Syukur Alhamdulillah Sampai Di Keningau

Syukur Alhamdulillah Sampai Di Keningau.

Asaalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Pagi ahad, bukan di rancang hendak balik ke Keningau, secara tiba-tiba hendak balik ke Keningau sebaik selesai solat subuh hari ini. Perancangan balik ke Keningau hari Isnin iaitu esok, sebab ahad masih cuti dan boleh lah sama-sama dengan anak sulung di rumah dia. Nampaknya keadaan berubah, apabila Etuza minta agar membenarkan kami semua empat orang balik ke Keningau.

Syukur alhamdulillah kepada Allah, sepanjang pemanduan lancar dan keadaan jalan raya Kota Kinabalu selepas highway kawasan Putatan menuju ke Papar agak lengang dan tidak jammed.Triton di pandu dengan penuh cermat. Subahanallah..semuanya  atas berkat rahmat dan kasih sayang Allah.

Etuza dan anak-anak serta isteri singgah solat jamak Zohor dan Asar di Masjid IPGM Keningau.  Dari Daerah Tuaran ke Keningau memang jaraknya jauh hingga mencecah 160 Kilometer ( agakan Etuza). Jauh. Boleh lah jamak solat wajib. Inilah dia keindahan Islam, beri kita mudahkan dan tidak memberatkan sesiapa penganutnya. Alhamdulillah. Kini jam 5.40 petang pada PC Etuza, lalu ambil kesempatan online dan membaca di blog kegemaran Etuza ini. Tidak lupa klik blog atau laman yang Etuza gemari. Sebelum berakhir catatan, Etuza ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sering ke laman Etuza. Sungguh Etuza hargainya.

Etuza tadahkan tangan bersyukur pada Allah..dengan rahmatNya 
dan izinya kami selamat sampai di Keningau petang ahad
hari ini dari Kota Kinabalu Sabah.

Sama-sama menjamu selera di restoran baru di SKC Plaza Tuaran.
Restoran Ikan Bakar 

Kenyang perut suka hati kan...

Antara gambar kenangan Etuza dan isteri bersama
4 orang anak tersayang..alamak mulai rindu lah pula..
baru berpisah..
Nak Hadiah KLIK SINI

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Alhamdulillah. Jauh perjalanan ke Keningau tu. Terakhir saya sampai sana pada tahun 2005, bermalam di Keningau sebelum meneruskan perjalanan ke Pensiangan, menuju ke perkampungan masyarakat Murut di Sungai Silungai. Sempat melihat suasana pasar di Keningau, dan barangkali harga makanannya masih murah seperti dulu. Tidak dapat dilupakan sarapan pagi roti pisang di Restoran Keningau. Masih adakah lagi restoran itu?

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..selamat bercuti cikgu

    BalasPadam
  3. xper cikgu, minggu boleh pergi lagi, yalah sementara masih bercuti panjang..

    BalasPadam
  4. Syok jalan-jalan dengan Triton baru yer. Hihi...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, dilancarkan perjalanan.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.