yalah anak dara cantik.manis..sopan..

TBL a.k.a Taman burung Labuan..mmg sesuai sgt tempat ni kalau bawak anak-anak pegi beriadah masa cuti sekolah

Kiranya semua nak cikgu tu ikut lah ye..kiranya semua enam orang?

ahahaha..part kena ekori tu seram dan kelakar pun ada..rupanya nk mengorat anak cikgu yg cantik tu..sabar je lah

harap2 kak Umi x balas komen bertalu2 hahahaah

Cantik...boleh jadi mercu tanda Labuan ni...

Wah bestnya jalan-jalan..nway cantik merak tu...

ayie kalo bab peg masuk zoo or muzium bgai fail sikit sebb bkn orng yg suka meniliti.. haha biasa masuk tgok gitu and x bce pon pasal fakta2 bgai ni.. kehkeh

menariknyer jejalan tempat mcm ni ;)

Jemput join segmen CN yer ;)

http://www.cekgunorazimah.com/2014/11/segmen-bloglist-januari-2015-by-cn.html

Saya tak pernah ke Labuan...in fact, ke Sabah Sarawak mmg tak pernah sampai...hihih...Boleh consider Taman Burung ni kalau saya ke sana...:)

@Jari Manis
asalam Jm ..ooo tak ada seorang Kakak berada di kolej matrikulasi wilayah labuan masa tu tak boleh keluar..kami just lawat dia lalu berjalan-jalan seharian lah kami...memang best ada anak2 menemani JM..terima kasih ya

@Bunda a.k.a KN
Betul bunda cantik sini puas hati melihat burung..

@Daddy Ziyyad
Boleh datang sana ya..Wilayah labuah..dia bagaikan berada dalam takluk wilayah persekutuan dah..

@❤Kamsiah❤
Nampak gaya macam tu lah Madam K.Tau dah cara mengurat orang tua dulu..bagus juga dia ..berhati2 lah kan..naluri manusia macam tu nampak yang elok akan cuba dekati.lupakan saja..

@SalbiahM
Sal sampai geram dengan burung ni tak nak tebarkan ekor..bila jauh dia tebarkan mengada-ngada lah merak..kalau jumpa merak perhatikan ya..ini lah perangai merak suka ngada2 hehe . Lastly berjaya walau tak seberapa lah sal tak berapa terang guna kamera kecik ja...

@Jari Manis

Akak simpan malam nanti, bizi sikit, hi3

Pernah terfikir beberapa tahun lepas, nak minta tukar ke Labuan, apakan daya hajat tak kesampaian, sayang nak tinggalkan "Sungai Jelai"..

Gambar merak tu cantik sangat.. Subhanallah.. ;)
Saya tak pernah sampai lagi ke sana.. ;)

Assalam..
cuti sekolah ni seronok dapat jalan-jalan tempat yang menarik

Salam Cikgu Etuza ..Dah dapat la Cikgu minggu lepas tapi Lya sbuk sikit tak sempat nak up entri ,..Sorry ya Cikgu ..Lya dah bgtau aritu kat bawah entri Cikgu mungkin Cikgu terlepas pandang kot hehe

Wah seronoknyerrr dapat beriadah bersama ..Burung2 tu semua cantik2..

Hehehe sempat lagi tu anak muda tunak mengorat anak Cikgu hahahaha..Tak takut dgn Cikgu Etuza ke ?? Mesti berani tuuu kalau tak takkan la dia berani camtu kan Cikgu ..

malam nanti..habislah JM lepas nih heeee

Okje termasuk dlm saguhati kan....okje belum dapat lagi cikgu...
Masih dlm proses lagilah tu...

@Jari Manis

Idok le JM, malam ini akak bagi peluang JM pulun habis2an.. akak nak rehat awal..

Cikgu pilih setting 'word verification ke pada ulasan??

tak nak lah tinggalkan komen byk sgt nanti cikgu etuza bosan

ha'a lah ada word verification

Ha'aaa JM, itu yang akak rasakan..

Besarnya telur burung unta..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (434) Ceritaku (418) Berita (380) Agama (369) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (295) Info Lelaki (266) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (212) Nasihat (205) Pendidikan (204) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (180) Berita Keningau (175) Hadiah (150) Pelancongan (130) Gambar (120) Alam Semulajadi (117) Sejarah (104) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (85) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Percutian (25) Haiwan (22) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger