Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Pahang

Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Pahang

Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Pahang

Asalamualaikum & Salam Sejahtera


Etuza terlebih dahulu memohon maaf kepada warga Kuantan, Pahang yang terlawat blog Etuza, andai nanti ada keterangan tentang tempat-tempat menarik di Kuantan Pahang yang kami lawat hari ini 07 hb Julai 2018 bersamaan hari Sabtu agak tidak tepat. Apapun cerita Etuza hanya biasa-biasa sahaja. Nak tahu lebih mantap dan jelas Kuantan Pahang, google saja. Semua ada jawapannya di sediakan.

Mudahnya hendak dapat pengangkutan atau kenderaan pada masa kini, taip Grab..sekelip mata ada sampai depan mata. Hari ini sempat dengan izinNya kami melawat di Mini Zoo Taman Teruntum di Kuantan Pahang. Tempat ini pada Etuza ada daya tarikan yang tersendiri, kawasan di kaki bukit yang ditanami banyak pokok-pokok hijau. Sejuk di kawasan ini serta ada berbagai tempat duduk yang unik belaka. Selesa lah berada di sini. Nyaman dengan udara bersih..selain masyarakatnya ramah tamah. 

Banyak jenis haiwan di Mini Zoo ini, tapi yang benar-benar menarik perhatian Etuza dan keluarga ialah ada seekor anak monyet kedua tangannya kudung..sampai siku. Tidak ada tangan hanya dua kaki sahaja..menyebabkan monyet ini apabila berjalan amat unik dengan langkah yang rapat-rapat. Kasihannya anak monyet itu. Dan kalau hendak tahu ada banyak lagi monyet-monyet bergayutan..tidak takut kan manusia. Amat biasa kelihatannya tetapi liar juga ..jinak tetapi sukar nak di pegang. Kata kakak di kawasan itu jangan hulur makanan nanti dia kejar..hahaha..kejar tak gigit tak apa. tetapi kejar dan gigit kaki muhahaha..takutnya.


Bab makanan di Mini Zoo ini ada sebuah saja warung makan, mereka sajikan berbagai menu makanan yang digoreng. Waduh!! lazatnya tak terkata. Air minum sedap juga. Hebatnya Kuantan Pahang adalah dari segi juadah makanan yang lazat berlemak berkrim..


Tu dia jenis makanan yang ada..berbagai - bagai, penjualnya pula amat sporting..patutlah laris ja.Terima kasih kerana menyediakan makanan itu kepada pelancong macam kami hari ini.


Kenangan lepak bersama isteri dan anak -anak di Mini Zoo tidak akan Etuza lupakan...alhamdulillah sudah kenyang bersiaranlah kami di Mini Zoo Taman Teruntum ini. Baiklah anda lihat bgambar-gambar kami di Mini Zoo ini. Menarikkan ..









Jumpa lagi..

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

Wahhh bestnya Cikgu..

Kita berselisih hari ke sana, jika tidak disebabkan Alya tinggal di rumah pemgasuh, mau rasanya kami tunggu cikgu dan mama, bantu yang mana termampu. .

nak masuk kena bayar berapa ringgit cikgu? =)

Mana gambar penghuni2 zoonya.

one of my fav spot masa kecik2 dulu

Umi Aliya tak apa..sda selamat ada tempat tinggal sda ni ya.
At tramizi dewasa RM 2.00 ja ..
best di sini redup tau..tak panas

WP tunggu ya ada tu teman2 hidupan kat sana banyak..nak buaya ke..hehehehe

ada rezeki pergilah tengok atau visit area ni ya..terlebih2 lagi orang Pahang..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (478) Ucapan (464) Agama (435) Berita (396) Dunia Blog (350) Promosi. (338) Doa (336) Info Lelaki (309) Tips Blog (278) Pengalaman (263) Anak (254) Pendidikan (237) Nasihat (224) Kasih sayang (215) Berita Keningau (196) Rasa Bahagia (191) Hadiah (168) Pelancongan (164) Alam Semulajadi (148) Gambar (131) Ekonomi (121) Sejarah (119) Keluarga (112) Segmen (112) Blog (85) kesihatan (83) Tentang lelaki (75) Isu Semasa (59) Cinta (57) Tumbuhan (55) Rumah tangga (54) Bunga (50) Motivasi (50) Percutian (47) Resipi (43) Budaya (42) Nilai Moral (40) Cari Makan (38) Masyarakat (34) Award (32) Herba (32) Promosi Nuffnang (31) Haiwan (29) Sahabat Blog (29) Sajak (29) Harijadi (28) Kucing (24) Perkahwinan (24) Artis (20) Rasullah SAW (20) Sukan (20) Makanan (19) Seni (19) Tips (19) Sekolah (18) Iklan (14) Lanskap (12) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Politik (6) Anak Buah (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Restoran (4) Takziah (4) Tazkirah (4) Hari Raya (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger