Perlu Pelajari Cara Penulisan Yang Baik Di Blog

Perlu Pelajari Cara Penulisan Yang Baik Di Blog

Penulisan, Menulis ,Tulisan  & Penulis

Mohon maafkan Kelemahan Etuza di blog.


      Dunia blog kini Etuza rasakan sangat mengasyikkan, sangat mengujakan dan sangat menyenangkan Etuza. Tetapi dalam menikmati keseronokan berblog, ternyata Etuza banyak kelemahan dan kekurangan yang jelas ketara. Tidak hairanlah jika cara penulisan dan penyampaian sesuatu tulisan Etuza dalam blog ini dikritik dan dikomen oleh ramai blogger maya yang lain.Namun kritikan yang mereka lontarkan itu menjadi kekuatan bagi Etuza agar terus berusaha memperbaiki diri. 

      Terdapat ilmu dari segi teknik dan kaedah penulisan di blog maya Etuza wajib pelajari, harus Etuza ketahui dan perlu dipelajari agar konsep dan cara sebenar sesuatu penulisan di blog itu dapat Etuza gunakan nanti. Jika tidak pelajari teknik dan kaedah itu, pasti kelemahan yang sering Etuza lakukan itu tidak akan selesai. Dan kemungkinan ramai pembaca senyap yang akan meninggalkan blog Etuza tanpa dibaca.

      Pada awal pembabitan Etuza dalam blog ini, Etuza memikirkan dengan cara Etuza sendiri, dengan cara bebas menulis dan tulis apa juga yang Etuza fikirkan ke blog ini tanpa memikirkan keperluan pembaca, tanpa memikirkan keinginan pembaca dan juga tanpa memikirkan kepuasan pembaca. Sebab itu Etuza tidak terfikir menggunakan kaedah dan teknik penulisan dalam blog dengan cara yang betul, tetapi mengikut rentak sendiri dan cara santai. Sikap blogger seperti ini harus dielakkan kerana kita merujuk semula apakah niat berblog, objektif dan fikirkan masa depan sebagai blogger aktif.

      Kini Etuza sedar apabila pembabitan Etuza dalam blog secara aktif bermula Oktober 2014 hingga kini, perlunya memperbaiki cara penulisan agar pembaca tidak bosan dan merasakan ada nilai blog Etuza ini.Demikian juga nilai yang tinggi di blog kawan blogger yang lain. Dengan cara memperbaiki teknik dan kaedah penulisan serta penyampaian yang baik di blog, akan menjadikan blog kita sering dikunjungi pembaca senyap, serta pengunjung setia blog kita.

   Sebelum mengundur diri, Etuza mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali blog Etuza ini ( Pesona & Mustika ) di alam maya. Memohon maaf akibat terdapat banyak kesalahan ejaan, kesilapan cara menulis dan kesalahan struktur kata-kata yang berulang - ulang. Etuza hanya mengikut kata hati, mengikut rasa seronok berblog hingga melanggar etika penulisan sebenar. Maafkan Etuza.

      Etuza berharap kepada semua pengunjung blog Etuza ini, agar terima keadaan blog Etuza ini yang Etuza rekaletak sebegini, agak banyak gambar dan widget. Etuza buat rekaletak ( susunan ) demikian kerana ada maksud tersirat.Etuza harap anda dapat pastikan ruang catatan dan informasi di blog Etuza itu yang menjadi perhatian anda. Etuza akan terus berusaha memperbaiki teknik menulis dan memperbaiki kelemahan yang lain agar anda merasa senang hati membaca di blog Etuza.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

19 ulasan

Yeay!!!! ini yang JM nak...cara penulisan yang lebih tersusun, kurang salah ejaan dan isi kandungan menepati tajuk. Syabas Cikgu..byk improvement.

JM pun kekadang ada buat salah..kita kan manusia normal kalau x buat salah itu robot namanya. Jika JM ada buat salah juga tolong tegur ye

kalau nak nampak lagi kemas, cikgu besar atau lebarkan ruang utk menulis entri dan kecilkan sedikit panel di sebelah kanan. Lebarkan juga size pageview...nampak lagi cantik dan selesa.

psst : JM ni kalau part complain no 1 kan heheeh...ala cikgu. It just my opinion.

@Jari Manis
Selamat malam Jm..tak dapat tunaikan permintaan JM, template pilihan Etuza Design by mas Sugeng ini memnag dah setting sebegini. Etuza dah klik ke template dan cuba lebarkan tetapi diberi amaran tidak tersedia, memang inilah bentuk dan ruang lingkup template ini. Etuza tahu sangat bahagian laras dan leber kan rung tengah kiri dan kanan ..tetapi itu pada template biasa .Template pilihan Etuza tidak ya. Harap maklum.

Ohh..jika begitu JM terima sedadanya :-)

@Jari Manis
Komen yang ikhlas bagus tu JM..Etuza baru sedar ..bukan Jm ja tegur blogger aRz pun dah mulai tegur. Etuza faham ..bila ada teguran sebenarnya itu akan memberi kesan baik bila kita positif thinking. Usah risau tegurlah jika memang ada kesilapan. Itu yang kita nak..

yeay...terima kasih cikgu

@Jari Manis
Terima kasih JM..ada entry baru ke do blog. Jm memang atur entry agar terus melatupkan...tahnia.

Cikgu Etuza..JM ni malas nk tulis blog..update ikut suka hati/mood je. Yang pasti JM tiada strategi supaya blog tu 'meletops'

Thanks untuk sharing ni. Thorbaikk!! :)

ayie pon masih bljo lg.. jom sama2 bljo..

Seriousnya cikgu......relaxlah cikgu....dah terbaik sangat dah penulisan cikgu ni banding ngan okje

xpe....berblog untuk berkongsi luahan kita...cara penulisan blh diperbaiki...saya pun masih blaja untuk memantapkan penulisan En.Etuza...InshaaAllah sesama kita perbaiki

saya semasa di awal penulisan juga tiada rentak . kemudain cuba perbaiki ikut konsep yg dipilih ... lama kelamaan ok lah u cikgu ... heee

Sayapun banyak guna bahasa pasar, ngeeeeeee..

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

xper Cikgu, xmo stress2, kita perbaiki dari masa ke semasa.. teguran yang diterima tandanya kita dihargai...

salam
kita belajar dari pengalaman ,kan cikgu...mana2 teguran yg baik..kita amik dan jadikan panduan..

@umi alya

JM pun!!..nak jugak menempek kat sini

Allthebest CikguEtuza ..Sama2 kita belajar mantapkan skill penulisan ..sama2 kita belajaruntuk jadi lebih baik ..InsyaAllah..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (435) Ceritaku (420) Berita (380) Agama (370) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (296) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (213) Nasihat (205) Pendidikan (205) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (182) Berita Keningau (176) Hadiah (151) Pelancongan (130) Gambar (120) Alam Semulajadi (119) Sejarah (105) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (87) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (63) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Percutian (26) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Kucing (20) Perkahwinan (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger