Kelabu Asap Masuk Blog Etuza

Kelabu Asap Masuk Blog Etuza

Kelabu Asap Masuk Blog Etuza

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua

Selamat pagi, awal pagi bersiaran di laman maya indah ini. Hari sabtu memang menjanjikan banyak aktiviti yang pasti kita berjaya laksanakan dalam kehidupan hari ini. Sebelum itu mari bersama Etuza BERSYUKUR ke hadrat Allah kerana Dia beri kita nyawa ini, beri kita nafas baru menghirup udara segar di pagi hari. Tarik nafas hembus...alhamdulillah..

Kelabu Asap - Kucing Betina Kesayangan Family Etuza

 Mari baca cerita Etuza secara ringkas sahaja. Kali ini paparan tentang kucing betina kami bernama Kelabu Asap. Nama Kelabu Asap kerana bulu kucing ini warna kelabu, teringat asap berkepul-kepul warna kelabu kan. Jadilah nama kucing ini Kelabu Asap. Bulu dah lah gebu, comel pendek-pendek ketika lahir. Lahir ada empat kembar dia tetapi takdir hanya Kelabu asap sahaja yang sempat membesar, sedang kembar tiga lagi telah mati sebaik dua minggu lahir. Ibu Kelabu asap namanya si Putih. Badan ibu dia panjang dan panjang ekor. Kelabu ni pendek tetapi amat jelita, cantik dan ada sifat tersendiri. Pandai main tolak boa, kerana anak gadis Etuza ajar Kelabu asap main bola sejak kecil. Banyak vedio Kelabu Asap main bola.


Nah post Kelabu asap yang menggoda..aik sombong pula Kelabu Asap naik atas ya..

Kini Kelabu Asap semakin remaja, awal perancangan nak kembirikan Kelabu Asap, tetapi Etuza merasa agak takut hukum tidak membenarkan. Risau betul Etuza semakin banyak lagi anak-anak kucing di rumah Etuza. Ada yang mati dan ada yang diberi peluang hidup. Kadang kala Etuza dan anak-anak depan mata saksikan  kucing najak. Kesian..apakan daya kami tidak mampu mempertahankan kehidupan kucing yang memang mati juga akhirnya.


Berbalik kepada Kelabu Asap, suatu masa Kelabu Asap tidak masuk rumah, semua anak-anak mencari. Ada yang mulai menuduh ayah mereka ini sesat kan Kelabu asap di kampung sebelah.Tapi Etruza tak buat pun, Kelabu Asap balik rumah dengan gaya lain, mengiau panjang-panjang seolah merindui temannya. Semua anak-anak sepakat kuarantinkan Kelabu Asap. Mereka faham Kelabu Asap kini ada KEKASIH. Apapun kami kecewa kerana waktu malam tanpa disedari dan entah jalan mana Kelabu asap menghilang. Akhirnya kami dapati perut Kelabu Asap semakin membesar.

Kelabu asap yang bijak ini mencari teman ..sukar nak halang..

Baiklah diringkaskan cerita, kini Kelabu Asap telah melahirkan anak. Yang buat Etuza rasa pelik Kelabu asap datang beranak di celak ketiak anak lelaki  Etuza di waktu larut malam, tanpa anak Etuza sedari ketika cuti Disember 2018 baru-baru ini. Ada tiga ekor anak Kelabu Asap. Kelabu asap jadi garang selepas melahirkan anak. Ank kucing lain diterkam marahnya Kelabu Asap. Dalam masa yang sama Kelabu Asap amat penyayang anak-anaknya yang comel. Aduhai Kelabu Asap...

Ni lah Kelabu Asap  wajah minta belas kesihan nampaknya tu..

 Kami redha memelihara banyak kucing, kerana kucing ini juga berhak merasa bahagia, kucing ini haiwan yang paling jinak dan tidak mencederakan manusia andai betul caranya kita memelihara kucing. Apa tah lagi kucing adalah haiwan kesayangan dan kesukaan nabi Muhammad. Hiduplah Kelabu Asap semoga kita sama-sama dilimpahkan rezeki. Teruskan melihat gambar-gambar lain Kelabu Asap..


Kelabu Asap..

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

11 ulasan

Alahai comelnya, nama kelabu asap yer...

comelnya kelabu asap. moga makin murah rezeki sebab berbuat baik dengan kucing

JM pun ada bela kucing, koko namanya

Kucing baru ke ni Cikgu?

Tak lama lagi dapatlah cucu cg.

Kelabu Asap tu nama kucing rupanya...baca tajuk entri ingat warna blog cikgu ni yg kelabu asap..adeh

Sapa ayah si Kelabu Asap ni hihihih

Comel jek kucing tu mata kuyu..dah berapa tahun usianya tu

murah rezeki bagi mereka yang memelihara kucing

Comelnya kelabu asap. Mr Etuza dah ada cucu kucing dah. Rasa Kelabu Asap beranak dekat dengan anak lelaki Mr Etuza mungkin kerana Kelabu Asap rasa selamat berada di situ untuk lahirkan anaknya. Huhu.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (486) Ucapan (474) Agama (455) Berita (401) Dunia Blog (360) Doa (343) Promosi. (343) Info Lelaki (314) Tips Blog (281) Pengalaman (271) Anak (259) Pendidikan (247) Nasihat (228) Kasih sayang (221) Berita Keningau (200) Rasa Bahagia (194) Pelancongan (177) Hadiah (169) Alam Semulajadi (154) Gambar (136) Sejarah (127) Ekonomi (124) Segmen (116) Keluarga (114) Blog (96) kesihatan (87) Tentang lelaki (75) Isu Semasa (59) Cinta (57) Percutian (57) Tumbuhan (55) Rumah tangga (54) Motivasi (52) Bunga (51) Budaya (46) Resipi (46) Nilai Moral (42) Cari Makan (39) Masyarakat (37) Award (32) Haiwan (32) Herba (32) Promosi Nuffnang (32) Sahabat Blog (31) Sajak (29) Harijadi (28) Makanan (27) Kucing (25) Perkahwinan (24) Sukan (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Sekolah (20) Seni (19) Tips (19) Lanskap (15) Iklan (14) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Hari Jumaat (8) Lirik Lagu (8) Kata Madah (6) Kuiz (6) Politik (6) Tazkirah (6) Anak Buah (5) Grafik (5) Ikan (5) Jantung (5) Pantun Melayu (5) Restoran (5) Takziah (5) Hari Raya (3) Masjid (3) Pertunangan (3) Wordless Wednesday (3) Banjir (2) Buah (2) Tahun Baru (2) Universiti (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger