Terkenang Dahulu Di Sinilah Tempat Berehat

Terkenang Dahulu Di Sinilah Tempat Berehat 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Universiti Malaysia, Sabah Ahad bersamaan 16 December 2018, Etuza sekeluarga menghantar anak di UMS yang tersergam indah di bukit Jalan Sepanggar UMS. Masuk ke pintu gerbang ada ucapan SELAMAT DATANG ke UMS, bagaikan kami dialu-alukan oleh kakitangan keselamatan di UMS Kota kinabalu, Sabah.

Melihat persekitaran UMS, kini memang jauh berbeza dari tahun Etuza sambung belajar di UMS pada 2002. Pada masa itu banyak lagi bangunan UMS yang belum sempurna di buat, kini 2018 memang jauh bezanya apabila pelbagai kemudahan yang ada. Alhamdulillah syukur pada Allah anak kami berpeluang belajar di UMS pula. Tak di sangka Etuza kembali berpijak di Bumi UMS yang gah ini.

Bangunan nun di sana dalam gambar pertama itu adalah tempat tinggal pelajar UMS di Bangunan USIA 1 Borneo. Anak balik di UMS minta di hantar di Perpustakaan UMS. Katanya ada perbincangan dengan pelajar lain dalam  team belajar. Sebaik hantar anak di tempat yang di maksudkan Etuza langsung ke tempat yang selalu Etuza lepak bersama-kawan-kawan Etuza. Tempat tu di katakan sebagai kawasan Dewan Kuliah Pusat. Pada tempat ini ada empat Dewan Kuliah yang besar serta ada satu round about untuk memudahkan pemilik kereta berpusing kembali ke jalan besar.

Ini jalan raya UMS menuju ke Dewan Kuliah Pusat atau ke Sekolah Pengajian Seni 
atau jalan terus ke ODEK UMS.

Pintu Gerbang keluar dari lingkungan UMS. Terima Kasih

Sebaik solat Zohor Etuza menuju ke tempat selalu Etuza lepak sepanjang pengajian Etuza di UMS. Ha ini dia tempat itu, tempat makan yang menghadap ke lautan pesisir pantai UMS. Tempat ni dahulunya penuh dengan meja dan kerusi untuk kegunaan pelajar UMS. Tetapi kini kerusi banyak yang rosak. Kerusi santai menghadap laut juga banyak yang rosak, hanya beberapa yang masih boleh du gunakan. Sayang juga tempat ini kurang digunakan kini, cadangan Etuza tempat ni perlu di bersihkan dan di baiki mana-mana yang rosak.

Ini lah tempat selalu Etuza lepak makan bersama kawan-kawan Etuza,
sayang tempat ni dah tak di gunakan, ada kerosakan atap dan lantai pun rosak.
tempat ni dulu memang tempat makan

Pada tempat ini Dewan yang dahulu adalah Dewan Kuliah kini di jadikan sebagai Kelas TADIKA atau Pusat Minda Lestari. Anda nampak pintu utama masuk ke tempat ini. Selain itu kawasan lapang kini di jadikan sebagai PARKING kereta pastinya untuk parking kereta tenaga pengajar Pusat Minda Lestari ini.

Inilah dia pintu masuk ke Pusat Minda Lestari iaitu kelas TADIKA UMS.
2002 tidak ada tempat ini, hanya ada Dewan Kuliah sahaja..kini telah berubah

Tempat parking kereta sahaja..ada maklumat besar pula tu ..mustahil tak faham..

Agaknya apa cerita mama sambil merenung laut..
agaknya menceritakan tempat ini dahulu sangat ramai
pelajar menggunakannya sambil berbincang pelajaran mereka..

Merenung keindahan laut di pesisir pantai..Semoga Aliya anak bongsu akan
memasuki UMS gedung ilmu terkemuka di Sabah.InshaAllah..

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Dulu tempat belajar saya pun mengadap laut , UITM Dungun tenang je

    BalasPadam
  2. 2002 saya last year di UMS ... saya study civil engr ..
    mmg byk kenangan di sana ...

    BalasPadam
  3. Ums tersergam indah sbg tempat menimba ilmu,nun dipuncak bukit

    BalasPadam
  4. bila la nak sampai sabah lagi..:)

    BalasPadam
  5. Sempat lagi mengimbau kenangan ye😂

    BalasPadam
  6. Cantik dan indah UMS, xpernah lagi jejak kaki ke Sabah.

    BalasPadam
  7. Reverse parking, sama dgn Ipg kota samarahan..

    Cantikkan..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.