Suasana Menunggu Tetamu Dan Juadah Di Hotel Terkemuka

Suasana Menunggu Tetamu Dan Juadah Di Hotel Terkemuka

Suasana Menunggu Tetamu Dan Juadah Di Hotel Terkemuka
Asalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua.


Keningau masa ini agak terik cuaca panas kemungkinan lepas cuaca panas ini  akan turun hujan rahmat membasahi Bumi ini. Baru beberapa hari tidak hujan terasa sangat panas di Keningau. Kipas di ruang tamu tahap klik 5 pada button. Jarang punat button sampai 5 selalunya paling deras hanya klik button 3 sahaja.

Kongsi pengalaman ketika di Hotel terkenal bertaraf 3 bintang Hotel Juta Keningau, Sabah. Tingkat 10 majlis bermula dari jam 7 hingga jam 11.00 malam atau sehingga acara selesai. Bertemakan pakaian kotak semua tetamu hadir dengan tampil bergaya dengan pakaian masing-masing. Etuza memilih baju kemeja berkotak biru laut manakala mama memakai baju kotak hitam putih pada malam itu.


Pengacara khas ialah Puan Suzana Abas yang julung kalinya mengacara bersama Puan Mariah Gudiman. Apa yang Etuza nampak pada awal malam ialah situasi menunggu semua tetamu datang dengan hanya duduk pada meja yang disediakan meja dan kerusi telah di isikan dengan individu tertentu. Bermakna anda jika di Hotel ada masa-masa tempat duduk dan meja kita telah di atur rapi. Dengan itu jangan suka-suka duduk tanpa bertanya, tetapi lihat seketika kita akan dilayan dan dipersilakan ke set table kita.

Semasa menunggu tamu, suasana sepi dengan alunan slow muzik romantik. Humm! hebatkan terasa hilang tekanan seketika.Saling berbual di meja sendiri dan sesekali di ambil gambar oleh jurukamera dikalangan sendiri. Renung meja semua pinggan kosong tetapi tersimpul sudu grafu di balut kemas. Hendak minum dipersilakan untuk membasahkan tekak kerana kebiasaannya minuman telah ada di meja anda.


Sebaik acara dimulakan kerana 100 % tetamu yang dipastikan kehadirannya telah ada, mulailah riuh dengan suasana hadap juadah terlebih dahulu. Bacaan doa makan kena didahulukan ikut anutan agama masing-masing. Suasana bertukar menjadi lebih meriah apabila menjamu selera dengan juadah yang lazat dan berkhasiat. Jarang makan juadah lazat seperti  di Hotel, kerana bayaran atau kos memang berbaloi. Pelayan atau pekerja Hotel kena bersabar dengan karenah tetamu, ada yang meminta lebih dan ada yang kaut juadah sedikit sahaja. Begitulah suasana menunggu tamu dan menunggu juadah di hidangkan di sesebuah hotel terkenal. Konsep makan hingga habis selai ada juadah dihidangkan. Tetapi pengalaman Etuza cepat kenyang bila makan juadah pelbagai yang lazat ini. " MAKANLAH SECARA SEDERHANA, BERHENTI MAKAN SETELAH DIRASAKAN KENYANG SEDERHANA " Maksudnya jangan terlalu kenyang baru berhenti makan. jaga kesihatan. 









Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

4 ulasan

Ada.music romantic bolehlah menenangkan org yg menunggu

Wah...alhamdulillah....apa pun...terbaik

Mamapp danCaf terima kasih ya sudi baca di blog Etuza

Wahhh... meriahnya suasana majlis ni Mr Etuza. Siap ada tema baju kotak lagi. Terbaik semua. :D

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (496) Ucapan (479) Agama (466) Berita (407) Dunia Blog (363) Promosi. (347) Doa (346) Info Lelaki (323) Tips Blog (283) Pengalaman (271) Anak (263) Pendidikan (256) Nasihat (235) Kasih sayang (228) Berita Keningau (206) Rasa Bahagia (198) Pelancongan (183) Hadiah (173) Alam Semulajadi (158) Gambar (140) Sejarah (129) Ekonomi (126) Keluarga (119) Segmen (117) Blog (100) kesihatan (87) Tentang lelaki (75) Isu Semasa (59) Percutian (58) Cinta (57) Motivasi (57) Tumbuhan (56) Rumah tangga (54) Bunga (53) Budaya (48) Nilai Moral (46) Resipi (46) Cari Makan (39) Masyarakat (38) Sahabat Blog (35) Haiwan (33) Award (32) Herba (32) Promosi Nuffnang (32) Makanan (30) Sajak (30) Harijadi (29) Kucing (26) Sekolah (25) Perkahwinan (24) Sukan (24) Artis (21) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (15) Iklan (14) Kata Madah (12) Petua (10) Hari Jumaat (9) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Tazkirah (8) Grafik (6) Kuiz (6) Pantun Melayu (6) Politik (6) Takziah (6) Anak Buah (5) Ikan (5) Jantung (5) Restoran (5) Wordless Wednesday (5) Hari Raya (4) Kereta (3) Masjid (3) Pertunangan (3) Universiti (3) Banjir (2) Buah (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger