Ada Pertemuan Pasti ada Perpisahan

Ada Pertemuan Pasti ada Perpisahan

Bertemu kembali dipagi yang indah nan ceria hari ini. Perasaan ingin mencatat sesuatu hari ini nampaknnya terpanggil juga apatah lagi hari sabtu yang memberikan peluang duduk rehat sahaja di rumah. Inilah paparan catatan blog Etuza kali ini berkisar tentang Majlis Perpisahan Guru Pelatih IPGM Kampus Keningau & sambutan Guru Baru Pn. Moitah Inggit.

Sedar tak sedar sudah bulan Mei 2017.Nampaknya dua orang guru pelatih dari IPGM ( Institusi Perguruan Keningau ) telah genap tiga bulan menjalani latihan mengajar Pendidikan Islam di sekolah Etuza. Mereka ini Ustaz guru yang mengajar mata pelajaran Agama Islam. Ustaz Azhan dari Sarawak dan Ustaz Syamsul dari Papar Sabah. Kedua-duanya tenaga baru bakal guru yang memang hebat dengan disiplin diri yang tinggi, baik dan berbudi bahasa. Memang KPM tidak salah memilih mereka berdua menjadi guru profesional suatu masa nanti.

Ustaz Azhan dari Sarawak
Menyentuh tentang tugas mereka sebagai pelatih memang padat dan penuh dengan kerja-kerja latihan sebagai guru pelatih. Sambil latihan mengajar sambil juga membuat kerja kursus. Ada masa kurang tidur kata mereka. Di sekolah memang mereka banyak membantu melaksanakan banyak program khas dalam takwim sekolah. Antaranya mereka membantu menjalankan Kem Pandai jawi bersama Ustaz Norisam dan Ustazah Suria. Program Kokurikulum, Program Pusat Sumber, Program Kurikulum dan Program HEM mengikut dalam takwim selama tiga bulan juga turut mereka membantu dengan ringan tangan.Rasa perpisahan dengan mereka berdua amat terasa kehilangan. Apa kan daya begitulah rialiti kehidupan ada pertemuan pasti ada perpisahan menjemput.


 Ustaz Syamsul dari Papar Sabah.
Kedua-dua Ustaz ini begitu mesra dengan anak-anak murid sekolah Etuza. Begitulah hendaknya tenaga baru, jiwa baru dan semangat baru harus ada dalam diri sebagai pelatih guru. Semoga mereka berdua dapat meneruskan kuliah di Kampus IPGM Keningau dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah yang esa. Sempat mereka bersalaman dengan semua murid dan warga guru. Dan pastilah Etuza ambil kesempatan memohon maaf serta bersalaman dengan guru pelatih ini. Mana lah tahu ada salah silap kerana kita ini hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari kelemahan diri.

 Murid-murid duduk berdoa di Dewan terbuka SK.Penagatan, Keningau.

Dalam majlis perpisahan ini sekolah selitkan lagi sambutan mesra kepada guru baru iaitu Puan Moitah Inggit. Guru wanita ini datang menggantikan tempat Guru Pemulihan yang telah bersara wajib pada 21hb April 2017. Masih muda dan bersemangat kelihatannya. Mudah mesra dan cepat biasa cara kerja dan budaya pendidikan di SK.Penagatan, Keningau. Diharapkan murid-murid yang masuk kelas Pemulihan di bawah didikan Cikgu Moitah ini akan cepat memahami pelajaran dan cepat dipulihkan dari tidak tahu membaca kepada lancar membaca. Sebegitu yang memang kita harapkan.Tahniah kepada Cikgu Moitah telah bertugas di sekolah Etuza dua minggu yang lalu.

 Puan Moitah Inggit Guru Pemulihan baru

Bersalaman dengan semua murid sekolah.
Selain itu ada beberapa murid juga menghulur hadiah kepada
guru pelatih dari IPGM Kampus Keningau.
Jumpa lagi di lain catatan.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

5 ulasan

assalammualaikum tuan etuza..terima kasih singgah di blog sya..saya follow blog tuan juga,nampaknya banyak sungguh input menarik,,buat saya tertarik berlama-lama di blog ini..teruskan berkarya ya...

yang penting dapat kutip pengalaman berharga di sana.

Wasalam terima kasih ya sokongan anda

Mudah2an mereka akan menjadi guru yang cemerlang.

Detik2 nilah yg sedihnya..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (451) Ceritaku (439) Agama (394) Berita (390) Dunia Blog (341) Promosi. (320) Doa (316) Info Lelaki (280) Tips Blog (273) Pengalaman (246) Anak (232) Pendidikan (220) Nasihat (213) Kasih sayang (197) Rasa Bahagia (187) Berita Keningau (185) Hadiah (163) Pelancongan (143) Alam Semulajadi (130) Gambar (124) Sejarah (113) Ekonomi (111) Segmen (108) Keluarga (99) Blog (79) kesihatan (75) Tentang lelaki (74) Isu Semasa (59) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (52) Bunga (45) Resipi (41) Motivasi (39) Cari Makan (38) Nilai Moral (36) Budaya (35) Percutian (34) Award (31) Masyarakat (31) Herba (30) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Haiwan (26) Harijadi (26) Promosi Nuffnang (26) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (11) Makanan (10) Petua (10) Kalender (9) Lanskap (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Elken (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Restoran (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger