Warga Keningau Doakan Remaja Hanyut Di Sungai Segera Ditemui.

Warga Keningau Doakan Remaja Hanyut Di Sungai Segera Ditemui.

Warga Keningau Doakan Remaja Hanyut Di Sungai Segera Ditemui.
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

KENINGAU: Seorang remaja berusia 17 tahun dikhuatiri lemas apabila kereta dipercayai dipandunya terjatuh ke dalam sungai sebelum hanyut lebih 100 meter di Sungai Liawan berhampiran Kampung Dangulad, di sini, awal pagi pada 16 Oktober 2017.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kereta jenis Perodua Kenari dipandu mangsa, Mohd Hazim Zihni Jubik, dikatakan terjatuh ke dalam sungai ketika melintasi jambatan yang ditengelami air akibat hujan lebat sejak semalam. Petikan dari BH Online. Klik untuk infor lebih lanjut.
Gambar ini Etuza Copy dari BH Online.Terima Kasih BH Online.
Keadaan jalanraya di Kampung Dangulad, Keningau melimpah 
ketika bajir beberapa hari lalu.

Berita ini menjadi viral di whatsup atau di laman sosial khasnya di Daerah Keningau. Berita ini sesungguhnya amat mengejutkan dan pasti keluarga remaja ini amat bersedih. Kita dapat bayangkan perasaan mereka. 

Dalam bual bicara Etuza dengan beberapa rakan guru lain, remaja hanyut di sungai ini belum ditemui sehingga sekarang dan pencarian diperluaskan hingga ke sungai Tenom. Usaha pihak keselamatan masih tetap diteruskan. Usaha mencari remaja ini bukan setakat mencari di sungai tetapi di usahakan dengan cara keluarga mengadakan Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Majlis Doa, bertujuan memohon kepada Allah agara mangsa ditemui dengan mudah dan cepat. Sebagai manusia biasa usaha mencari dan mencari mangsa itu seharusnya tetapi harus kita ingat bahawa memohon doa kepada allah itu wajib kerana Allah sahaja yang tahu ketika ini mangsa hanyut ini di situasi mana. Ya Allah mudahkan lah pencarian mangsa ini ya Allah. Bantulah keluarga ini agar menemui mangsa ini. Aamiin.

Keadaan kereta yang terjatuh ditemui di tengah sungai twetapi pemandunya didapati tiada.

Kepada semua warga Keningau, Sabah dan saudara Islam dan sudara bukan seislam marilah doakan agar keluarga Zihni Jubik segera menemui anak lelakinya bernama Hazmi Zhini Jubik. Ya Allah permudahkan lah usaha pencarian pihak penyelamat, berilah keluarga ini isyarat agar mangsa ditemui dan disemadikan dengan keadaan aman di alam barzak. Aamiin ya Rahman ya Rahim.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

6 ulasan

Allahu...moga mayat mangsa segera ditemui..amin.

Ya Allah semoga dia selamat

Aamiin..moga keluarga tu tabah..

Allah menguji hambaNya dengan berbagai cara. Marialh berdoa agar dirahmatiNya sentiasa. Aamiin

Semoga ddipermudahkan urusan pencariannya.

Salam takziah..bagaimana skrg? Mayat mangsa sudah d temui ke belum

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (468) Ucapan (461) Agama (425) Berita (395) Dunia Blog (349) Promosi. (334) Doa (333) Info Lelaki (303) Tips Blog (278) Pengalaman (257) Anak (248) Pendidikan (230) Nasihat (223) Kasih sayang (214) Rasa Bahagia (189) Berita Keningau (188) Hadiah (168) Pelancongan (157) Alam Semulajadi (138) Gambar (131) Ekonomi (118) Sejarah (115) Segmen (112) Keluarga (111) Blog (85) kesihatan (81) Tentang lelaki (75) Isu Semasa (59) Cinta (57) Tumbuhan (55) Rumah tangga (53) Motivasi (50) Bunga (48) Resipi (43) Nilai Moral (39) Cari Makan (38) Percutian (38) Budaya (36) Award (32) Herba (32) Masyarakat (32) Promosi Nuffnang (30) Haiwan (29) Sahabat Blog (29) Sajak (29) Harijadi (28) Kucing (24) Perkahwinan (23) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Sukan (19) Tips (19) Sekolah (18) Makanan (17) Iklan (14) Lanskap (12) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Anak Buah (4) Grafik (4) Restoran (4) Tazkirah (4) Hari Raya (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Takziah (3) Banjir (2) Buah (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger