Infor Herba Semulajadi

Infor Herba Semulajadi

Infor Herba Semulajadi

Asalamualikum & Salam Sejahtera Semua.
Tumbuhan Herba Pokok Tawawoh ( pokok Selasi )  Dan Kepayas

Apa khabar? Diharapkan semuanya sihat dan kita mampu meneruskan rutin kehidupan dengan aman dan damai dalam negara Malaysia yang tercinta ini.  

Infor kali ini ialah berkaitan dengan herba tumbuhan semulajadi yang akan terbenam kegunaannya jika kita masyarakat baru tidak tampil memperkenalkannya. Gambar infor herba semulajadi ini Etuza ambil ketika melawat di Muzium Sabah. Di mana di Muzium Sabah ada satu kawasan atau tempat yang mempamirkan gambar-gambar tumbuhan dan kegunaannya untuk kesihatan.  Tumbuhan tersebut dalam bahasa kadazan Dusun ialah Pokok Tawawoh atau Bahasa Melayunya ialah Pokok Selasih dan yang kedua Pokok Kapaya dalam Bahasa Bajau atau Bahasa Melayu pokok Betik.

Apa kegunaan herba semualajadi ini?

1. Pokok Selasih ( Tawawoh ) merupakan tumbuhan yang berbatang dan berdaun hijau berbentuk panjang dan bujur. Kegunaan herba ini ialah di gunakan pada luaran badan dengan mengambil pucuk muda atau daunnya untuk dijadikan bahan mandian terutama kepada wanita yang baru bersalin.  Etuza ada memelihara pokok Selasih di halaman. InshaAllah akan ambil gambar Pokok Selasih tersebut agar anda lebih mengenali.

Caranya untuk lebih moden ialah :- Ambil daun pokok Selasih, ambil beberapa daun limau purut, serai mandi dan halia. Rebus dalam kuali atau kawah dengan kuantiti air yang banyak. Apabila sudah panas mendidih ambil air rebusan herba ini dan gunakan untuk mandian anda apabila telah suam. Khasiatnya ialah membuang angin dalam badan dan badan menjadi wangi dan segar tubuh badan. Selain mengembalikan semangat dan perasaan gembira anda.

2. Pokok Kepayas ( Pokok Betik ):- Kegunaannya pada buah muda pokok betik ini. Diambil buah muda masak rebus dan air rebusan di minum bagi pengidap Demam Malaria. Selain itu buah betik yang masak apabila dimakan akan menjadi pelawas semulajadi yang melancarkan bahan kumuh kita. Pasti rasa sihat apabila makan buah betuik yang masak. Pada bunga pokok betik kita boleh mengambilnya untuk dijadikan ulam dan khasiat bunga betik ialah menurunkan tekanan darah tinggi. Anda cuba lah hari ini infor herba yang menyihatkan tubuh badan kita. Semulajadi tanpa was-was menggunanya dan tidak perlu di beli jika di kampung halaman. 

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

betul, betik tu memang boleh melawaskan =)

Bila sebut...SELASIH..ERM suka dengan sirap selasih...minuman pasti ada ketika di bulan Ramadhan...

Getah betik juga boleh digunakan untuk melembutkan masakan daging.

Masa kecik dulu byk jumpa pokok tawawoh tu kt kampung,tapi yelah budak2 Mana nak Tau apa kegunaannya Kan, sekarang tak pernah jumpa lagi pokok ni

Sedspnya pucuk betik celur, cicah sambal belacan

Macam2 pokok herba ..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (465) Ucapan (461) Agama (421) Berita (395) Dunia Blog (349) Doa (332) Promosi. (332) Info Lelaki (301) Tips Blog (278) Pengalaman (255) Anak (245) Pendidikan (228) Nasihat (223) Kasih sayang (213) Rasa Bahagia (189) Berita Keningau (188) Hadiah (168) Pelancongan (151) Alam Semulajadi (135) Gambar (131) Ekonomi (118) Sejarah (115) Segmen (112) Keluarga (109) Blog (84) kesihatan (81) Tentang lelaki (75) Isu Semasa (59) Cinta (57) Tumbuhan (55) Rumah tangga (53) Motivasi (50) Bunga (48) Resipi (43) Nilai Moral (39) Cari Makan (38) Budaya (35) Percutian (35) Award (32) Herba (32) Masyarakat (32) Promosi Nuffnang (29) Sahabat Blog (29) Sajak (29) Harijadi (28) Haiwan (27) Kucing (24) Perkahwinan (23) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Sukan (19) Tips (19) Sekolah (18) Makanan (17) Iklan (14) Lanskap (12) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Anak Buah (4) Grafik (4) Restoran (4) Tazkirah (4) Jantung (3) Pertunangan (3) Takziah (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger