Pembersihan Perkuburan ( Alfatihah )

Pembersihan Perkuburan ( Alfatihah )

Pembersihan Perkuburan ( Alfatihah )
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

15.02.2020 bersamaan hari Sabtu dan merupakan hujung minggu, Etuza turut serta dalam projek gotong royong Pembersihan Perkuburan di Kampung Penagatan Laut, Keningau, Sabah. Seawal jam 7.30 pagi telah dimulai kerja-kerja pembersihan perkuburan ini. Alhamdulillah ramai masyarakat kampung yang datang mengerah tenaga dengan ikhlas membersihkan perkuburan ini.

Projek gotong royong ini di ketuai oleh En. Jamain Jakirin selaku MPKK di desa ini, turut serta Pengerusi Masjid Al-Mahabbah dan Timbalan iaitu En. Sapin @ Rahman Bin Karim dan En. Kamin Bin Maimin. Selain itu Imam Masjid Ustaz Ardzi Bin Salimin juga setia menyumbangkan jasa bakti dari awal pagi hingga selesai pada jam 10.30 pagi. Semua sepakat sehati dan sejiwa membersihkan persekitaran perkuburan. Sebaiknya pembersihan ini sangat tepat dilakukan memandangkan tidak lama lagi menjelang Bulan Ramadhan dan pada masa itu kerja-kerja pembersihan tanah kubur akan kurang setelah dibersihkan hari ini.


Suasana gotong-royong sedang dilakukan.

Adab masuk ke tanah perkuburan, individu muslim muslimah hendaklah memberi salam kepada semua ahli kubur "Asalamualaikum ya ahli kubur " dan hadiahkan alfatiha kepada semua arwah. Sebaiknya dengan penuh rasa ikhlas dan mengambil iktibar dan hikmah bahawa di sinilah arah kita apabila ajal menjemput tiba. Elakkan dari memperkatakan hal masa silam arawah yang dikenali. Lakukan pembersihan dengan berzikir kepada Allah, sesungguhnya alam barzak itu hanya Allah yang benar-benar mengetahui suasana di alam barzak. 

Pembakaran ranting-ranting kering dan rerumput yang kering.

Semoga usaha MPKK untuk membawa masyarakat kampung mengadakan gotong-royong hari ini di rahmati Allah, sesungguhnya orang Islam baik yang masih hidup atau yang telah mati adalah tetap bersaudara. Menurut yang Etuza dengar pada malam nanti akan diadakan majlis bacaan Yassin dan tahlil kepada semua arwah di Masjid Al-Mahabbah. InshaAllah semoga ramai jemaah masjid yang akan datang turut bersama menghadiahkan alfatihah dan doa kepada arwah yang telah mendahului kita.


Sebelum berpisah dan balik ke rumah masing-masing Etuza membawa beberapa orang kampung bergambar di hadapan masjid Al-Mahabbah selepas makan minum ringan sejurus selesai pembersihan perkuburan. Alhamdulillah, inilah dia gambar kami. Beginilah keadaannya di kampung. Damai dan tenang dari binggit kota di bandar. Salam damai.

Jumpa lagi di lain catatan. Kelihatan kawasan perkuburan kini lapang dan damai melihatnya. Semoga usaha ini akan berterusan, kerana siapa lagi hendak lakukan kerja pembersihan ini selain kita yang masih hidup. 



Beberapa orang kampung yang sempat abadikan gambar bersama Etuza.


Muafakat dan kerjasama itu satu bentuk persaudaran
dan ikatan silaturahim.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

6 ulasan

Kemas kawasan perkuburan.

Alhamdulillah

waalaikumussalam. alhamdulillah. semoga usaha ini terus konsisten ^_^

Seronoknya hidup masyarakat kampung...saling bergotong royong..semoga ukhuwah itu kekal terpelihara..

Amalan mulia yang patut diteruskan

Alhamdulillah moga usaha ini akan terus berkekalan sampai bila2 .. aamin2

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (534) Agama (519) Ucapan (487) Berita (421) Dunia Blog (381) Doa (376) Promosi. (361) Info Lelaki (342) Pengalaman (293) Tips Blog (291) Anak (285) Pendidikan (273) Nasihat (241) Kasih sayang (238) Pelancongan (233) Berita Keningau (213) Rasa Bahagia (203) Alam Semulajadi (194) Hadiah (181) Gambar (161) Keluarga (141) Sejarah (134) Ekonomi (128) Segmen (124) Blog (112) kesihatan (92) Percutian (85) Tentang lelaki (75) Bunga (69) Cinta (60) Isu Semasa (59) Motivasi (58) Tumbuhan (56) Rumah tangga (55) Budaya (53) Makanan (52) Resipi (50) Nilai Moral (46) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Sahabat Blog (38) Haiwan (36) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Sajak (31) Perkahwinan (30) Kucing (29) Sekolah (29) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (23) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (16) Iklan (14) Tazkirah (13) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Hari Jumaat (9) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Elken (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Kuiz (6) Politik (6) Takziah (6) Anak Buah (5) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Buah (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Umrah (2) BRIM (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger