Aspek Disiplin Tinggi & Kerjasama Amat Diperlukan.

Aspek Disiplin Tinggi & Kerjasama Amat Diperlukan.

 Aspek Disiplin Tinggi & Kerjasama Amat Diperlukan.
 Pasukan kawad kaki SK. Penagtan Keningau 

Ketua Pasukan : Kenny Berni Faizal
Pemegang Bendera Kejohanan : Standjerrico Dominic
Bendera Jalur Gemilang : Deddyson Damianus
Bendera Sabah : Syafiq Ben
Ratu 1 : Grace Nur Bariya Samason
Ratu 2 : Balqis Qistina Fadhil
Maskot / Badut : Amril Rian & Fransisca Parson 

Segar dipandang pakaian pasukan sekolah dengan tema HIJAU.Nun di sana
kelihatan Nur Aliya ( anak bongsu Etuza )

Arena sukan memang acara yang sangat ditunggu - tunggu oleh sebilangan besar murid di sekolah. Sukan bertujuan untuk menyeimbangkan aspek JERI tiap murid. JERI ialah singkatan kepada Jasmani. Emosi, Rohani dan Inteliktual. Dengan itu aspek kemahiran sukan amat dititik beratkan di sekolah seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahukan genarasi sihat dan berpengetahuan dalam akademik dan sukan.

Aktiviti lain yang wajib dalam arena sukan ialah mengadakan pertandingan kawad kaki atau perbarisan setiap sekolah yang menyertainya. Justru itu sekolah Etuza telah menyahut cabaran untuk menghantar seramai 36 peserta dalam pertandingan kawad kaki atau acara perbarisan yang diwakili 10 buah sekolah di Zon Pegalan Keningau, Sabah baru-baru ini.

Ratu ( pemegang papan tanda sekolah) cantik berpakaian tradisional Sabah.

Ternyata bukan mudah dalam menyertai pertandingan ini, apa tah lagi jika sesi latihan amat suntuk. Selain itu aspek disiplin murid sangat di tuntut dalam menjayakan bersama kesepakatan ke arah kejayaan yang membanggakan. Disiplin dan kerjasama semua pihak harus bersatu. Tetapi andai ada segelintir peserta atau ahli yang sering gagal ke lokasi latihan dan disiplin juga amat rendah maka bersedialah menrima hakikat kekalahan.  Mungkin itu yang bakal diterima kiranya disiplin dan kerjasama yang dimaksudkan tidak dicapai. Berlakulah sekadar menyertai dan mencukupkan bilangan 10 buah sekolah yang bertanding.

Alhamdulilah Etuza turut menjayakan program kawad kaki pasukan sekolah.

Sekolah Etuza dalam acara ini, sedia menerima dan akur apa juga keputusan. Usaha sedari awal telah dibuat. Ketegasan dan usaha melatih bersungguh-sungguh sudah dijayakan, tinggal daya usaha dan kemahuan murid atau peserta beraksi di lorong perbarisan. Syabas dan tahniah kepada Rumah Sukan Merah sekolah Etuza yang terdiri dari Siti Kaidah, Ahini H, Dominic G, Hazlawati A, Salbiah N dan tiga orang guru pelatih IPGM kerana berjaya menyediakan pasukan perbarisan ini. Kalah dan menang adalah adat bertanding. Tahniah kepada sekolah SK. Pekan, Keningau, SK.Magatang, Keningau dan SK.Ansip kerana berjaya mendapat tempat 1,2 dan 3 dalam acara kawad kaki MSSS Zon Pegalan pada 10 dan 11 hb Oktober 2017.
Sabar dalam panas terik di padang Komples Sukan Keningau

Kenny Berni Faizal - Ketua Pasukan..

Kawad dimulai di garisan ini

Patutlah tidak mendapat tempat tengok tangan tu ketara betul lah..
nilah akibat bila disiplin murid itu sendiri tidak di jayakan oleh 
murid itu sendiri..

Antara guru-guru wanita sekolah yang bertungkus lumus 
menjayakan murid dalam acara kawad kaki pada 11hb Okt 2017

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

8 ulasan

Seronoknya anak2..

Tak panas ke Cikgu berkawad tu?

BERKAWAD AKTIVITI YG BAGUS UTK MENDISIPLINKAN ANAK2 N PERLUKAN LATIHAN

Happening lah Hari sukan ni. Mama seronok kalau tgk Kawasaki kaki

Umi memang panas berkawad dari jam 3 hingga jam 5 tak berapa lah panas..

kawad sebenarnya mampu mendisiplinkan murid jika dapat murid yg benar2 beri kerjasama..dapat keras kepala hummm tak berbaloi lah perbarisanb tu Kak PI

Betul seronok ..melihat anak2 gembira bersaing secara sihat

comelnya anak2 semua

X de 2 aspek tu pe pun x jadi

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (468) Ucapan (461) Agama (425) Berita (395) Dunia Blog (349) Promosi. (334) Doa (333) Info Lelaki (303) Tips Blog (278) Pengalaman (257) Anak (248) Pendidikan (230) Nasihat (223) Kasih sayang (214) Rasa Bahagia (189) Berita Keningau (188) Hadiah (168) Pelancongan (157) Alam Semulajadi (138) Gambar (131) Ekonomi (118) Sejarah (115) Segmen (112) Keluarga (111) Blog (85) kesihatan (81) Tentang lelaki (75) Isu Semasa (59) Cinta (57) Tumbuhan (55) Rumah tangga (53) Motivasi (50) Bunga (48) Resipi (43) Nilai Moral (39) Cari Makan (38) Percutian (38) Budaya (36) Award (32) Herba (32) Masyarakat (32) Promosi Nuffnang (30) Haiwan (29) Sahabat Blog (29) Sajak (29) Harijadi (28) Kucing (24) Perkahwinan (23) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Sukan (19) Tips (19) Sekolah (18) Makanan (17) Iklan (14) Lanskap (12) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Anak Buah (4) Grafik (4) Restoran (4) Tazkirah (4) Hari Raya (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Takziah (3) Banjir (2) Buah (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger