Sedih Melihat Total Yang Ada

Sedih Melihat Total Yang Ada

Dahulu awal pembabitan dalam dunia blog, sering Etuza membaca begitu ramai blogger yang mendapat limpahan rezeki dalam penulisan blog. Sebagai contoh Blogger yang begitu terbuka menyatakan pengalaman hingga mendapat ribuan rezeki dalam sebulan hanya menggunakan penulisan blog ialah Blogger terkenal Malaysia Hasrul Hasan. Kenal kan.

Masa itu Etuza tidak ambil kisah sangat hal-hal rezeki dalam blog. Tetapi apabila sering kali mendapat informasi dan apatah lagi terjumpa blogger dari Keningau Sabah iaitu Cikgu Ain yang menyatakan beberapa kali mendapat cek dari Syarikat Nuffnang maka Etuza tertarik dan meminta Cg. Ain ajarkan sedikit cara mendaftar iklan Nuffnang. Selain Cg. Ain ada juga menghubungi blogger Malaysia iaitu Blogger UMI ALIYA ( Maaf jika salah ejaan) di mana Etuza meminta tutorial daftar Nuffnang. Akhirnya berjaya dan ternyata syarikat ini benar-benar telah mengirimkan cek menghargai Iklan Nuffnang dalam blog Etuza ini.

Tetapi hari ini 28hb Mei 2017, Etuza klik akaun Nuffnang Etuza, ternyata amat menyedihkan. Sesuai lah keadaan itu kerana Etuza blogger pinggiran yang sememangnya tidak seaktif blogger lain. Hanya ini sahaja yang Etuza akui benar-benar memberi sedikit kewangan menerusi iklan Nuffnang dalam blog. Etuza tidak daftar adsen untuk wangkan blog. Keyakinan belum ada tidak sekuat seperti blogger lain.

SEDIH MELIHAT TOTAL YANG ADA. Nampak sangat siput kan. Kepada anda yang tahu hal Nuffnang. boleh lah kita sama-sama klik Nuffnang di blog kita ya. Etuza juga akan klik Nuffnang dalam blog anda. ' BULAN RAMADHAN BULAN YANG MULIA, SAMA-SAMA KITA MENGKLIK NUFFNANG DALAM BLOG" Klik anda akan keluar di akaun blog Etuza, dan pastinya Etuza akan klik Nuffnang anda juga. Situasi sebegitu kata orang WIN-WIN SITUATION. 

Belanja anda satu gambar..Klik Nuffnang ya..
ha lebih kurang begitulah kata2 imej di gambar ini.
Terima kasih.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Nuffnang sypn sama Cikgu, ciput shj, maklumlah tak seaktif dulu..

    BalasPadam
  2. Salam Ramadhan, Cikgu. Mudah-mudahan bulan ni bertambah-tambah rezeki Nuffnang.

    BalasPadam
  3. Tak join nuffnang pun.
    Belum berhasrat utk cari pendapatan melalui blog.
    Lagi pun tulis untuk suka2 aje.

    BalasPadam
  4. Haha mama punya nuffnang pun ciput gara2 merajuk dgn innity. Btw mama dh folo sini ni

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.